Ikutkan HATI Lebih Baik Kerja, TAPI Demi Keluarga Sanggup SUSAHKAN Diri Galas Tanggungjawab

Share
Lumrah kehidupan seorang wanita, sebelum berkahwin dia hanya fikirkan diri sendiri dan juga mak,ayahnya. Namun setelah berkahwin, ada suami dan anak-anak segalanya berubah. Tanggungjawab bertambah besar dan berganda. Ikutkan hati lebih baik bekerja, tapi demi keluarga sanggup susahkan diri galas tanggungjawab.
Memang perkahwinan bukanlah suatu yang mudah, tetapi jika mak-mak terima segala tanggungjawab menguruskan keluarga dengan hati yang terbuka. Insyallah besar ganjarannya nanti di sana.
Ikuti perkongsian Rosmarlina binti Abd Gani dan hadam sebaiknya :

Kahwin Bukan Senang

Ingat senang ke kahwin????
Tapi best apa kahwin….
Perempuan ini kalau sudah kahwin, suami tu sajalah satu-satunya yang ada dekat hati dia. Dia akan terima saja suaminya itu seadanya.Bila sudah kahwin, seribu harapan dia letakkan pada suami dia, biar boleh dijadikan Imam solat, biar boleh protect dia, jaga dia, faham dia dan segala macam lagilah.

Sebelum kahwin dia fikirkan diri dia saja dan family dia sendiri. Bila sudah kahwin…. Terus tanggungjawab dan tugas itu berganda-ganda atas bahu dia.

Bukan Mudah Tugas Seorang Isteri, Ibu

Bayangkanlah dia akan sandang tugas itu sampai bila-bila, bila ada anak lagilah bertambah tugas dia.Kalau ikutkan senang kerja, tak akanlah dia sanggup susahkan diri bila sudah kahwin galas semua tugas itu, tapi demi suami demi anak-anak dia buat semua itu dengan sukarela.

Itu secara logiknya layanan bila ada anak, bila anak berderet-deret for sure lah berlainan, satu lagi kerja rumah jika dibantu ( ada bibik) Ada orang bantu jaga anak juga, akan membawa kesan lain n for sure lah layanan pun lain.

Tapi bila semua kerja rumah, hal anak-anak semua dia buat dari pagi sampai malam, memang dia tak fikir lain, janji kerja selesai, makan pakai suami anak-anak terjaga, dia cukup happy sangat.

Baca Juga Di Sini:

Paling Penting Keperluan Keluarga Terurus


Nak selalu wangi, selalu bersolek, cakap manis-manis, senyum 24 jam memang tak dapatlah, cukup sekadar sihat untuk jaga keluarga itu yang penting dulu.

Bila ada masa terluang sesekali tak salahlah hendak berhias untuk suami, tapi janganlah dilabel sebagai kayu ukur untuk kekal bahagia dan supaya suami tak lari cari lain, kurang betul statement itu.

Perkahwinan ini nikmat dunia Allah bagi pada semua pasangan, namun tanggungjawab itu yang lebih besar.

Sekadar coretan tengah Hari 9 Jun 2020
Ros
Mak anak 5
Osaka

MW: Setelah berkahwin dan mempunyai anak, perhatian mak-mak berubah seratus peratus kepada keluarga. Keutamaan diberi sepenuhnya kepada suami dan anak-anak. Oleh itu hargailah isteri sebaiknya.
Published by
Syazwani Mehat