Memang tak sangka impian ‘diberkas polis’ merupakan antara hasrat yang diimpikan oleh warga emas ini dalam kehidupannya.
Dilaporkan Polis Australia telah ‘menahan’ seorang nenek berusia 100 tahun pada majlis sambutan hari lahirnya bagi memenuhi hasrat warga emas itu sendiri, lapor laman berita LadBible semalam.
Bekas jururawat tentera, Jean Bickenton, dikatakan mempunyai hasrat yang belum ditunaikan selama ini, iaitu diberkas polis.
Justeru, ketika hari lahirnya yang ke-100, sepasukan polis ‘dikejarkan’ ke pusat jagaan Narracan Gardens Residential Aged Care bagi menunaikan hasrat wanita berkenaan.
Menurut Bickenton, sepanjang hidupnya, dia tidak pernah mabuk, ditahan, kehilangan lesen memandu atau melanggar mana-mana undang-undang.
“Saya terkejut apabila anggota polis tersebut bertindak dengan lemah-lembut. Namun, mereka agak besar untuk saya,” katanya.
Sementara itu, polis negeri Victoria pada akaun Facebook berkata, sebaik sahaja mendapat tahu mengenai hasrat Bickenton, mereka teruja untuk menjadikannya satu kenyataan.
Sejurus tiba di kemudahan jagaan warga tua tersebut, polis memberitahu penghuni lain bahawa ia merupakan rancangan sambutan hari lahir bagi memastikan tiada sebarang masalah akan timbul.
“Menurut Bickenton, ia merupakan satu daripada sambutan ulang tahun kelahirannya yang terhebat. Kami rasa berbangga kerana dapat membantu menjadikan impiannya satu kenyataan,” katanya.
Mesti Baca:Suami Ditahan Gubah Wang Haram, Isteri Jutawan Akui Sukar Urus 21 Anak!
Baca Lagi Di Sini:Hadiah Hari Jadi Usia 100 Tahun, Nenek Nekad Buat Terjunan Udara!
Artikel Menarik:Sukan Ekstrem Nenek 93 Tahun, BERANI Berdiri Di Atas Sayap Pesawat Terbang!
Mingguan Wanita: Siapa sangka kan, ‘diberkas’ polis pun boleh menjadi impian dalam kehidupan. Semoga nenek ini panjang umur dan diberikan kesihatan yang baik.
Sumber: Kosmo, Victoria Police
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.