“Indahnya Bunyi Azan Sehingga Sering Terngiang-Ngiang Di Telinga” Wanita Mualaf Nur Asmah Esther

Share

Pemilik nama asal Esther Abaygar Sabornido ini sudah terpaut dengan agama Islam sewaktu bekerja di Kota Singa. Setiap hari dia mendengar laungan azan, malah bunyi itu juga sering terngiang-ngiang di telinganya. Walaupun pada waktu itu dia tidak memahami maksud azan namun dia berasa cukup tenang tatkala mendengarnya.

Malah wanita ini juga akui sebelum melangkah kaki ke Singapura dia sudah minat dengan agama Islam cuma tiada peluang untuk mendalami agama Allah dek kerana majoriti penduduk di negara asalnya beragama Kristian. Akui wanita yang kini nama Islamya Nur Asmah Esther Binti Abdullah banyak onak dan duri yang ditempuhi sepanjang bergelar mualaf.

Dengar Laungan Azan, Cukup Aman dan Tenteram

“Saya dari zaman remaja lagi sudah minat Islam cuma tak ada peluang hendak dalami agama suci ini kerana majoriti penduduk di Filipina beragama Kristian atau Katolik. Sehinggalah akak dapat tawaran bekerja di Singapura pada tahun 1989 disitulah akak berjumpa dengan ramai kawan-kawan dari Filipina yang sudah lama bekerja di situ dan berkawan dengan ramai orang Melayu.

“Di Singapura saya tinggal bersama sepupu di Kawasan Paya Lebar. Kebetulan di sini ramai penduduk Melayu jadi saya sentiasa mendengar laungan azan. Bila saya buka TV pun ada azan dan saya sempat membaca maksudnya menerusi terjemahan yang ditulis di kaca tv. Bunyi azan itu sentiasa terngiang-ngiang di telinga dan hati saya rasa cukup aman dan tenteram.

“Kebetulan akak kenal dengan seorang pemuda Melayu dari Johor yang mahu berkenalan dan sering menerangkan tentang agama Islam. Dari situ akak mula jatuh cinta dengan Islam dan dia juga sering memberitahu tentang kebaikan agama Islam dan juga hikmah-hikmah berpuasa di bulan Ramadan. Akak pun cuba berpuasa dan tidak lagi menjamah daging khinzir. Perlahan-lahan akak mula belajar cara hidup orang Islam. Walaupun pada ketika itu akak masih belum memeluk Islam namun akak tidak pernah menyentuh arak, sebab pada akak air itu kotor,” terang Nur Asmah Esther panjang lebar ketika membuka bicara.

Minta Izin Ibu & Ayah Untuk Peluk Islam

Dek kerana kontrak kerja di Singapura telah tamat, Nur Asmah Esther terpaksa pulang ke Filipina dan dia tidak menyangka teman lelakinya sanggup bertemu dengan kedua ibu bapanya dan meminta kebenaran mahu berkahwin dan kemudiannya membawa dirinya ke Malaysia.

“Saya minta izin pada ibu dan ayah untuk memeluk Islam, pada awalnya mereka menentang namun selepas itu saya terangkan kebaikan agama Islam. Ketika itu bakal suami akak pun datang ke kampung untuk menjemput saya dan meminta izin untuk berkahwi dan membawa saya ke Malaysia. Selepas melihat kejujuran lelaki yang bakal jadi menantu mereka, akhirnya saya dibenarkan untuk memeluk Islam.

“Saya memeluk Islam pada tahun 1992 di Balai Islam Melaka. saya rasa sangat bahagia ketika itu kerana sememangnya sudah lama mahu dalami agama unik ini. Apatah lagi dengan persetujuan dari ibu dan ayah membuatkan saya rasa jiwa tenang.

“Selepas mengucap dua kalimah syahadah terasa hati dan dada ini ringan dan sangat gembira. Saya rasa sangat seronok bila dapat bersama dengan umat Islam lain menunaikan solat dengan memakai telekung dan sebelum solat bersuci dengan berwuduk terlebih dahulu. Islam sangat suci dan bersih sebelum kita menghadap Allah kita perlu menjaga kebersihan. Agama ini sangat menarik dan berbeza dengan agama lain,” kata Nur Asmah Esther yang dia berasa cukup tenang selepas memeluk Islam.

Koleksi gambar ketika menghadiri kelas mengaji.

Setiap Hari Belajar Ngaji

Selepas berkahwin Nur Asmah Esther mendalami agama Islam dengan belajar mengaji dengan sepupu suaminya yang juga seorang ustazah.

“Setiap hari saya akan belajar dengan sepupu suami. Saya belajar dari mengucap dua khalimah syahadah, menghafal al-Fatihah, rukun-rukun Islam, rukun-rukun Iman dan mengaji. Alhamdulillah ustazah mngajar saya dengan baik. Saya dapat belajar menulis dan membaca jawi dengan baik. Bukan itu saja malah saya dapat menghafal semaa abjad dan membaca muqaddam.

“Saya bahagia sangat dengan didikan suami tersayang bagi memahami lagi dengan baik tentang agama Islam. Cuma biasalah pelbagai dugaan yang saya harungi. Tetapi saya cuma duduk diam dan mengadu dengan Allah.

“Memandangkan saya tidak pandai sangat berkomunikasi dalam Bahasa Melayu jadi pada awalnya agak susah nak serasikan diri dengan masyarakat dan ahli keluarga suami. Tapi saya kuatkan semangat dan banyakkan bersabar dengan dugaan yang Allah beri kerana saya percaya banyak dugaan yang perlu saya tempuhi. Alhamdulillah saya dapat harunginya dengan baik,” ungkap Nur Asmah Esther.

Bersama anak-anak dan cucu.

Pasrah Besarkan Anak-Anak Sendirian

Wanita ini juga berasa cukup bahagia berkongsi hidup dengan suaminya, Mansor bin Md Yet. Mereka dikurniakan enam cahaya mata. Namun suaminya hayat tidak panjang dan meninggal dunia 14 tahun lalu.

“Banyak dugaan yang terpaksa saya tempuhi. Paling besar dugaan apabila suami meninggal dunia 14 tahun lalu. Ketika itu anak-anak masih kecil lagi. Suami meninggal pada tahun 2005 ketika itu anak yang sulung baru berusia 13 tahun.

“Saya pasrah dan berserah dengan ujian dari Allah. Saya percaya dengan hikmah yang mendatang dan tidak pernah putus berdoa. Malah saya juga tidak tinggalkan solat dan mengadu segala-ganya dengan Allah. Pada waktu itu saya tak boleh kerja sebab anak yang bongsu baru berusia lapan bulan. Jadi untuk menampung hidup ketika itu saya buat kuih dan hantar di gerai-gerai. Alhamdullillah, kalau kita yakin dengan Allah rezeki kita cukup. Anak-anak kecil saya pada waktu itu tidak pernah kelaparan.

“Selepas suami meninggal saya aktif sertai kelas-kelas fardu ain dan kelas ngaji yang dianjuarkan oleh Jabatan Agama Islam Johor. Setiap daerah kami ada persatuan untuk saudara baru jadi ustaz dan ustazah yang bertauliah akan nmengajar kami. Alhamdulillah akak dah banyak kali khatam Quran. Selain itu banyak kursus juga saya sertai anjuran JAINJ.

“Ada satu lagi peristiwa di mana pada tahun 2015 rumah saya pernah musnah dijilat api. Kami tinggal sehelai sepinggang saja. Namun segalanya akak terima dengan reda. Saya cuba bangkit perlahan-lahan dan berdoa kepada Allah.

“Pejam celik, pejam celik anak-anak kini semianya sudah besar. Saya juga sudah mempunyai cucu. Malah akak bersyukur tiga tahun lalu, akak baru saja mendirikan rumah tangga dengan Fazal Rasool. Dan suami baru akak ini juga cukup memahami,” akhiri Nur Asmah Esther.

Bersama suami Fazal Rasool.

Baca Disini Juga:

Semarak Ramadan, Gadis Mualaf Nur Khayra Adra Low Ini​​​​​​​ Berpuasa Penuh Sebelum Peluk Islam 

Rahsiakan Pengislaman Selama 7 Tahun, Nur Ain Sumaiyah Syukur Keluarga Terima Baik Keputusannya

Usaha Ustaz EBIT LEW, Satu Kampung Peluk ISLAM Rela Tanpa Paksaan!

JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW

Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya:  https://t.me/bangkitwanitaMW

Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.

Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.

Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.

Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40

Cookies Viral Legend

Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 10 Julai dan 24 Julai 2021.

Klik ini untuk mendaftar:  https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-legend-jual-cookies-paling-masyuk/

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
Telegram : https://t.me/bangkitwanitaMW
Youtube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

 

 

Published by
Norhayati Binti Suboh