Individu Tular Kejam Terhadap Isteri, “Kalau Betul Dia Bekas Suami Saya, Dia dah Jadi Masa Lalu” Amelina

Share

Individu tular kejam terhadap isteri. Ketika ini telah tular video seorang suami tegap pukul isteri hingga lunyai. Dalam video tersebut juga kelihatan anak mereka menangis ketakutan menyaksikan ibunya dibelasah.

Walau anaknya menangis tapi lelaki tersebut tidak mempedulikan tangisan anaknya langsung. Netizen berasa geram dengan perlakuan lelaki tersebut membelasah isterinya yang tidak mampu melawan tubuh tegap suami.

Selepas video ini beredar di media sosial ada yang mendakwa individu tersebut merupakan bekas suami kepada penyanyi dangdut terkenal, Amelina.

Individu Tular Kejam Terhadap Isteri

Seperti mana yang dipetik menerusi laporan Harian Metro, Amelina menyatakan sekiranya benar lelaki kejam itu adalah bekas suaminya seperti yang didakwa, bukan haknya untuk keluarkan sebarang kenyataan.

“Saya tak boleh nak komen apa-apa, biar polis jalankan siasatan. Kalau betul dia adalah bekas suami saya, dia dah jadi masa lalu saya,”

“Maknanya, dia dah tak ada kena mengena dengan saya.

“Jadi, saya mohon agar tidak dikaitkan lagi isu ini dengan saya,” ulas Amelina yang tidak mahu menonton video tular itu.

Ambil Masa 15 Tahun Sebelum Nekad Bercerai

Berbicara lanjut tentang rumah tangganya sebelum ini, Amelina akui mengambil masa yang agak lama sebelum nekad untuk berpisah dengan bekas suami.

Untuk rekod Amelina sebelum ini pernah berumah tangga dengan bekas suaminya, Reduan Mahamood pada 26 April 1999 dan bercerai pada 29 Jun 2016.

“Saya sendiri mengambil masa 15 tahun untuk membuat satu keputusan yang paling tepat sebab saya tak mahu merisikokan orang di sekeliling,” sambungnya.

“Hanya Allah Yang tahu Apa Yang Mereka Rasakan”

Ibu tunggal kepada enam cahaya mata ini juga punya pendapat tersendiri mengenai isu kekerasan rumah tangga.

“Jangan hina mangsa kekerasan dalam rumah tangga. Mereka yang berada dalam situasi ini sebenarnya terikat dengan beberapa perkara iaitu ketaatan kepada agama, suami dan persekitaran.

“Kesannya bukan sahaja dari sudut fizikal, tetapi juga mental dan bagi mereka yang pernah mengalaminya, ia meninggalkan trauma yang besar.

“Jangan terlalu ‘menekan’ mereka yang menjadi mangsa ini. Janganlah dikata mangsa-mangsa ini, bodoh. Hanya Allah yang tahu, apa yang mereka rasakan,” akhirnya.

“Kalau Betul Ex Kak Amalina, Memang Seram” Netizen

Menerusi ruangan komen di status Instagram, ramai netizen yang bertanya sama ada benarkah lelaki yang tular pukul isteri hingga lunyai, menerusi sebuah video adalah bekas suami Amelina? Malah menerusi komen yang ditinggalkan juga netizen memberi pelbagai reaksi mereka.

 

Baca Disini : Amelina Kesal Kecewakan Arwah Abah “Along Janji Jadi ANAK, KAKAK & IBU Yang Baik”

Jual Nasi Ayam & Nasi Minyak, Amelina Tak Malu Berusaha Dari Mengharap Belas Kasihan Orang

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Mingguan Wanita : Allahu, semoga Amelina terus tabah bergelar ibu tunggal kepada enam orang cahaya mata.

Sumber : Harian Metro

Sumber Foto : Instagram Amelin Sharipuddin

RAHSIA CANTIK NASHA AZIZ

Fazura Pesan Wahai Wanita Sayangi & Hargailah Diri Anda!

Tip Cantik Isteri, Ibu & Selebriti Datin Elvina

Published by
Norhayati Suboh