Inara Rusli Tolak Ajakan Makan Malam Pengusaha Kaya, Akui Mahu Cari Lelaki Yang Takutkan Allah

Share

Inara Rusli tolak ajakan makan malam  pengusaha kaya, akui mahu cari lelaki yang takutkan Allah. Pasti ramai masih mengingati kisah isteri kepada penyanyi Virgoun yang popular dengan lagu Surat Cinta Untuk Starla ini.

Dicurangi suaminya sendiri yang suka melanggan pelacur, mengajaknya melakukan hubungan intim di siang bulan Ramadan, disuruh mencantikkan tubuh namun masih melanggan pelacur serta berbagai lagi penganiayaan semasa dalam perkahwinan.

Inara Rusli Tolak Ajakan Makan Malam Pengusaha Kaya

Terkini, kesnya masih berjalan di mahkamah Pengadilan Agama Jakarta Barat atas urusan cerai namun Inara Rusli dilihat sudah mulai aktif di media sosial demi menyara anak-anaknya. Bahkan rezekinya juga dilihat mulai murah apabila banyak pengusaha bisnes menjadikan dirinya jurucakap kepada produk mereka.

Terkini, tidak dapat lari dari ujian dunia dari “lelaki-lelaki buaya” dan suka mengambil peluang menabur wang kepada insan lemah, Inara sudah mulai dihimpit bila mana dia berkongsi satu tangkap layar perbualan bahawa dirinya dijemput keluar makan malam bersama seorang bisnesman.

Dari chat tersebut dibuat oleh orang suruhan pengusaha ini, dinyatakan satu ajakan keluar makan malam bersama.

Sayangnya, Inara Rusli tidak menerima ajakan tersebut sebaliknya memaklumkan dirinya lebih menerima tawaran untuk bisnes atau pekerjaan sahaja.

“Ada berbagai ajakan tapi untuk buat masa ini, tawaran makan malam, jalan-jalan nanti dulu, aku mahu fokus kepada kerja saja,” kata ketika ditemui.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Virgoun Curang Kerana Penampilan Isteri Macam Mak-Mak, Inara Pernah Diberi RM30,000 Untuk Cantikkan Diri

Mimpi Suami Curang & Allah Tunjuk Kebenaran Usai Solat Subuh, Isteri Dedah Penyanyi Main Kayu Tiga

Tak lama selepas berkongsi tangkap layar perbualan itu, Inara kemudian disebut sebagai idola baru para pengusaha dan dirinya hanya mampu tertawa kecil.

Akui Mahu Cari Lelaki Yang Takutkan Allah

Namun ketika diajukan pertanyaan tip lelaki idamannya, Inara Rusli mengatakan dia tidak memandang latar belakang pekerjaan seseorang. Tapi paling penting, lelaki tersebut harus takut dengan Allah SWT.

Masa yang sama, Inari Rusli akui dia mahu dilihat oleh anak-anaknya sebagai ibu yang kuat dan boleh berdikari mencari rezeki sendiri.

“Aku kepingin bertemu pasangan yang takut sama Allah. Yang tak hanya sayang sama aku tapi juga anak-anak dan boleh menjadi imam dan pemimpin keluarga,” kata Inara.

“Pemimpin bukan cuma urusan dunia tapi akhirat juga serta saling mengingati tentang hal yang baik” terangnya. Sumber :- Tribunnews

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Dr Say Cerita Pengalaman “Koyak” & “Meroyan” Selepas Bersalin
Pengalaman lahirkan anak pertama buat isteri gerun untuk hamil dan bersalin lagi. Kalau tak ada bantuan suami, boleh menjurus kepada meroyan selepas bersalin atau “postpartum”.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros