Inai homemade ini ada banyak sangat kelebihannya, jadi sesuai sangat untuk anda yang suka pakai inai cuba buat sendiri ikut langkah-langkah yang dikongsikan oleh saudari Rosdiana Dian. Lagi pun nak cari daun inai bukan senang zaman sekarang, elok sangatlah tiru buat inai moden macam ini…
Hi semua…
Mak nak share inai homemade yang mak buat siang tadi.
Actually Uolls buleh jugak tanya pakcik Google. Cuma resepi ni mak dapat dari kawan Mak.
Mungkin lain orang lain bahannya.. modal tak sampai 3 hengget.
3 Bahan-bahan asas:
1. Kapur sireh/ kapur makan tu. Ini paling utama. Takde ni maka pewarna tak boleh serap dalam kuku. (Sukatan hujung sudu kecil). Sikit secoet ja.. jangan banyak-banyak takut panas, kang sakit pulak kuku tu Mak tak jamin.
2. Sabun mandi yang jenis ketul/ buku. (Sukatan 2cm persegi). Atau,sabun axion pun boleh.
Ads
Ada orang pakai sabun axion atau brand lain janji bentuk pes tu. Jangan yang cecair tu tau. (Kalau axion dlm Sukatan 1 sudu besar).
3. Pewarna makanan kaler ceri merah. Ada yang pakei sirap, ikut lah nak warna apa pun… oren, purple, hijo, coklat ke hitam ke. Siapa berani nak kuku kaler-kaler leh try. Jangan yang kordial tau… itu tak boleh, lain jadinya karang. Agak-agak sukatan setengah atau sebotol ikut kepekatan).
SUKATAN KAPUR
Haaa.. agak-agak gini laaa sukatan kapur sireh tu tadi… jangan banyak sangat kang lain jadinya.. Hehehee.
JENIS PEWARNA
Ini la pewarna makanan yang mak pakai. Pewarna Ceri Merah cap bunga Rose. Rege dalam rm2.50. Ada jugek yang pakei sirap. Tak kesah la Uolls nak kaler apa pun.. ungu ke.. ijau ke… hitam coklat ke.. mak tak rela pulak nak kaler ijau.. Hihihi.. Tapi…. jangan yang jenis kordial tu tau.. naiyaaa ja kang tak jadik.
Ads
HASILNYA
Ni struktur bancuhan 3bahan asas tadi.
Sentiasa pengantin baru ler katakannnn…
Lagi satu yang beli kat kedai tu tak tahan lama.. kejap ja pudar.
Ads
Nak carik daun inai nak tumbuk-tumbuk jenuh ler pulak. Maka, terhasil laa inai moden ni.
Cara-cara bancuhan:
Campur semua 3 bahan asas ke dalam mangkuk dan adun hingga sebati. Boleh adjust ikut kelikatan dan kecairan hasil. Toksah campur air, kemudian sapu rata dikuku pakai putik kapas yang saiz kecil. Biarkan 20-30 minit, ala-ala kering. Kemudian cuci bersih-bersih.
Alaaaaa… susah-susah tak dapat nak agak kuantiti bahan boleh beli ja inai readymade kat kedai tapi cuma inai tu tak kekal lama laaa.. lekas pudar.
Yang ni tahan lama hingga ikut habis kuku dipotong.
Lagi satu, yang paling penting buleh bawa SOLAT. Sebab warna menyerap ke dalam kuku. Bukan hanya sekadar menutup permukaan kuku macam quitick tu. Tak percaya, lepas pakai try ler kikis. Buleh ke idok.
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Mungkin ramai wanita yang pandang remeh soal senaman kemut (kegel) tapi sebenarnya senaman ini cukup bagus kalau diamalkan dari peringkat anak dara.
Jarang dilakukan secara sengaja dan jika buat pun biasanya dalam keadaan tertentu seperti menahan kencing. Senaman ini juga telah lama dipraktikkan oleh orang Melayu tapi tak semua orang amal sebab senaman ini melibatkan alat sulit. Tapi kesannya bagus!
Jika anda mempunyai simptom lemah otot pelvis seperti terkencing ketika bersin atau batuk, kami sarankan sebaiknya lakukan senaman kegel secepat mungkin. Ini mungkin akan menjadi lebih buruk sehingga memaksa anda untuk memakai panty liner dan jika tidak ditangani segera pasti akan merimaskan kehidupan seharian. Ada yang salah anggap bahawa senaman ini untuk tujuan merapatkan alat sulit bagi tujuan seks sahaja.
Otot pelvis akan menjadi lemah dan kendur apabila seorang wanita itu telah melahirkan anak, menghidapi obesiti, ia juga mungkin dari faktor keturunan dan juga proses penuaan.
Macam mana nak buat?
1. Kenalpasti otot pelvis tersebut.
2. Kemutkan otot tersebut seperti anda menahan kencing. Tetapi janganlah lakukan semasa anda terasa mahu kening, sebaliknya lakukan semasa pundi kencing anda kosong. Sebab menahan kencing boleh mengakibatkan penyakit lain pula yang timbul.
NOTA:
1. Cara kemutan ini boleh dilakukan dengan cara berdiri, duduk atau berbaring.
2. Apabila anda sudah berada dalam keadaan selesa, tahan kemutan selama lapan ke sepuluh saat dan lepaskan dengan perlahan-lahan.
3. Ulangi langkah ini sehingga empat ke lima kali.
4. Seeloknya lakukan secara berkala sebanyak tiga kali sehari dan lakukannya sekerap yang mungkin.
Senaman yang mudah lagi ringkas ini boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Ketika anda sedang menonton televisyen, sedang duduk di pejabat, mahupun ketika memandu. Cukup begitu mudah, bukan? Tiada alasan untuk tidak melakukannya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Rumah tangga terlalu bahagia tanpa sebarang ujian pasti hanya berlaku dalam drama atau filem fantasi sahaja. Realitinya, untuk mencapai usia perkahwinan sepuluh tahun, sudah pasti anda melalui pelbagai asam garam rumah tangga. Salah satunya bagaimana mahu meredakan hati pasangan yang tengah panas.
Begitu juga dengan bertikam lidah dan salah faham. Pujuk-memujuk, meninggi suara hingga tahap menengking juga sudah pasti berjuta kali dilalui anda dan pasangan.
Sebenarnya, dalam masalah ini persefahaman amat penting. Perkahwinan bukan sekadar berkongsi bantal dan lengan, tetapi perkahwinan adalah perkongsian hidup dan mati.
Bagaimana mengawal amarah dalam hubungan suami isteri, pasti sukar! Bawa bertenang, mungkin langkah ini dapat membantu anda!
Cara Lembutkan Hati Suami/Isteri Yang Panas
1. Jangan Duduk Tempat Yang Sama
Pergaduhan berpunca daripada pelbagai perkara, namun anda harus bijak menanganinya. Sekiranya anda sedang duduk ketika marah, cuba ubah posisi berdiri atau sebaliknya. Cara ini akan membuatkan anda lebih relaks dan tenang.
2. Berhenti Membebel Dan Cari Salah
Langkah ini dikatakan sangat efektif jika anda tidak dapat mengawal amarah kepada pasangan anda. Diamkan diri di saat anda marah akan membuatkan anda berfikir seketika sebelum melontar kata-kata pedas berapi. Maklumlah ketika marah, kita tidak mampu mengawal emosi dan minda.
3. Ambil Wudhuk
Api adalah simbolik bagi rasa amarah, jadi hanya air sembahyang mampu mengurangkan rasa marah. Anda juga akan berasa tenang setelah air kena pada wajah dan seluruh tubuh dan nak pujuk diri, ajak si dia solat jemaah sama-sama. Jangan lupa selit doa yang manis-manis selepas solat. In shaa Allah, hati akan tenang!
4. Ambil Masa Dan Ruang
Apabila anda tidak mampu mengawal rasa marah di depan suami, cuba beredar dan jarakkan sikit diri anda dengan suami. Bawa diri ke bilik dan ambil masa untuk “cool down” . Jangan pula anda beredar sambil menghentak kaki dan menghempas pintu, pasti kemarahan suami bakal meledak.
5. Ingat Saat Manis, Flashback Waktu Akad Nikah
Ketika marah menguasai diri, cuba kenang jasa pasangan pada anda selama ini. Cuba rendahkan ego anda dan ingatlah tujuan sebenar kita dan si dia bersama, bukan sekadar suka-suka sebaliknya untuk suka dan duka.
Sebenarnya tak susah nak bahagiakan hubungan suami isteri, kita sendiri yang kena mainkan peranan macam mana nak nak lembutkan hati pasangan, nak handle pasangan yang merajuk tetiba. Ingat, jangan biarkan sebab dari situasi makan hati atau merajuklah BARAH dalam hubungan akan wujud!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kita bernikah kerana cinta. Ada juga yang kahwin terpaksa, namun akhirnya cinta juga yang ditemui dalam rumah tangga. Dari situ wujud rasa suka, hati tenang menjalani ibadah sebagai suami isteri.
Apabila hati mulai pudar, merasai banyak yang pahit dari yang manis, ada pasangan memilih jalan akhir iaitu penceraian. Perbaiki kembali apa tujuan pernikahan dan jangan buang Allah dan Islam dalam sebanyak mana kita meneguk nikmat yang diberiNya.
Tidak dinafikan penceraian adalah salah satu jalan untuk menjaga hak seorang muslim, baik pihak suami atau pihak isteri, kerana ia adalah solusi yang terbaik jika berlaku yang memang memudaratkan bagi pasangan.
Akan tetapi, Islam juga sangat membenci penceraian bagi pasangan suami isteri, dan ia juga sesuatu yang sangat berat yang banyak Allah sebutkan didalam Al-Quran. Baca saranan pemilik dan pengurus pemasaran Be Ana Home Quran, Anna Rosdijanti Ahmat Rusdi sebelum anda memilih jalan akhir itu.
Selamatkan Hubungan Suami Isteri Dengan Cara Islam
Cari tahu apa faktor utama penceraian
Membuat perbincangan secara empat mata ( suami dan isteri) dan sangat sangat perlu menjaga emosi masing-masing.
Catat dalam sehelai kertas keburukan suami /isteri dan kebaikan suami/ isteri dan jumlahkan keduanya.
Jika ada solusi dari langkah diatas, buat perjanjian dan framekan di dalam bilik tidur.
Membuat perbincangan bersama keluarga suami dan isteri.
Dalam masa yang sama, ajak pasangan pergi surau atau masjid.
Mencari nasihat dari golongan keluarga yang bijaksana.
Jika tidak, mencari ustaz atau ustazah untuk memberi nasihat (boleh ke pihak pejabat agama islam negeri masing-masing)
Jika mampu, buat kelas mingguan bersama ustaz untuk sama-sama mendengar tausiah.
Buat kelas mengaji bersama keluarga, anak,suami dan isteri atau bersama keluarga terdekat yang lain, jika semua tidak boleh membaca dengan baik, sebaiknya memanggil ustaz atau ustazah untuk membuat kelas mengaji bersama keluarga seminggu sekali juga sudah memadai.
Perbanyakkan membaca Al-quran dan tafsir yang banyak bercerita mengenai beratnya hubungan suami isteri dan penceraian (melakukan kajian bersama).
Berikan hadiah kesukaan pasangan.
Perbanyakkan berdoa kepada Allah.
Perlu Diingat!
Perkara diatas adalah sesuatu yang perlu dilaksanakan berdua, kerana yang ingin diselamatkan adalah rumah yang telah dibina berdua
Pulihkan Kembali Rasa Cinta, Sedarlah..
Usahalah semaksimum mungkin untuk terus memulihkan rasa hati yang telah berubah, dan Allah sahaja yang dapat mengembalikannya kepada rasa itu.
1. Pernikahan adalah janji yang berat
“mitsaqan ghaliza”.
“Dan bagaimana kamu tergamak mengambil balik pemberian itu padahal kasih mesra kamu telah terjalin antara satu dengan yang lain, dan mereka pula (isteri-isteri kamu itu) telahpun mengambil perjanjian yang kuat daripada kamu?”
(An-Nisaa’ 4:21)
2. Dan bergaullah dengan mereka secara baik. Kemudian jika kamu bencikan mereka, kerana mungkin kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).
(An-Nisaa’ 4:19)
3. Dari Abu Hurairah:Rasulullah bersabda:
“Janganlah seorang muslim (suami) membenci seorang muslimah (isteri), jika dia tidak suka salah satu dari sifat dia, ada sifat lain yang dia puas hati.” hadith sahih riwayat Muslim
4. Menerusi Abu Hurairah: Rasulullah bersabda:
“Hendaklah kalian saling memberi hadiah agar kalian saling mencintai”. Hadith sahih riwayat al Bukhari dalam kitab al Adab al Mufrad.
Sumber/Foto: Beanahomequran
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!