Mungkin masih ramai yang tak kenal bunga cica. Jangan tak tahu ya, ini salah satu bahan membuat lepat yang amat enak dimakan pada musim-musim tertentu sahaja.
Apa yang menarik, rupanya bunga cica ini akan dikutip untuk dibuat lepat. Semoga makanan tradisi ini terus kekal diwarisi generasi akan datang. Nak tahu macam mana nak buat Lepat Bunga Cica, godek resepi yang dikongsikan oleh Puan Nor Imah Shahabudin…
Resepi Lepat Bunga Cica
Sekarang musim bunga cica luruh, bangun pagi-pagi kutip dengan anak-anak dan kakak.
Saya buat ikut resepi arwah mak. Bunga cica ni ikut la kalau nak buat yang kering, kena jemur bagi kering dulu. Lepas itu blend guna yang kering sampai jadi halus. Saya buat yang bunga basah punya, basuh-basuh bagi bersih lepas tu bagi kering air jap. Lepas tu blend dengan santan.
Blend bunga cica dengan santan, masuk gula ikut nak rasa manis macam mana, masuk garam sikit.
Ads
Masuk bahan blend tadi dalam bekas, masuk tepung pulut sikit-sikit kacau bagi sebati. Saya guna tepung pulut yang 500gram, masuk tepung gandum kacau sampai sebati. Jangan terlalu pekat atau cair.
Dah siap potong daun pisang ikut citarasa nak besar atau kecik.
Ads
Setengah orang akan buat inti kelapa letak dalam lepat tapi saya tak letak.
Masa nak bungkus tu sapu minyak masak sikit kat daun pisang sbb nnti tak mau bg lepat lekat kat daun pisang.
Nota:
Bahan-bahan kat atas saya tak ikut sukatan, kena agak-agak bahan yang guna.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Gara-gara tak siap kerja sekolah, seorang mak sanggup mengikat dan jemur anaknya di atas bumbung. Tak boleh bayangkan bagaimana keadaan anak itu dengan bahang matahari suhu panas yang mencecah 42 darjah selsius.
Sedihnya, sanggup mak lakukan pada anak perempuan yang baru berusia 5 tahun ini. Tak siap kerja sekolah bukan bermakna anak itu malas. Mak janganlah terlalu ‘straight’ dalam mendidik anak-anak.
Memang nampak kejam, bila ‘denda’ ini dijadikan alasan sebab anak tak siap kerja sekolah. Di manakah sikap penyayang dan kasih seorang ibu pada anak. Walau bagaimana pun kejadian ini bukanlah di Malaysia tapi ia berlaku di India.
Di India, seorang ibu telah mengikat anak perempuan berusiua 5 tahun dan meninggalkannya di atas bumbung yang mana pada waktu itu, suhu panas mencecah 42 darjah selsius, gara-gara tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru anak tersebut.
Semasa kejadian itu, jirannya yang melihat telah merakam video hukuman itu dan dikongsi dalam talian dan mendapat perhatian daripada pihak polis. Keadaan ini telah mencetuskan kemarahan orang ramai kerana menghukum anaknya dengan mengikat dan tinggalkan dalam keadaan panas kerana tidak menyiapkan kerja rumah.
Klip video itu turut menunjukkan anak perempuan diikat dengan tali dan berbaring di atas bumbung rumah di bawah terik matahari. Kanak-kanak itu kelihatan mengeliat kesakitan apabila tangan diikat dibelakang dan kaki di ikat di buku lalo.
Malah, ibu anak-anak itu sendiri mengaku bahawa dia menghukum anaknya kerana tidak menyiapkan kerja sekolah.
Dalam pada itu, ayah kanak-kanak perempuan itu tidak terlibat dan dia sendiri mendapat panggilan daripada ayahnya yang memberitahu kejadian itu.
“Sebaik mendapat panggilan telefon, saya terus pulang ke rumah dan membebaskan anak saya,” katanya kepada Hindustan Times.
Mingguan Wanita : Sanggupnya seorang mak lakukan begitu pada anak yang masih kecil. Minta dijauhkan dari sifat sebegini.
Saya tak tahu sebab diceraikan, Adibah akui sudah berusaha pertahan rumahtangga dibina 28 tahun. Ajal maut jodoh pertemuan semuanya sudah tertulis sejak di luh mahfuz lagi. Dengan siapa kita dijodohkan, dengan siapa kita sehidup semati juga adalah aturan Allah dalam kehidupan manusia.
Manusia itu hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan. Namun sebenarnya agak berat untuk menerima kenyataan bila rumahtangga dengan wujudnya insan lain di hati pasangan kita.
“Saya Tak Tahu Sebab Diceraikan”
Inilah yang dilalui oleh Adibah Abdul Mutalib, bekas madu kepada pelakon Miera Liyana yang perceraiannya bersama suami, Rosland Othman, 50 mendapat perhatian beberapa hari lalu.
Memetik laporan Harian Metro, Adibah berkata, dia reda dengan perceraian dilaluinya itu walaupun jauh di lubuk hatinya dia masih tertanya kesilapan apa sudah dilakukan terhadap bekas suami sehingga diceraikan.
Banyak laporan berita berkaitan perceraian itu dikongsikan, termasuk video Adibah yang ditemubual media ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Adibah berkata, dia reda dengan perceraian dilaluinya itu walaupun jauh di lubuk hatinya dia masih tertanya-tanya kesilapan apa sudah dilakukan terhadap bekas suami sehingga diceraikan.
“Saya sudah reda dengan keputusan perceraian ini kerana sudah berusaha untuk cuba mempertahankan rumah tangga dibina selama 28 tahun. Tapi, kesudahannya begini dan Allah Maha Tahu.
“Saya percaya Allah juga mahu memberikan yang terbaik untuk saya dengan semua yang berlaku ini walaupun saya tidak tahu apa kesalahan diri yang sebenarnya hingga membawa perceraian,” katanya.
Adibah Akui Sudah Berusaha Pertahan Rumahtangga Dibina 28 Tahun
Adibah yang ingin terus melangkah membina kehidupan baharu berkata, dia sedar perlu kuat semangat untuk bangkit semula.
Katanya, dia bersyukur banyak mendapat sokongan positif daripada anak-anak, keluarga dan kenalan rapat yang sentiasa bersamanya.
Khamis lalu, Adibah sah diceraikan talak satu oleh suaminya juga ahli perniagaan, Rosland di hadapan hakim Siti Noraini Mohd Ali di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Pasangan ini yang mendirikan rumah tangga pada 3 Jun 1995 sudah hidup bersama selama 28 tahun dan dikurniakan lima anak perempuan berusia 11 hingga 26 tahun.
Pada 7 April lalu, Rosland memfailkan cerai terhadap Adibah di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47, Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Bagaimanapun, Adibah menolak permohonan cerai difailkan Rosland itu kerana masih sayang dan mahu menyelamatkan perkahwinan yang sudah lama mereka bina.
Justeru, mahkamah mengarahkan kedua-dua pihak melantik wakil Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) dalam kes perceraian berkenaan.
Pada Julai 2020, Rosland berkahwin kali kedua dengan Miera Leyana. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan.
Buat peminat sos keju atau ‘Cheezy Sauce’ ada cara mudah untuk membuat sendiri sos yang sedap ini. Yang pastinya ia lebih menjimatkan dan puas hati bila makan nanti. Sos ini sesuai dijadikan pencicah kentang goreng, nugget, sosej, wedges dan sebagainya.
Bukan apa, susah sebenarnya nak cari resipi ‘Cheezy Sauce’ yang benar-benar sedap rasanya macam kita beli atau makan di restoran.Namun, menerusi perkongsian oleh Ezan Idma,’Cheezy Sauce’ yang sedap ini dinikmati ketika berada di rumah kawannya, Nazrin Zahrin.
Berikut antara perkongsian resipi tersebut sebagai rujukan;
“Hari tu pergi rumah Nazrin Zahrin then makan goreng-gorengan (nugget sosej etc) dengan cheezy sauce. Ingat kan dia beli rupanya buat sendiri uols.
“Hari ni suruh dia buat lagi jadi kita tukang snap gambor. Mudah amat rupanya! Macam kat restoran mahal rasa dia.”
Ni bahan-bahan:
CHEEZY SAUCE SEDAK
1 buttercup (250g)
10 keping Keju cheddar chesdale
1 tin Susu cair
1 Kiub pati ayam
2 sudu lada hitam (blend kasar)
2 sudu tepung jagung (bancuh dgn sedikit air)
Sedikit pewarna oren
Cara Membuat:
1.Cairkan buttercup dengan api perlahan.
2.Masukkan susu cair sehingga mendidih.
3.Masuk cheesedale satu persatu.
4.Masukkan kiub pati ayam.
5.Masukkan blackpepper dan bancuhan tepung jagung.
6.Kacau hingga likat boleh masukkan sedikit pewarna oren jika nak nampak lagi cantik.
Emmm sedapnya cicah dengan nugget. Dengan burger boleh steak boleh semua boleh dip tauu. Jimat dan mudah.
Simpan dalam peti ais dalam bekas bertutup boleh tahan sehingga sebulan tau. Tapi biasanya tak sampai sebulan dah habis simpan dalam perut.
Tips Ekstra!
Kalau berketul-ketul , dah sejuk boleh guna hand mixer/blender untuk dapatkan tekstur yang cantik.
Selain menggunakan tepung jagung boleh juga gantikan dengan tepung gandum Untuk memekatkan kuah dan sos tidak berketul-ketul setelah sejuk. Nak aroma sedap lagi, tambah sedikit bayleaf yang dikisar hancur + mix herbs.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...