Ikatan suami isteri ini sangat istimewa. Perasaan isteri ni, bila kata masih sayang suami sakit macam mana pun atau apa juga keadaan suami, tetap sanggup menerima seadanya. Payah untuk meminta dilepaskan atau membiarkan ikatan perkahwinan terlerai, walaupun secara hukumnya dan undang-undang isteri ini layak.
Perkongsian kes daripada Peguam Syariah, Tuan Muhammad Syarafi Mohd Salleh ini antara kisah yang boleh dijadikan tauladan.
Yang Arif: Nak mohon apa ni?
Plaintif: Nak lepaihkan isteri saya ni Tuan
Yang Arif: Kenapa nak lepaskan?
Plaintif:Saya dah tak sihat sekarang ni dan saya tak mampu dah nak sara diri jadinya saya nak lepaihkan dia ni elok la Tuan. Tak mau lepaih tak elok pasai dulu saya amik dia elok dari mak pak dia.
Yang Arif: Kamu Defendan macam mana setuju tak nak berpisah ni?
Defendan: Tak setuju Tuan, saya masih sayang dia sebagai suami saya walaupun keadaan dia macam ni. Saya boleh jaga dia.
Yang Arif: Ha macam mana ni Plaintif, Defendan tak setuju nak pisah ni?
Ads
Plaintif:Dia tak setuju takpa la Tuan, tapi saya setuju nak lepaihkan dia pasal saya memang dah tak mampu nak bagi nafkah zahir dan batin pada dia ni. Nanti berdosa saya mati esok lusa ni.
Yang Arif: Betul ni Defendan kamu tak setuju nak pisah?
Defendan: Betul Tuan, saya masih sayangkan dia sebagai suami.
Yang Arif: Kalau macam tu Mahkamah arahkan pihak-pihak untuk melantik *HAKAM masing-masing dan dibawa pada sidang akan datang.
*Jawatankuasa yang dilantik Mahkamah untuk mencari punca perkelahian pihak-pihak.
Ads
Tuan-Puan,
Isteri ni bila dia kata dia masih sayang, buruk macam mana pun suami dia, selekeh dan selebet macam mana pun rupa suami dia, sakit macam mana pun suami dia..
Dia tetap akan taat pada suami selagi mana suami tu tak menyakiti si isteri baik dari sudut fizikal atau pun mental.
Sebab isteri ni lah yang akan sama-sama bersusah-payah dari awal kahwin sampai sekarang,
Sebab isteri ni lah yang akan sama-sama jadi teman suka dan duka si suami di saat suami sedang berduka mahupun suami sedang bergembira,
Ads
Sebab isteri ni lah juga yang bersetuju untuk terima si suami ni sebaik akad nikah sah termeterai antara suami dan walinya dihadapan saksi-saksi yang ada.
Mahkamah pun takkan semudah tu untuk benarkan talaq itu berlaku walaupun punyai kuasa kerana Mahkamah perlu terlebih dulu menyiasat punca syiqaq (perkelahian) yang wujud antara pihak-pihak sebelum membuat keputusan yang adil dan saksama.
Janganlah lemparkan tuduhan tak berasas mengatakan Mahkamah ni melambatkan proses etc.
Ia nya bukan sekadar undang-undang saja tapi melibatkan hukum juga.
Muhammad Syarafi
Peguam Hipster Patuh Syariah.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Memang ada benarnya, para isteri-isteri biasanya begitulah..Tak kira apa juga keadaan suami, walaupun sakit tetap menerima seadanya selagi mana suami bertanggungjawab dan tidak menyakiti dirinya baik fizikal mahupun emosi ketika masih sihat.
Persoalan yang sangat cliché, namun berapa ramai yang menghayati dan mengamalkannya dalam kehidupan. Sememangnya, pasti mengatakan pada awal hubungan perkahwinan, pasangan akan sangat menjaga hati tetapi apabila sudah lama berkahwin, usaha ke arah itu semakin pudar.
Sifat untuk menjaga hati pasangan bukan lagi menjadi keutamaan kerana masing-masing saling mengharapkan agar difahami. Malah, saling mengharapkan dan tidak mengusahakan adalah antara punca berlakunya keretakan dalam rumah tangga. Inilah antara kupasan oleh Mohd Shariman Che Deris pada topik kali ini.
.
Fasa Perkahwinan
Bagaimana untuk menjaga hati pasangan? Sebenarnya, ada empat fasa perkahwinan iaitu setiap satu fasa ini memerlukan kaedah yang berbeza.
Fasa Bulan Madu – Usia Perkahwinan Bawah Lima Tahun
Fasa ini segalanya indah dan masing-masing masih tenggelam dalam lautan membaranya cinta. Setiap satu bicaranya manis, tingkah lakunya terlindung tanpa tersadung, pasangan akan berusaha memperlihatkan dirinya sebagai perfect di mata suami/isteri.
Fasa Pasakan Cinta – Usia Perkahwinan Antara 6 Hingga 10 tahun
Mula menghidu kekurangan pasangan masing-masing, proses menyesuaikan dan pasakan cinta sangat penting pada fasa ini. Isteri mula tahu suaminya kaki pancing manakala suami mula tahu isterinya tidak suka bergaul dengan kawan-kawannya dan macam-macam lagi perkara mula terbongkar tentang pasangan.
Setiap pasangan perlu kembali belajar untuk menerima, hidup bersama dan meraikan kekurangan pasangan. Cinta wajib dipasak semula dalam fasa ini.
Fasa Cinta Sejati – Usia Perkahwinan Antara 11 Hingga 20 Tahun
Masing-masing mula mengenali hati budi kerana fasa ini semakin kritikal jadinya dan tidak mustahil perceraian boleh berlaku atas alasan tidak serasi, haluan berbeza dan pelbagai seribu satu macam alasan kononnya telah lama bersabar.
Fasa ini akan membentuk jati diri dalam rumah tangga, memperkuatkan rasa hati dan keteguhan cinta rumah tangga.
Tidak boleh diremehkan fasa ini dengan berkata “Kami sudah berkahwin 15 tahun, dia sudah kenal siapa aku. Tak perlu lagi aku nak menjaga hati isteri aku, dia dah faham aku” Ini antara kesilapan besar dalam fasa ini.
Fasa Syurga Cinta – Usia Perkahwinan Selepas 20 Tahun
Sepatutnya, ini adalah fasa yang sangat mendamaikan. Tempoh fasa ini mengatakan cinta itu wujud setiap kali melihat wajah pasangan. Fasa yang tidak lagi, hati mudah koyak, jiwa mudah sentap yang akhirnya membawa diri merajuk tanpa hala tujunya.
Fasa ini tidak lagi kita mencari cinta kerana kita sedang bercinta. Namun kita juga pernah mendengar tentang perceraian di usia 40 tahun perkahwinan, benar?
Inilah pentingnya cinta di belai dan di bajai sentiasa biar pun berapa usia perkahwinan kita kerana matlamatnya adalah masuk syurga Allah SWT atas asbab pintu reda dan bahagia pasangan.
Tip Jaga Hati Pasangan
1.Fahami Kemampuan Fizikal
Ramai terlepas pandang soal ini hingga menyebabkan pasangan berkecil hati. Fahami soal kemampuan kewangan pasangan, meminta-minta ada batasannya dan tidak boleh ditafsirkan sebagai kemanjaan semata.
Pasangan tetap akan mengusahakan apabila isteri @ suami meminta namun ia sudah jadi beban, hati akan calar kerana dianggap gagal memahami soal kemampuan pasangan.
Malah dalam aspek kekuatan fizikal pasangan juga satu perkara yang mesti difahami, suami tidak boleh mengharapkan isteri untuk tetap sibuk di dapur jika dirinya tidak sihat atau isteri mengharapkan suaminya mampu mengangkat barang berat dalam keadaan si suami lemah dan tidak berdaya, tiada kekuatan. Apabila wujud kefahaman bersama, kita akan melengkapi di mana ada kekurangan pasangan.
2.Hayati Jiwa Dan Semangat
Ada waktunya jiwa dan semangat pasangan ini tidak sama sebagaimana kita hayati dan terima dengan baik sebelum ini. Semangat untuk menghias rumah di kala menjelangnya hari raya, jiwa tersentuh dan menangis di waktu cerita Korea atau semangat berniaga untuk menampung perbelanjaan keluarga.
Selagi mana jiwa dan semangat ini adalah baik dan bukan mungkar, kita wajar menunjukkan semangat dan jiwa yang sama, berada dalam satu zon bersama pasangan. Inilah kata sesetengah orang muda sebagai ‘ada zing’ dengan pasangan.
3.Terima Dan Raikan Emosi
Jangan sesekali diperlekehkan, sebaliknya terima dan raikan emosi pasangan. Apabila isteri balik bekerja dan tiada mood kerana masalah di tempat kerja, suami patut bersama dengan isteri. Apabila suami di buang kerja dan risau akan keluarga, isteri perlu ada di samping. Apabila berlaku kekusutan dalam rumah tangga, pasangan perlu bertenang dan fahami emosi, tidak perlu cepat melatah.
Soal emosi adalah sangat subjektif dan sukar untuk ditafsirkan kerana itu setiap pasangan perlu banyak bercakap-cakap dan menyelami emosi.
4.Hadamkan Pemikiran
Betul, sangat sukar untuk kita menyamakan cara fikir dengan pasangan. Namun, tentunya tidak juga sukar untuk kita menahan diri daripada membantah pemikiran pasangan.
Pemikiran dan ideanya tidak sama, jadi apakah perlu dibantah ketika itu atau bertenang dahulu dan berikan pula pandangan kita tanpa mengusutkan keadaan.
Idea adalah hanya idea dan hanya datang seimbas lalu, kerukunan dalam rumah tangga adalah lebih penting. Lihat dalam sudut pemikiran pasangan dan simpan dulu ego ketat-ketat, sebagaimana kita melihat cawan daripada sudut pandang yang sama.
Apakah hati tidak akan terguris? Apakah di sepanjang usia perkahwinan, tidak sedikit pun hati tercalar? Berusahalah untuk menjaga hati pasangan dan insya-Allah ketidak sempurnaan kita akan juga diterima dengan sebaiknya oleh pasangan dan kebahagiaan rumah tangga.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Besar mana pun gaji seseorang, jika tak pandai nak urus akhirnya belum sampai hujung bulan dah tinggal seringgit dua. Silap-silap, belum habis bulan, duit pun dah tak ada.
Salah satu tip nak hidup tenang selain bebas hutang, tentulah peroleh keberkatan rezeki yang tak pernah putus.
Ada hal-hal dalam kehidupan harian kita, yang tak kita sedari rupa-rupanya buatkan rezeki tersekat, tidak berkat. Cuba perhatikan apa kah kita pernah terbuat hal-hal ini dalam kehidupan seharian kita.
Dapat Gaji Tapi Tak Lunaskan Hak Pada Mereka Yang Sepatutnya
Baik suami atau isteri, masing-masing punya tanggungjawab. Suami tentulah memberi nafkah kepada isteri. Isteri yang baik pula akan sentiasa ada untuk meringankan beban suaminya.
Kalau pun isteri tak nak hulur sikit duit pada suami, zakat dan sedekah itu perlu dilaksana. Jika hal sepenting ini pun tak ditunaikan, ke mana akhirnya pendapatan akhir anda.
Tengok balik, ‘track’ satu-satu, muhasabah diri. Kenapa agaknya serba serbi tidak cukup, ada saja perkara yang perlu dibayar, padahal anda dah aturkan belanja siap-siap. Tentu Allah mahu tegur kita dengan cara paling halus.
Tak Sedar Membazir Makanan Atau Apa Saja Yang Kita Ada
Dalam bab makan ini orang Malaysia memang paling untung. Sayangnya, dalam mendapat nikmat rezeki yang banyak itu, kita membazir. Makan tak habis, masih bersisa dibuang begitu saja ke tong sampah. Nasi di pinggan ada lagi sebutir dua tak nak dijamah.
Semua itu ada kaitan dengan keberkatan rezeki.
Lagi sedih, sudahlah berpangkat, gaji besar pula.. bila dipanggil ke majlis kenduri. Ini yang jadi. Ambil makanan punyalah banyak, siap bawa anak beranak. Tapi makannya acah-acah diet. Allahu..
Kesian tuan rumah.
Tak Pandai Nak Sekat Nafsu
Baik suami atau pun isteri, masing-masing tak saling mengingati. Bila tiba hari gaji, masa itulah semua nak beli. Rambang mata. Lebih dari pendapatan hutang-hutangnya.
Kereta setiap sorang ada. Betullah masing-masing kerja, tapi kalau tak mampu kenalah aturkan balik kewangan keluarga itu. Tengok balik ada riba atau tidak dalam bayaran ansuran kereta ke, rumah ke atau apa saja.
Jika suami isteri lebih berhati-hati, tahu nilai setiap hasil titik peluhnya, faham akan tanggungjawabnya. Walau bergaji kecil, anak berderet, Insya Allah.. Allah akan cukupkan rezekinya sebagaimana keperluan setiap orang dalam keluarga.
Itulah namanya keberkatan rezeki.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Orang cakap kalau ada duit, segalanya boleh buat. Tapi dengan duit yang banyak bolehkah ia beri bahagia dalam keluarga. Persoalannya, kalau tak ada duit pun susah, ada duit pun susah. Jadi apa yang harus buat?
Tn Khairul Fahmi Ramli, Peguam Syarie Penang, Kedah, Perlis dan Perak. telah berkongsi artikel tentang apa yang berlaku di kalangan pasangan suami isteri. Katanya:
Antara punca tertinggi kes perceraian di Mahkamah Syariah adalah kerana duit. Ya, yang paling spesifik adalah nafkah zahir. Sama ada duit tidak cukup untuk tanggung keperluan isi rumah ataupun terlebih duit sehingga lupa tanggungjawab sebagai suami dan mungkin sebagai seorang Islam.
Sebenarnya duit ini hanya alat sahaja. Cuma yang menjadi salah adalah orang yang urus duit itu sebenarnya. Kalau suami tahu pengurusan kewangan dengan betul ikut kemampuan, pasti tidak akan berlaku perceraian atau pergaduhan dalam rumahtangga berkaitan nafkah.
Tapi, yang paling banyak isu di Mahkamah Syariah kini adalah, kurangnya duit pendapatan sehingga nafkah isteri atau nafkah anak-anak terabai. Agak kurang isu perceraian yang berlaku di Mahkamah disebabkan terlebih duit.
Cari Duit
Di dalam Islam, telah diletakkan tanggungjawab bagi pihak lelaki untuk mencari nafkah bagi menampung keperluan diri dan tanggungan di bawahnya. Orang lelaki paling diletakkan tanggungjawab untuk memberi nafkah kepada tanggungannya.
Namun, ada juga isteri yang bekerja dan mempunyai kerjaya yang lebih baik daripada suami. Tapi, bukan menjadi tanggungjawabnya dalam Islam untuk mencari nafkah kepada suami atau anak-anaknya. Hasil kerja atau pendapatannya hanya untuk dirinya sahaja. Kalau isteri nak bantu suaminya, itu adalah dikira sedekah. Bukan tanggungjawabnya.
Ada beberapa saluran duit yang perlu berada pada aliran yang betul dalam rumah tangga. Antaranya:
Rumah
Suami perlu membayar sewa rumah atau membayar bulanan rumah yang didiami oleh isteri dan anak-anak. Bukan isteri yang bayar. Suami juga perlu ada perbelanjaan khas untuk bayar bil-bil penting untuk isi rumah seperti bil elektrik dan bil air. Bil internet atau Astro bukan keperluan yer dan tak wajib dikira sebagai nafkah.
Keperluan Dapur
Sepatutnya bila kita menghadapi situasi ekonomi yang sukar, makan masakan di rumah adalah yang terbaik. Suami wajib beli beras, ikan, ayam, apa-apa barang ‘kering’ dan apa-apa barang ‘basah’. Kalau nak masak tu, gas memasak pun perlu suami sediakan melainkan semua peralatan adalah menggunakan elektrik.
Duit Makan
Kalau isteri bekerja, sebagai suami, kita perlu beri duit belanja untuk dia makan di tempat kerja. Ini tanggungjawab yang perlu suami pikul. Yang selalu terjadi, bila isteri bekerja, makan minumnya di tempat kerja ditanggung oleh isteri tu sendiri. Melainkan isteri redha perkara tersebut, tak jadi masalah.
Keperluan Peribadi
Setiap keperluan peribadi juga perlu suami sediakan seperti peralatan mandi, tuala wanita ketika isteri datang haid, bedak, deodoran dan lain-lain. Jangan cakap perkara ini tak penting sebab ini salah satu keperluan isteri yang penting setiap bulan. Takkan la nak gosok gigi guna sabut kelapa pulak kan?
Perubatan
Ini juga tanggungjawab wajib suami. Duit yang diperlolehi perlu disediakan bahagian untuk perubatan. Sekarang ini, kalau bekerja kerajaan, mungkin akan ada potongan gaji untuk perubatan seisi keluarga. Beberapa syarikat swasta juga sediakan klinik panel tertentu. Cuma, kalau kerja sendiri, cuba sediakan insuran perubatan untuk isteri dan anak-anak. Kita pun tak tahu bila nak sakit.
Salah Urus Wang
Ada beberapa perkara yang menjadikan kelemahan pengurusan duit ini sampai bergaduh suami isteri. Antaranya :
Rumah Yang Terlalu Mahal
Beli atau sewa rumah bukan ikut kemampuan, tapi ikut keperluan. Memang betul, bank akan cakap kita mampu beli rumah harga RM500k. Ada banyak bilik. Sangat selesa. Tapi, adalah itu perlu kalau yang tinggalnya 3 orang sahaja dalam satu rumah? Ataupun, nak sewa dekat kondo sahaja, tak mahu duduk di flat konon tak selesa. Kalau berkemampuan, apa salahnya. Tapi pastikan, kita mampu bayar setiap bulan.
Kereta Mahal
Ini masalah orang sekarang. Asal sahaja baru dapat kerja sebagai pegawai, terus beli kereta yang bayaran bulanan cecah RM1000 keatas. Ada juga yang kereta biasa, tapi banyak habiskan duit pada sport rim, aksesori ataupun berkonvoi kelab kereta setiap minggu. Kereta tu pakai minyak. Lagi besar kereta, lagi tinggi maintainance. Lain la kalau kereta tu pakai air yasin malam jumaat.
Rokok
Ini tabiat yang sekarang ini ramai orang payah nak buang. Kalau dari awal kahwin memang dah merokok, memang sukar kalau nak tengok suami berhenti melainkan datang penyakit. Ada juga keadaan yang suami cuba nak berubah kepada ‘vape’. Tapi, nampak macam tak ada beza sangat sebab cecair vape masih kena beli setiap bulan dan dah jadi macam tabiat baru pulak ganti rokok.
Beli Data Internet
Sekarang ini, semua orang nak internet laju dan tanpa had. Kalau yang bayar bulanan, amaunnya statik dan agak tinggi. Cuma bagi yang mampu tak ada masalah. Cuma ramai yang tak sedar kalau pakai Prepaid. Kadang-kadang banyak duit dihabiskan untuk internet. Ye lah, nak ber FB lah, Tik Tok lah, Bigo lah. Macam-macam. Belum kira lagi yang kaki main game atas talian.
Hiburan
Ada ramai juga orang yang habiskan duit untuk hiburan setiap minggu. Contohnya, setiap minggu tengok wayang. Atau, masa di tempat kerja, banyak keluar lepak makan diluar dengan kawan-kawan. Ada juga yang setiap malam keluar main futsal atau badminton dengan kawan-kawan. Itu semua duit yang terlebih keluar untuk hiburan.
Duit Nafkah Bocor
Terjadilah pergaduhan antara suami dan isteri kerana nafkah yang tak cukup atau nafkah yang langsung tak diterima oleh isteri. Sebab itu, banyak kes Fasakh di Mahkamah adalah melibatkan suami culas sediakan nafkah atau tak ada langsung nafkah disediakan lebih daripada 3 bulan lamanya.
Isteri berhak untuk tuntut Nafkah Diri di Mahkamah Syariah kalau dia tidak mendapat nafkah dan nak beri peluang supaya suami lebih bertanggungjawab. Kalau isteri dah tiada lagi hati, dia juga sangat berhak untuk tuntut Fasakh sekiranya tidak disediakan nafkah yang cukup selama 3 bulan. Ini dibenarkan dalam undang-undang.
Kesimpulan
Duit bukan punca suami isteri berperang. Tapi, sikap dan cara pengurusan duit yang lemah menyebabkan rumahtangga menjadi goyah. Lagi teruk kalau suami tu tak kerja langsung untuk cari duit bagi menanggung isteri dan anak-anak.
Siapa yang ada masalah dengan suami dia tentang duit atau dengar kawan dia ada masalah yang sebegini, cuba tanya, betul tak apa saya cakap ni?
Duit bukan segalanya, tapi banyak benda juga lah kena pakai duit.
Abby dedah perkahwinan dengan Norman terbina dek kerana lelaki itu kecewa dengan wanita lain.Konflik keluarga Abby Abadi belum berkesudahan, terbaru pelakon itu mendedahkan perkahwinannya...