Imam Terawih Amatur, Ini Cara Solat Witir Paling BASIC Di Rumah

Share

Sebelum ini, Ustaz Khairul Anuar Basri berkongsi tatacara solat terawih paling ringkas di rumah masing-masing. Bagi melengkapkan solat sunat terawih ini, lakukanlah solat witir berjemaah paling basic ini.

Alhamdulillah, nampaknya ramai yang dah mula ambil manfaat dan kongsikan tatacara tersebut dengan orang-orang yang mereka sayang.

Maksudnya dah ramai yang tahu sebenarnya nak jadi imam solat terawih ni bukanlah susah mana pun kan?”

Baca sini : Cara solat terawih paling ringkas bagi imam amatur, rugi tak buat

“Bila sebut tentang solat terawih, tak lengkap rasanya kalau tak cerita pasal solat witir. Semalam pun ada orang komen tanya kaifiat solat witir.

So, hari ni saya nak tambah sikit lagi penulisan tentang requirement paling basic dan juga tips untuk solat witir berjemaah di rumah bagi imam yang amatur.

Macam biasa, just buat apa yang saya tulis tu je ye.

Persediaannya Macam Ini..

√   Solat witir ni lepas selesai solat terawih 8 rakaat

. Lepas dah baca doa bagai.

√   Kita ambil cara yang paling biasa dan mudah iaitu 3 rakaat dengan 2 salam. Maknanya mula-mula 2 rakaat. Lepas salam, bangkit dan tambah lagi 1 rakaat.

√   Sebelum mula solat witir, imam pusing belakang mengadap makmum. Cakap biar jelas; “Kita nak solat solat witir ni. 3 rakaat dengan 2 salam. Get ready semua ye!”.

TATACARA SOLAT WITIR PALING SEMPOI BAGI IMAM AMATUR

– Lafaz niat solat witir yang mula-mula tu ialah; “Sahaja aku solat witir 2 rakaat menjadi imam kerana Allah Ta’ala”. Allāhu akbar!

– Solat la 2 rakaat macam biasa sampai selesai bagi salam.

– Lepas dah selesai 2 rakaat, sekali lagi imam bangkit dan pusing belakang mengadap makmum. Cakap sekali lagi; “Kita nak solat witir 1 rakaat ni. Get ready semua”.

– Lafaz niat solat witir yang ni pula ialah; “Sahaja aku solat witir 1 rakaat menjadi imam kerana Allah Ta’ala

– Solat la 1 rakaat sahaja. Jangan pandai-pandai buat lebih pulak.

Ini la tatacaranya solat witir yang paling basic. Buat je macam yang saya tulis ni, insyaAllah selesai dan sah la solat witir secara berjemaah. Senang kan?

Surah-surah Dibaca Dalam Solat Witir

Ok.. sekarang saya nak guide sikit surah apa yang nak dibaca dalam setiap rakaat solat witir tu.

Sebab solat terawih ni 3 rakaat, suka saya nak cadangkan surah-surah berikut untuk dibaca selepas Surah Al-Fātihah pada setiap rakaat.

Ini akan memudahkan para imam sekelian.

Jadual yang sama ni, boleh recycle pada setiap malam.

Rakaat,

Pertama – Surah Al-Ikhlās (قل هو الله أحد)
Kedua – Surah Al-Falaq (قل أعوذ برب الفلق)
Ketiga – Surah An-Nās (قل أعوذ برب الناس)

Kalau nak baca surah-surah lain boleh tak?

Boleh je. Bacalah mana-mana surah yang mudah bagi imam tu.
Nak baca surah yang sama setiap rakaat pun boleh.

Kalau tak hafaz surah-surah ni boleh tak tengok Quran?

Macam pelik la pulak tak hafaz kan? 3 surah ni level budak tadika KEMAS je ni.

Boleh tak kalau buat sendiri-sendiri je solat witir ni? Tak payah la buat secara berjemaah.

Boleh je kalau nak buat sendiri-sendiri. Tapi berjemaah itu lebih aula sebab dapat pahala jemaah.

Kalau nak buat sendiri, tak semestinya selepas solat terawih. Bila-bila masa selagi sebelum azan Subuh pun boleh.

Cumanya takut kalau tak buat terus secara berjemaah lepas solat terawih, nanti tak solat witir la pulak. Itu je yang kita bimbang.

Lepas solat witir boleh tak kita bangun solat tahajjud?

Boleh je. Dan tak payah dah nak buat solat witir lagi sekali sebab witir hanya sekali untuk 1 malam.

Lepas selesai 3 rakaat solat witir, nak kena baca doa apa-apa tak?

Terpulang. Nak baca boleh, taknak baca pun tak apa.

Biasanya bermula malam ke 16, imam akan baca doa qunut kan? Kena baca jugak ke?

Ye biasanya begitulah. Imam akan baca doa qunut pada rakaat ketiga selepas bangun dari rukuk. Macam solat Subuh tu.
Kalau boleh baca, bacalah.
Kalau tak mampu baca, tak baca pun takpe.

Begitulah tatacara yang paling basic kot untuk jadi imam solat witir.. Kalau ada apa-apa soalan, boleh tanya kat ruangan komen.

So, macam semalam jugak. Ibu-ibu dan bapak-bapak mohon share tatacara ni kat semua orang ye. Nanti senang nanti kalau nak kena jadi imam solat witir berjemaah.

MW : Semoga mak ayah dapat menghidupkan solat sunat terawih dilengkapi dengan solat witir di rumah sendiri.

Sumber/Foto : Khairul Anuar Basri

Published by
Netty Ah Hiyer