“Bukan saya yang memilih Islam tetapi Islam yang memilih saya”. Itulah yang boleh Amani Abdullah, 33 tahun.

Bercerita lebih lanjut, Amani atau nama asalnya sebelum memeluk Islam, Mani a/p Ai Triang adalah dilahirkan dalam keluarga yang beragama Buddha dan dibesarkan dengan adat resam bangsa Siam.

“Sejak sekolah rendah lagi, saya mengenali agama Islam kerana saya belajar di sekolah rendah kebangsaan yang semuanya adalah beragama Islam. Malah, sebelum ini tidak pernah terdetik dalam hati untuk mengenali agama Islam dengan lebih mendalam.

“Di sekolah itu, saya perlu mengikuti subjek Agama Islam bersama rakan sekelas yang lain sehinggalah darjah enam. Pada masa itulah saya mempelajari tulisan jawi dan rukun-rukun asas dalam Islam.

“Setelah tamat SPM, saya meneruskan pengajian di peringkat Diploma dalam jurusan Teknologi Maklumat di Politeknik Seberang Perai dan melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat di Univesiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Apa yang pasti, majoriti rakan-rakan sekelas juga beragama Islam,” ceritanya tentang awal-awal mengenali Islam.

IKLAN

Hilang Segala Kerisauan
Sebelum dia memeluk Islam, Amani cuba mengikuti kelas agama yang dijalankan oleh Pejabat Agama Batu Pahat khas untuk saudara baru mendalami agama Islam.

“Dari situlah, saya mula mendalami agama Islam secara serius lebih kurang setahun sebelum memeluk agama Islam pada 18 Januari 2011 di Pejabat agama Batu Pahat, Johor.

“Beberapa hari sebelum saya mengambil keputusan ini, saya sangat rungsing memikirkan tentang penerimaan keluarga dan kawan-kawan yang lain. Walau bagaimanapun, perasaan tenang terus datang dalam diri saya selepas mengucapkan kalimah itu dan kerisauan selama ini terus lenyap,” katanya.

Ingat Pesan Ayah Untuk Dalami Dan Jalani Agama Islam Yang SebenarSemasa menghadiri majlis perkahwinan adiknya. .

IKLAN

Ingat Pesan Ibu Ayah

Perkara yang paling merisaukan Amani selepas memeluk Islam adalah penerimaan daripada kedua orang tuanya. Namun, Amani bersyukur kerana keluarganya dapat menerima keputusannya.

“Masih segar dalam ingatan akan pesanan ibu dan ayah. Kata mereka, jika ini adalah jalan terbaik yang saya pilih, saya kena benar-benar mendalami agama ini dan menjalani hidup sebagai orang Islam yang benar.

“Malah, keluarga dan kawan-kawan lain sangat menyokong saya dalam semua aspek termasuklah dari segi pemakanan, solat dan menutup aurat,” kata Amani terharu.
Bukan itu sahaja, Amani percaya dengan menyakinkan keluarga tentang agama yang dipilih ini, dia perlu menunjukkan teladan dan tingkah laku yang baik. Dia turut merasakan dengan berbuat baik kepada kedua ibu bapa, ia menjadi pintu segala rezeki untuk dirinya.

IKLAN

Kehidupan Lebih Tenang

Memeluk Islam bukan sekadar mengucap dua kalimah syahadah dan banyak lagi pemahaman serta pembelajaran yang harus Amani pelajari. Jadi, dalam mendekatkan diri dengan Islam, dia turut menghadiri majlis ilmu bagi memahami konsep Islam yang sebenar.

“Saya suka mendengar syarahan agama daripada ustaz atau ustazah terdiri daripada saudara baru kerana konsep penerangan mereka lebih mendalam dan mudah dipraktikkan.

Mengikuti kelas mengaji Al-Quran secara talaqi juga membuatkan saya rasa lebih dekat dengan agama Islam,” kata Amani yang masih belajar dari masa ke semasa.
Tiada yang dapat diucapkan oleh Amani selain bersyukur kepadaNya kerana kehidupannya kini lebih bahagia dengan kehadiran suami, Lili Rohaidi Ali, 35 tahun dan sepasang cahaya mata, Muhammad Iman, 3 tahun dan Mawar Qaseh, 6 bulan.

Ingat Pesan Ayah Untuk Dalami Dan Jalani Agama Islam Yang SebenarDi hari istimewa Amani..

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI