
Penggemar kopi yang suka beli biji kopi premium punya banyak cara untuk membuat kopi. Salah satu cara yang paling mudah adalah dengan menyeduh biji kopi yang telah dikisar menggunakan kertas penuras.
Namun begitu, betulkah cara kita menyeduh biji kopi menggunakann kertas penuras selama ini?
Bagi mengelakkan kesilapan ketika menyeduh kopi turas, bolehlah ikut perkongsian daripada Empat Petang.
Artikel Berkaitan:
‘Black Ivory’ Kopi Paling Mahal Di Dunia, Tapi Sanggup Ke Minum Bila Tahu Cara Prosesnya Begini
7 Kesilapan Ketika Menyeduh Kopi Turas
Menyeduh kopi turas dengan alat apa pun; V60, Kalita, Origami Dripper atau Clever Dripper sangat menyeronokkan tetapi ianya memerlukan tumpuan yang cermat supaya setiap kopi yang dihasilkan betul-betul enak.
Lagi pula biji kopi specialty bukanlah murah jadi rugi kalau kita mengabaikan dan selalu melakukan kesilapan.
Hari ini kami di empat petang ingin berkongsi tujuh kesilapan yang sering terjadi semasa menyeduh kopi turas.
1-Air Yang Terlalu Panas
2-Saiz Kisaran
3-Lupa Membilas Kertas Turas
4-Menyeduh Kopi Dalam Teko Yang Sejuk (Suhu Bilik)
5-Tidak Menjalankan Proses Blooming
6-Tidak Menumpukan Curahan Air Jatuh Ke Biji Kopi
7-Mengisar Kopi Terlebih Dahulu
Sumber: Empat Petang
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lelaki Ini Kongsi Cara Rebus Kerang Tanpa Air, Barulah Isi Lembut, Tak Liat

Kalau di negeri Pantai Timur, makan kerang rebus sudah sinonim dan menjadi pilihan semasa bulan Ramadan. Mungkin ia pembuka selera untuk digandingkan dengan nasi. Ada sesetengahnya hanya cicah dengan sambal dah sedap.
Walau bagaimanapun, untuk kerang rebus, ada cara tersendiri untuk memasaknya. Sesetengah orang hanya dengan air hanya sekali mendidih saja, barulah rasa manis-manis dan kesegarannya. Tak kurang juga yang masa hingga kulitnya terbuka, barulah dapat makan.
Semua ini bergantung kepada citarasa sendiri dalam rebus kerang untuk dinikmati bersama keluarga.
Ada sesetengah daripada kita, nak masak kerang kena masukkan air yang banyak. Sebaliknya, bagi lelaki yang dikenali sebagai Syahr Musafir di Facebooknya berkongsi tentang cara rebus kerang tanpa air.
Macam pelik bunyinya. Tapi itulah yang terbaik dan memastikan isi kerang lembut dan tidak liat. Bolehlah cuba nanti.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Tip Cuci Buah Anggur Jadi Bersih Berkilat Guna Tepung Gandum.
Cara Jimat Bersih Barang Kemas Guna Pencuci Pinggan, Rendam 30 Minit, Terus Berkilat
Info Lebih Menarik DI SINI
Rebus Kerang Tanpa Air, Barulah Sedap
“Semalam saya ada beli kerang. Ada orang nasihatkan saya kerang tak elok disejukbekukan. Jadi, saya rasakan lebih baik rebus terus. Bagi nak rebus kerang ini, saya ikut tip yang diberikan oleh isteri saya, Rahimah AR Zawyah.
Tak perlu guna air pun. Bunyinya macam pelik sebab rebus tanpa guna air.
Rebus kerang tak guna air sebab apabila dipanaskan, kerang akan keluarkan air sendiri. Air itulah jadi air rebusan.
Saya biasa rebus guna air, isi kerang jadi biasa. Cara merebus tanpa air ni, rupa-rupanya menjadikan isi kerang lebih lembut dan tidak liat, dan tidak berair. Terbaiklah.
Alhamdulillah.
Cara Memasak
1. Panaskan kuali dan masukkan serai yang dititik. Tak perlu air ye. Gunakan api kecil. Jangan guna api besar.
2. Apabila air kuali tu kering, masukkan kerang.
3. NamPak berasap sebab tak ada air.
4. Biarkan seketika dan kelihatan air dari kerang mula keluar. Mendidih.
5. Air makin banyak keluar dan kulit kerang mulai terbuka.
6. Tak perlu tunggu semua kerang terbuka ye. Boleh hidangkan.
7. Semalam berbuka dengan mi kari ketam jadi kerang ini sedap dimakan bersama mi kari tu dan selebihnya makan colek kerang sebagai moreh. Alhamdulillah.
#SuamiMasak
#DapurDrSyahr
MW: Biasa kalau rebus kerang memang selalu letak air. Lepas ni, boleh cuba yang ini pula. Selamat mencuba.
Sumber: Dr Syahr Musafir Zawawi
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Biskut Roti Rangup Makan Payah Nak Berhenti, Guna Air Fryer Je!

Sedapnya makan biskut roti rangup cicah dengan kopi o atau teh o.Pulak tu makan kudap-kudap ni masa musim hujan, sejuk-sejuk.Nikmat tak terkata.’Bahayanya’ bila dah mula makan memang payah nak berhenti.
Sebenarnya mak-mak boleh buat sendiri je di rumah. Sangat senang dan mudah nak buat, bahan-bahan pun tak banyak apa yang sedia ada di dapur je. Bakar guna guna air fryer, kalau takde pakai oven pun boleh.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Jauharatuddini Taib ini sebagai panduan;
“Kudap-kudap ringkas tapi apabila makan payah nak stop.Budak pun suka makan selain mak dan pak budak.Dekat bawah ada cara cara ibu dini share di setiap gambar”
BISKUT ROTI RANGGUP
Bahan-Bahan:
Roti
Buttercup
Marjerin
Gula Pasir
Cara Membuat:
1.Potong roti gardenia kepada empat bahagian.
2.Sapu buttercup, nak guna marjerin pun boleh terpulang ikut citarasa ye.
3.Dah sapu dengan butter cup.
4.Tabur sedikit gula pasir. Ni masing masing yang dah siap dan bersedia untuk dibakar.
5.Senang buat banyak banyak sambil buat kerja lain bakar jee sesambil menunggu turn.
6.Ibu dini guna air fryer je.Nak guna oven pun boleh.Set time 10 minit dulu..kalau belum garing tambah time sikit lagi..agak-agak lah ye. Tengok pada warna roti tu nanti.
8.Ni rupe yang dah siap bakar.
9.Satu buku roti gardenia panjang dapat banyak ni.Boleh lah kudap-kudap masa hujan ni minum dengan air kopi o.
Info Ekstra!
- Suhu sis dini pakai 180. Masa kena agak jangan lama sangat.
- 5 minit tengok roti dah garing ke belum, kalau belum tambah sikit time.
Selamat mencuba, fresh dari oven.Sedappp!
MW: Semoga bermanfaat. Mak-mak bolehlah cuba buat sendiri biskut roti rangup di rumah. Anak-anak dan keluarga mesti suka.
Sumber: Jauharatuddini Taib
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Menu Minum Petang Johor Style

Hujung minggu ni ada yang rancang nak buat majlis makan-makan, sempena sanak saudara berkumpul. Empat resipi ini pastinya menjadi penyelamat untuk anda sediakan. Enak, lazat dan lain dari lain. Jangan lupa cuba ya.Terima kasih Chef Zainal Abd Rahman dari Restoran Tanjung Puteri, Sri Hartamas atas perkongsian resipi menyelerakan ini.
MEE ROJAK TANJUNG PUTERI
Bahan-bahan :
• Sekilo mee kuning dicelur dengan air panas
• 5 biji telur rebus
• Sedikit kacang kisar
Bahan cucur :
• Secawan tepung gandum
• Sedikit taugeh
• Sebiji bawang merah dihiris
• Sedikit garam
• 2 cawan air
Bahan kuah rojak :
• 2 gelas kicap manis
• 5 senduk cili kisar
• 50gm belacan dikisar bersama air
• 500 gm gula merah
• 1kg gula pasir
• 100 gm tepung jagung larutkan dengan sedikit air
• Sedikit garam
• 500cc air
Cara Membuat Kuah Rojak :
1. Masak kicap bersama gula merah, cili kisar, belacan dan garam hingga mendidih.
2. Masukkan bancuhan tepung jagung, masak hingga pekat. Akhir sekali masukkan gula, kacau seketika adunan. Pastikan api sederhana. Setelah kuah masak sempurna, tutup api.
Cara Membuat Cucur :
Campurkan kesemua adunan seperti di atas. Panaskan minyak di dalam kuali, sudukan bancuhan tadi ke dalam kuali. Ulang langkah sama sehingga bancuhan cucur tadi habis. Goreng dengan api sederhana. Angkat cucur dan ketepikan.
Cara Menghidangkan :
1. Celurkan mee hingga lembut,angkat dan toskan. Sebaik ia sejuk letakkan ke dalam pinggan bersesuaian.
2. Potong cucur kepada saiz kecil.Tuangkan kuah rojak ke atasnya.
3. Taburkan kacang kisar bersama taugeh dan timun yang telah disagat. Bagi menambahkan lagi keenakan mee rojak, jangan lupa tambah hirisan telur rebus.
LAKSA JOHOR
Bahan-bahan utama :
• Sebungkus spaghetti direbus dan ditoskan
• Ulam-ulaman :
1. Timun *dihiris
2. daun kesum *dihiris
3. daun selaseh *dihiris
4. lobak masin *dicincang halus
5. limau kasturi *dipotong dua
6. sambal belacan
Bahan-bahan kuah :
• 150 gm ikan tenggeri
• 150 gm ikan parang
• 150 gm ikan mata besar *Rebuskan ikan-ikan ini kemudian dikisar dengan menggunakan air rebusan yang sama.
• 2 sudu rempah laksa
• 2 sudu cili kisar
• 2inci halia *dikisar
• 2inci lengkuas *dikisar
• 6 batang serai *dikisar
• Sesenduk bawang merah *dikisar
• 1/2 senduk bawang putih *dikisar
• 1 liter santan
• 100gm kerisik
• Minyak untuk menumis
Cara Membuat :
1. Panaskan minyak di dalam kemudian, seterusnya tumis rempah dan semua bahan kisar. Setelah garing masukkan isi ikan dikisar serta santan. Biar kuah mendidih.
2. Langkah berikutnya, masukkan santan, garam dan kerisik didih hingga kuah masak.
Cara Hidangkan :
Masukkan spaghetti berserta kuah dan juga sambal belacan dan ulam-ulaman ke dalam mangkuk bersesuaian. Jangan lupa tambahkan hirisan limau kasturi, hirisan lobak masin bagi melengkapkan laksa johor anda.
MURTABAK JOHOR (MURTABAK DAGING)
Bahan-bahan utama :
• 5 biji telur
• 500gm bawang cincang
Bahan doh :
• 500 gm tepung gandum
• 50 gm margerin
• 300 cc air
• Sedikit garam
*Uli semua bahan hingga menjadi doh kecil 60gm
Bahan inti :
• 500 gm daging kisar
• 2 sudu rempah kari
• Sedikit bawang merah, bawang putih dan dikisar halus
• Garam secukup rasa
• Minyak untuk menumis
Cara Membuat Inti :
Panaskan minyak, tumis rempah kari dan bawang putih dan bawang merah yang dikisar. Kemudian masukkan daging serta garam dan goreng hingga kering.
Cara menyediakan kulit murtabak :
1. Tebar doh hingga nipis dan bentukkan empat segi (10 inci X 10 inci) dan canaikan sebagai tulang tengah murtabak.
2. Ambil satu lagi doh tebar dan taburkan bawang cincang serta daging dan dua biji telur yang dipecahkan.
3. Lapiskan tulang murtabak diulangi lapis dengan bawang, daging dan telur dan bungkus doh dgn rapi.
4. Masak murtabak di atas kuali leper dengan sedikit minyak dan api sederhana. Siap untuk dinikmati.
MURTABAK UDANG KERING
Bahan-bahan utama :
• 5 biji telur
• 500gm bawang cincang
• 100 gm udang kering kisar
Bahan doh :
• 500 gm tepung gandum
• 50 gm margerin
• 300 cc air
• Sedikit garam *Uli semua bahan hingga menjadi doh kecil 60gm.
Cara Membuat :
1. Tebar doh hingga nipis dan bentukkan empat segi (10 inci X 10 inci) dan canaikan sebagai tulang tengah murtabak.
2. Ambil satu lagi doh tebar dan taburkan bawang cincang serta udang kering dan dua biji telur yang dipecahkan.
3. Lapiskan tulang murtabak diulangi lapis dengan bawang, daging dan telur dan bungkus doh dgn rapi.
4. Masak murtabak di atas kuali leper dengan sedikit minyak dan api sederhana. Siap untuk dinikmati.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI