“Infeksi Jari Kaki Sudah Memakan Tulang,” Ras Adiba Mohon Doakan Kesihatan Suami. Dalam perkongsian ringkas di Instagram bekas personaliti televisyen (TV), Senator Datuk Ras Adiba Radzi, 54 memaklumkan keadaan terkini kesihatan suaminya Mohamed Azam Zainal Ali yang kini positif Covid serta mempunyai jangkitan pada jari kakinya.
“Abang Azam Bear positif Covid semalam dan juga mempunyai infeksi di jari kakinya.Sebelum ini kedua belah ibu jari kedua belah kaki telah pun dipotong.”
“Abang masuk ke hospital petang tadi dan terus pakar Ortho memeriksa jari kakinya dan dapati infeksi sudah memakan tulang”
ujarnya.Tambah Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) ini juga, untuk memastikan jangkitan tersebut tidak merebak, pembedahan akan dilakukan segera. Ras Adiba juga memohon supaya turut sama mendoakan kesembuhan dan kesejahteraan suami tersayang.
“Untuk pastikan infeksi tidak merebak dan keadaan beliau yang menghidap Covid serta keadaan jantungnya, operasi akan dilakukan di Hospital DSH2 Bukit Lanjan malam ini pada jam 8.”
“Deep dan seisi keluarga ingin pohon semua sahabat di sini untuk sama-sama doakan Abang Azam Bear,” ujarnya.
Ramai yang turut mendoakan semoga dipermudahkan segala urusan dan diberi kesembuhan buat suami Ras Adiba ini.
Terdahulu, meskipun pernah bercerai sebelum ini Senator Datuk Ras Adiba Radzi, telah berkahwin semula dengan bekas suami, Mohamed Azam Ali buat kali kedua,dalam majlis pernikahan ringkas di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada 2 Jun 2022.
Mesti Baca:Jodoh Masih Kuat Datuk Ras Adiba Berkahwin Semula Dengan Bekas Suami
Baca Lagi Di Sini:“Fikir Dahulu & Hormati Perasaan Kami..” Ras Adiba Luah Rasa Kesal Saranan Transgender Gunakan Tandas OKU
Artikel Menarik:Ras Adiba Luah Kerinduan Tak Putus Asa Cari Zalina “Moga Allah Beri Petunjuk, Sedih Sangat” Netizen
Sumber: Instagram Ras Adiba
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.