Influencer suami isteri ditahan SPRM, seleweng kutipan derma lebih jutaan ringgit. Pasangan suami isteri yang juga pempengaruh dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini bagi mendapatkan perintah tahanan reman berhubung isu menyeleweng kutipan derma dari orang ramai.
Kedua-dua mereka tiba menaiki van Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tiba di Mahkamah Putrajaya pada jam 9.15 pagi.
Mereka yang diiringi pegawai SPRM dibawa ke aras dua dengan berpakaian warna oren dan bergari.
Memetik laporan Harian Metro, pasangan suami isteri yang juga pempengaruh yang dikatakan terbabit isu menyeleweng kutipan derma ditahan SPRM, semalam.
Menurut sumber, pasangan suami isteri itu ditahan SPRM pada jam 6.40 petang semalam bagi membantu siasatan, selepas membuat kutipan derma melebihi jutaan ringgit, namun difahamkan wang itu tidak disalurkan secara betul.
Kes pasangan ini pernah mendapat liputan ramai termasuk kes rumahtangga mereka.
“Saya turunkan ego saya…
Kakak Hello Kitty. Usahawan ini pernah bercerai dan ramai mengaitkan perceraiannya kerana suami dipaksa pakai baju Hello Kitty.
Mesra disapa Na, mengakui perceraian selama 23 hari dengan suami membuatkan diri dan hatinya tidak kuat. Perlu melakukan kerja-kerja rumah yang selama ini dibantu suaminya, Mohd Afizi.
Ikuti video penuh kisah suka duka pasangan ini yang memilih peluang kedua dalam kehidupan mereka dalam Sembang Wanita Xtra di saluran YouTube MW.