Menjalani ibadah berpuasa di bulan Ramadan adalah wajib kepada semua umat Islam yang cukup syarat-syaratnya.
Namun tidak dapat dinafikan ada antara kita yang mengambil peluang berpuasa ini untuk mengurangkan berat badan.
Jika anda antara mereka yang mahu mengurangkan berat badan ketika berpuasa, perkongsian Nur Zakira Imana Bt Mohd Fadzil, Senior Dietitian, Pantai Hospital Sungai Petani ini boleh dijadikan panduan.
Semestinya ramai yang ingin mengambil peluang untuk menurunkan berat badan ketika berpuasa khususnya di bulan Ramadan.
Bagi individu yang sihat dan tidak mempunyai masalah kesihatan, pemakanan yang seimbang dan berkhasiat dapat membekalkan sumber nutrien yang mencukupi untuk tubuh badan.
Sahur merupakan satu keperluan bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan sewaktu berpuasa.
Jika kita tidak bersahur, badan akan letih dan lesu serta akan menyebabkan terlalu lapar sehingga sukar untuk mengawal pengambilan makanan semasa berbuka.
Waktu bersahur yang digalakkan adalah setengah jam sebelum masuk waktu imsak.
Mereka digalakkan untuk mengambil 1 hidangan yang lengkap yang mengandungi sumber karbohidrat kompleks seperti nasi, roti dan biskut mil penuh, serta oat; sumber protein seperti ayam, ikan, telur, atau susu rendah lemak serta sumber serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.
Pemilihan karbohidrat kompleks dan serat sewaktu bersahur dapat mengurangkan rasa lapar sepanjang berpuasa.
Elakkan makanan yang tinggi garam seperti ikan masin, telur masin, makanan proses seperti sosej dan nuget serta minuman berkafein yang boleh menyebabkan dehidrasi semasa berpuasa.
Semasa berbuka puasa, mulakan dengan 2 biji kurma dan segelas air kosong.
Bersederhanalah ketika berbuka puasa dengan mengamalkan konsep Pinggan Sihat Malaysia atau Suku Suku Separuh.
Isikan suku pertama pinggan dengan bijirin seperti nasi, roti, atau mee; suku kedua dengan sumber protein seperti ayam, ikan atau kekacang serta penuhi separuh pinggan dengan sayur-sayuran.
Hadkan pengambilan makanan manis dan bergoreng kerana ia membekalkan kalori yang tinggi dan menyumbang kepada peningkatan berat badan.
Pilih kaedah masakan yang lebih sihat seperti rebus, kukus, panggang.
Salad, buah-buahan dan karbohidrat yang tinggi serat seperti roti mil penuh, oat, dan sandwich adalah antara snek sihat yang disarankan untuk Moreh kerana kandungan serat yang tinggi dan rendah kalori.
Selain itu, pengambilan hidangan sayur-sayuran dan kurma semasa bersahur dan berbuka juga dapat membekalkan sumber serat yang baik.
Pelbagai kuih dan minuman manis sangat mudah didapati sepanjang bulan Ramadan.
Namun, juadah ini mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi dan menyumbang kepada peningkatan berat badan tanpa kita sedari.
Hadkan pengambilan makanan manis seperti kuih kepada 1 keping sahaja dan setengah gelas jus buah-buahan semasa berbuka puasa minum air kosong secukupnya.
Baca ini juga: 4-set-menu-sahur-diet-sihat-boleh-kempiskan-badan-raya-nanti
(sewaktu azan maghrib)
2 biji buah kurma
1 keping kuih (Popia Basah@Apam kukus)
1 gelas air kosong
½ cawan jus buah
Selepas Solat Maghrib
2 senduk rata nasi putih
1 ketul ayam bakar bersama sos lemon @ 1 ekor ikan stim limau
1 cawan sup sayur campur (bayam/lobak merah)
1 gelas air kosong
Selepas Tarawih (Snek ringkas)
1 mangkuk salad campur @
1 -2 keping roti serat penuh & 1 sudu kecil mentega kacang @
1 potong buah betik @ ½ biji buah jambu batu
1 cawan susu rendah lemak & 1 gelas air kosong
Sahur (5.00 pagi)
Overnight Oat Meal
Resipi overnight oat meal
1/2 cawan oat
2/3 cawan susu rendah lemak
1 sudu kecil madu
1 sudu besar walnut @ kacang gajus @ almond
2 biji kurma
1 gelas air kosong
ATAU
2 senduk rata nasi putih
1 ketul ayam masak halia @ 1 ekor ikan masak asam pedas
1 cawan sayur campur goreng minyak sedikit (brokoli/kubis bunga)
2 biji kurma
1 gelas air kosong
Baca ini juga: