Ikut Resepi Arwah Maknya, Wanita Ini Dedah Cara Buat Lepat Bunga Cica

Share

Mungkin masih ramai yang tak kenal bunga cica. Jangan tak tahu ya, ini salah satu bahan membuat lepat yang amat enak dimakan pada musim-musim tertentu sahaja.

Apa yang menarik, rupanya bunga cica ini akan dikutip untuk dibuat lepat. Semoga makanan tradisi ini terus kekal diwarisi generasi akan datang. Nak tahu macam mana nak buat Lepat Bunga Cica, godek resepi yang dikongsikan oleh Puan Nor Imah Shahabudin

Resepi Lepat Bunga Cica

Sekarang musim bunga cica luruh, bangun pagi-pagi kutip dengan anak-anak dan kakak.

Saya buat ikut resepi arwah mak. Bunga cica ni ikut la kalau nak buat yang kering, kena jemur bagi kering dulu. Lepas itu blend guna yang kering sampai jadi halus. Saya buat yang bunga basah punya, basuh-basuh bagi bersih lepas tu bagi kering air jap. Lepas tu blend dengan santan.

Bahan-bahan:

*bunga cica
*santan
*tepung pulut
*tepung gandum dlm 3sudu besar
*gula
*garam

Cara Buat:

Blend bunga cica dengan santan, masuk gula ikut nak rasa manis macam mana, masuk garam sikit.

Masuk bahan blend tadi dalam bekas, masuk tepung pulut sikit-sikit kacau bagi sebati. Saya guna tepung pulut yang 500gram, masuk tepung gandum kacau sampai sebati. Jangan terlalu pekat atau cair.

Dah siap potong daun pisang ikut citarasa nak besar atau kecik.

Setengah orang akan buat inti kelapa letak dalam lepat tapi saya tak letak.

Masa nak bungkus tu sapu minyak masak sikit kat daun pisang sbb nnti tak mau bg lepat lekat kat daun pisang.

Nota:

Bahan-bahan kat atas saya tak ikut sukatan, kena agak-agak bahan yang guna.

 

Published by
Nadia