Hiburan

Ina Naim Kongsi SS Tinggalkan “Harta” 7 Helai Baju & Selipar, Mesin Basuh Ada Tapi Arwah Sedekah Pada Jiran

Share

Ina Naim kongsi SS hanya tinggalkan “harta” 7 helai baju & selipar, mesin basuh ada tapi arwah sedekah pada jiran. Bekas anggota kumpulan nasyid In-Team, Allahyarham Suhaimi Saad, 43, disahkan meninggal dunia pada 7.40 malam 15 November lalu di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru akibat jangkitan kuman di paru-paru.

Selepas dirinya pergi, ada 1001 satu cerita kebaikan dirinya tersebar. Seperti kata pepatah, harimau mati tinggalkan belang, manusia mati tinggalkan nama. Dan selepas pemergiaan allahyarham, ada 1001 kebaikan dirinya diceritakan di media sosial.

Ina Naim Kongsi SS Tinggalkan “Harta” 7 Helai Baju & Selipar

Namun satu perkongsian di fb atas nama Ryhan Musa membuka lebih banyak kebaikan arwah lakukan bila mana mereka melakukan ziarah ke rumah Ina Naim yang terletak di Felcra Sg Ara, Kota Tinggi yang mana Ina Naim adalah antara pelanggan @aisymom.

Dan dalam kunjungan itu, Ina sempat berkongsi kebaikan arwah suaminya yang memilih kehidupan agak zuhud di dunia berbanding sesetengah dari kita yang gemar menyimpan harta dunia.

Kata Ryhan,  seminggu sebelum berpindah ke Kota Tinggi, Suhaimi Saat menjual satu-satunya harta yang tinggal iaitu kereta, rumah pun tiada sebaliknya di Kelantan mereka hanya menyewa.

“Satu-satunya harta yang suami tinggalkan ialah tujuh helai baju dan selipar miliknya,” katanya yang dilihat tenang dan tidak menangis kerana telah dididik oleh arwah suaminya agar tidak menangisi hal-hal keduniaan.

“Seminggu sebelum balik ke Kota Tinggi, arwah jual kereta dia di Kelantan. Arwah pergi tanpa meninggalkan sebarang harta. Rumah di Kelantan hanya rumah sewa. Yang tinggal 7 pasang baju dan selipar. MasyaAllah.

Mesin Basuh Ada Tapi Arwah Sedekah Pada Jiran

Kata  Ryhan, Ina turut  berkongsi kisah mesin basuh yang mana ramai pernah menyelar Suhaimi Saat kerana “gagal”menyediakan kemudahan untuk rumahtangganya namun jelas Ina, ia hanya salah faham masyarakat dan media memutar cerita.

Kata Ina, rumahnya ada mesin basuh namun suatu hari mereka ternampak anak jiran kepenatan mengangkat basuhan baju. Lalu arwah bertanya mengenai hal ini sebelum anak jirannya maklumkan mesin basuh di rumah mereka rosak.

“Ina nampak anak jiran Ina angkat bakul baju bawa keluar rumah dengan muka penat (ye lah budak-budak kena buat kerja). Ina tegur jiran tanya “kenapa akak”?

“Spin mesin basuh ni rosak Na” jawab jiran tadi.

Ina masuk dah bersembang dengan suami lalu bercerita mesin basuh jiran tu rosak. Lalu arwah suruh anaknya berikan mesin basuh kepunyaan mereka kepada jiran tersebut. Mulianya hati.

“Situlah rumah rumah kami tiada mesin basuh. Itulah kisah mengapa rumah kami tiada mesin basuh,” kata Ina.

Begitu juga cerita mereka sekeluarga pernah dituduh meminta sedekah tetapi kata Ina, sedekah yang dipungut itu bukan untuk keluarganya sebaliknya untuk mualaf di Sabah.

“Ya mereka minta sedekah tapi bukan untuk dia dan keluarganya. Kutipan derma itu mereka hantar pada mualaf di Sabah. Mualaf di sana ramai yang kembali murtad disebabkan mereka sangat susah di sana. Hanya bawa ribu-ribu ringgit sedangakan orang kristian datang bawa jutaan ringgit. Sebab itu ramai yanh kembali murtad. Mereka terkapai-kapai tidak tahu ajaran islam yang sebenar. Yang mereka tahu tidak boleh makan babi & anjing. Tapi ular, kera dan lain-lain diorang makan. Mandi wajib pun tak tahu. SS cakap ini semua Allah akan tanya kita nanti. Apa yang  kita nak jawab.

Ina turut berkongsi kisah penyakit dideritai oleh suaminya yang  sudah banyak memberikan tanda-tanda akan pergi awal di usia mudanya.

“Arwah pernah cakap dengan Ina, dia dah alami 30 tanda-tanda kematian. Tapi Ina buat tak layan je. Tapi diam-diam Ina google juga nak tahu awal tanda-tanda kematian tu macam mana. Masa yang sama, semasa sakit, Suhaimi Saat selalu berpesan pada anak-anak jangan menangis jadi anak yatim. Rasulullah sayang anak-anak yatim kerana Nabi juga anak yatim.

Emak Ina, antara orang yang terkesan dengan pemergian menantunya itu.

“Mak cik terasa sangat bila dia dah tak ada. Selalu letak kepala atas riba makcik & bergurau. Anak sendiri pun tak manja macam tu,” kata ibunya.

Dan kenapa anak kecil mereka berusia 11 tahun menjadi imam solat jenazahnya ayahnya, semasa hidup arwah sudah nampak kelebihan anaknya itu di mana bacaan Al-Qurannya lebih baik  dan berpesan andai terjadi sesuatu kepadanya, anak itulah yang akan menjadi imam solatnya kelak.

Dalam pada itu, Ina turut berkongsi yang arwah suaminya memang sengaja tidak membuat siaran langsung lagi kerana tak nak orang tahu dirinya sakit.

“SS stop live sebab dia tak nak orang perasan dia sakit sebab makin kurus. Dia tak nak  orang kesiankan dia. Dia minta Ina buat live sendiri smbil share ilmu dia tolong dari tepi baring di tilam. Bila orang tanya SS mana? Dia lambai-lambai je tanpa tunjuk muka & buat suara besar macam orang sihat.

Apa yang pasti, kehidupan zuhud yang dipilih oleh Suhaimi Saat nyata “berbeza” dengan orang lain.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Ina Naim Setia Di Sisi, Masalah Kesihatan Mata Kronik Bataskan Penglihatan & Pergerakan Suhaimi

Demi Anak & Tuntutan Kerjaya, Dah Setahun Rupanya Suhaimi Saad & Ina Naim Berhijrah Ke Kelantan

Suami Ina Naim, Suhaimi Saad Meninggal Dunia

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Tokti akui bahawa penyokong dan pendorong terbesar buat beliau ialah suami tercinta. Sentiasa memberi kata semangat kepada diri Tokti tidak kira apa yang berlaku. Sweet juga ya Dato’ K nie.

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros