Bila Masih Sayang Sakit Macam Mana Pun Suami, Isteri Tetap Setia

Share

Ikatan suami isteri ini sangat istimewa. Perasaan isteri ni, bila kata masih sayang suami sakit macam mana pun atau apa juga keadaan suami, tetap sanggup menerima seadanya. Payah untuk meminta dilepaskan atau membiarkan ikatan perkahwinan terlerai, walaupun secara hukumnya dan undang-undang isteri ini layak.

Perkongsian kes daripada Peguam Syariah, Tuan Muhammad Syarafi Mohd Salleh ini antara kisah yang boleh dijadikan tauladan.

Yang Arif: Nak mohon apa ni?

Plaintif: Nak lepaihkan isteri saya ni Tuan

Yang Arif: Kenapa nak lepaskan?

Plaintif: Saya dah tak sihat sekarang ni dan saya tak mampu dah nak sara diri jadinya saya nak lepaihkan dia ni elok la Tuan. Tak mau lepaih tak elok pasai dulu saya amik dia elok dari mak pak dia.

Yang Arif: Kamu Defendan macam mana setuju tak nak berpisah ni?

Defendan: Tak setuju Tuan, saya masih sayang dia sebagai suami saya walaupun keadaan dia macam ni. Saya boleh jaga dia.

Yang Arif: Ha macam mana ni Plaintif, Defendan tak setuju nak pisah ni?

Plaintif: Dia tak setuju takpa la Tuan, tapi saya setuju nak lepaihkan dia pasal saya memang dah tak mampu nak bagi nafkah zahir dan batin pada dia ni. Nanti berdosa saya mati esok lusa ni.

Yang Arif: Betul ni Defendan kamu tak setuju nak pisah?

Defendan: Betul Tuan, saya masih sayangkan dia sebagai suami.

Yang Arif: Kalau macam tu Mahkamah arahkan pihak-pihak untuk melantik *HAKAM masing-masing dan dibawa pada sidang akan datang.

*Jawatankuasa yang dilantik Mahkamah untuk mencari punca perkelahian pihak-pihak.

Tuan-Puan,
Isteri ni bila dia kata dia masih sayang, buruk macam mana pun suami dia, selekeh dan selebet macam mana pun rupa suami dia, sakit macam mana pun suami dia..

Dia tetap akan taat pada suami selagi mana suami tu tak menyakiti si isteri baik dari sudut fizikal atau pun mental.

Sebab isteri ni lah yang akan sama-sama bersusah-payah dari awal kahwin sampai sekarang,

Sebab isteri ni lah yang akan sama-sama jadi teman suka dan duka si suami di saat suami sedang berduka mahupun suami sedang bergembira,

Sebab isteri ni lah juga yang bersetuju untuk terima si suami ni sebaik akad nikah sah termeterai antara suami dan walinya dihadapan saksi-saksi yang ada.

Mahkamah pun takkan semudah tu untuk benarkan talaq itu berlaku walaupun punyai kuasa kerana Mahkamah perlu terlebih dulu menyiasat punca syiqaq (perkelahian) yang wujud antara pihak-pihak sebelum membuat keputusan yang adil dan saksama.

Janganlah lemparkan tuduhan tak berasas mengatakan Mahkamah ni melambatkan proses etc.

Ia nya bukan sekadar undang-undang saja tapi melibatkan hukum juga.

Muhammad Syarafi
Peguam Hipster Patuh Syariah.

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Memang ada benarnya, para isteri-isteri biasanya begitulah..Tak kira apa juga keadaan suami, walaupun sakit tetap menerima seadanya selagi mana suami bertanggungjawab dan tidak menyakiti dirinya baik fizikal mahupun emosi ketika masih sihat.

Sumber: Muhammad Syarafi

Published by
Suhaidah Abd Wahab