Ina Naim Setia Di Sisi, Masalah Kesihatan Mata Kronik Bataskan Penglihatan & Pergerakan Suhaimi

Share

Suami kepada Ina Naim, 36 iaitu Suhaimi Saad, 40 kini mengalami masalah kesihatan mata yang kronik sehingga membataskan penglihatan dan pergerakannya.

Sumber: Sinar Harian

Ina Naim Setia Di Sisi

Namun Suhaimi cukup bertuah kerana isterinya Ina Naim sentiasa setia di sisi. Malah kini Suhaimi memerlukan perhatian daripada Ina dan anak-anak membantu dirinya berjalan kerana masalah mata yang dialami menyebabkan penglihatannya kurang jelas.

Seperti yang difahami, walaupun penglihatannya kurang jelas, namun Suhaimi masih aktif melakukan kegiatan seni. Dia bakal melancarkan single terbaru berunsur ketuhanan ciptaan sendiri berjudul Zapin Selawat penghujung tahun ini.

“Lirik dan melodi lagu sudah siap, hanya menunggu untuk memasukkan vokal sahaja. Proses penghasilan sedikit terbatas kerana penglihatan yang semakin hari semakin kurang jelas selain sakit kerana silau sejak saya berada di kuala lumpur lagi,” ungkap Suhaimi seperti mana dipetik menerusi portal Sinar Harian.

Artikel berkaitan: Bertuahnya Ina Naim Setia Di Sisi, Masalah Kesihatan Mata Kronik Bataskan Penglihatan & Pergerakan Suhaimi

Demi Anak & Tuntutan Kerjaya, Dah Setahun Rupanya Suhaimi Saad & Ina Naim Berhijrah Ke Kelantan

Ina Naim Banyak Membantu

Suhaimi juga menerangkan isterinya, Ina banyak membatu. Dia dan Ina dikurniakan empat orang anak dan Suhaimi juga bersyukur anak-anak juga turut membantu dirinya yang kini menghadapi masalah penglihatan.

“Ina yang banyak membantu seperti memandu kereta jika ada undangan nyanyian di sekitar kelantan manakala di luar dari kelantan, saya mengupah pembantu,” sambungnya.
Selain itu Suhaimi juga turut memberitahu, selain dirinya, isteri juga turut membantu menambah pendapatan keluarga.

“Ina pula berniaga barangan kosmetik, pakaian di laman sosial dan menerima tempahan menyediakan makanan bagi membantu menambah pendapatan keluarga. Kehidupan kami sekeluarga di sini berjalan lancar dan bahagia kerana dikelilingi keluarga angkat yang melimpahkan kasih sayang dan sentiasa memberikan sokongan walaupun berjauhan daripada ibu bapa Ina di Johor,” katanya.

Suhaimi bersama keluarga tersayang.

Sumber Foto: Sinar Harian & Instagram Suhami Saad
Sumber: Https://Www.Sinarharian.Com.My/
Bagi Mendapatkan Lebih Banyak Kisah Menarik Sila Ke Instagram: Https://Www.Instagram.Com/Mingguanwanita/

Published by
Norhayati Binti Suboh