Impian Perkahwinan Termakbul, 16 Jentolak Berarak Meriah Raikan Pengantin Baru!

Share

Impian Perkahwinan Termakbul, 16 Jentolak Berarak Meriah Raikan Pengantin Baru!
Setiap pasangan pengantin pastinya mempunyai impian tersendiri dalam meraikan hari bahagia. Bukan biasa-biasa, demi mencipta memori dan merealisasikan impian perkahwinan, Mohamad Fikre Mohd Ali dan isteri berarak menaiki jentolak pada hari persandingan mereka.

16 Jentolak Meriahkan Majlis Persandingan

Menariknya, Mohamad Fikre, 30, memandu sendiri satu daripada 16 jentolak digunakan bagi memeriahkan majlis persandingannya dengan isteri, Safinah Nasir, 25, Ahad lalu.

Katanya, kesemua jentolak itu adalah miliknya dan rakan serta dipandu pada jarak satu kilometer (km) dari Jalan Dusun, di sini ke rumahnya iaitu lokasi majlis di Jalan Jambu, di sini.

“Itu (naik jentolak) adalah idea saya kerana memang teringin untuk membawa jentolak pada hari perkahwinan.

“Kebetulan, saya memang ada jentolak kerana memang menawarkan perkhidmatan sewaan kenderaan itu jadi tiada masalah

“Keluarga kedua belah pihak juga tiada halangan cuma isteri segan sedikit pada mulanya untuk naik jentolak kerana perlu naik dengan memakai baju pengantin,” katanya.

Majlis Berjalan Lancar

Menurut Mohamad Fikre, dia bersyukur kerana semua yang dirancang berjalan lancar pada hari berkenaan daripada awal hingga akhir majlis.

Katanya, bantuan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) juga amat dihargai kerana melancarkan perjalanan..

“Alhamdulillah, termakbul juga impian saya untuk bawa jentolak dan ajak isteri rasai pengalaman naik.

“Sudah tentu ia akan jadi memori yang tak mungkin saya lupakan sampai bila-bila,” katanya.

Berkongsi perihal diri, Mohamad Fikre berkata, dia dan isteri berkenalan sejak tujuh tahun lalu.

“Kami tidak bertunang sebaliknya terus dahulukan yang wajib iaitu akad nikah selepas mendapat restu keluarga.

“Syukur kerana mendapat pasangan memahami diri saya,” katanya.

Mesti Baca:Suami Beli Rumah Baru Untuk Madu, Isteri Tua Robohkan Guna Jentolak!
Baca Lagi Di Sini:Punyalah Nak Kelainan Majlis Kahwin, Pengantin Jatuh Terduduk Dari Jengkaut!
Artikel Menarik:Majlis Resepsi Dibatalkan, Pengantin Sedekah Lauk Kenduri Di Pusat Pemindahan Banjir

Mingguan Wanita:Selamat Pengantin Baru, memang meriah & cipta kelaianan apabila berarak dengan naik jentolak di hari perkahwinan. Kenangan seuumur hidup di hari bahagia.

Sumber: Hmetro

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab