Berbaki dua hari lagi umat Islam bakal meraikan sambutan Aidilfitri. Kemeriahan sememangnya sudah terasa sejak beberapa hari yang lalu apatah lagi apabila melihat berbondong-bondong kenderaan memenuhi lebuhraya untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.
Buat perantau yang masih mempunyai ibu bapa, alangkah beruntungnya mereka masih dapat meraikan Aidilfitri bersama mereka. Sementara mereka masih ada, luangkanlah masa terbaik bersama mereka, meraikan Aidilfitri dan mencipta memori yang sentiasa akan dikenang sepanjang hayat. Bagi penulis, kepulangan bonda tercinta pada tangga 17 Julai 2020 yang lalu telah banyak memberi kesan terhadap sambutan Aidilfitri.
Baru-baru ini, penulis ada menonton video iklan Raya Ideaktiv berjudul Pangsa Makmur yang sedikit sebanyak mengimbas kembali memori penulis bersama mama tersayang, Allahyarhamah Hajjah Rosna Abdullah. Mana tidaknya, salah satu babak dalam Pangsa Makmur memperlihatkan watak Myra membongkar ‘khazanah peninggalan arwah ibunya’ iaitu sebuah buku resipi begitu dekat dengan penulis.
Bertitik dari babak tersebut, penulis turut membongkar almari di dapur kepunyaan arwah mama dan buku resipi milik mama tersusun rapi di dalam almari tersebut tidak diusik. Rasa syahdu sememangnya menyentuh jiwa penulis dan rasa rindu yang tiada penghujungnya singgah di hati.
Terdetik di hati penulis, mama ada tinggalkan ‘memori indah’ melalui buku resipi dan membuat biskut raya menjelang Aidilfitri ketika penulis meniti alam remaja, namun memori tersebut tidak diteruskan dengan anak-anak penulis. Rasa bersalah membungkam diri apatah lagi bila melihat menu-menu istimewa Allahyarhamah ditulis cantik di dalam buku tersebut yang pastinya menjadi memori indah buat diri penulis.
Saksikan kisah menarik Myra, seorang gadis Melayu yang menetap di sebuah pangsapuri yang berbilang kaum. Walaupun diuji dengan pelbagai cabaran, Myra sentiasa bersemangat dan tersenyum dalam setiap situasi. Myra tekun bekerja keras untuk mencari rezeki dan berhasrat untuk berkongsi resepi kuih tradisional yang diwarisi daripada Arwah ibunya. Namun, kebahagiaannya terhenti… Apakah yang menyebabkan kebahagiaannya terhenti?
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
Berlatarbelakangkan di tengah-tengah masyarakat bandar yang sibuk, filem ini mengisahkan perjalanan Myra, seorang gadis Melayu berusia 26 tahun, anak yatim piatu yang gigih menyara kehidupannya dengan semangat kentalnya menjadi penyeri harapan di saat hidupnya diuji.
Menyongsong hari-hari sendirian di kota raya. Myra merupakan seorang ambivert dimana dia sentiasa mempamerkan perwatakan yang ceria di depan orang ramai namun cenderung untuk menyendiri. Myra adalah representasi generasi muda Malaysia yang mempunyai semangat juang yang tinggi dan sifat keikhlasan yang mendalam untuk orang sekelilingnya.
Pasti anda mempunyai memori Aidilfitri bersama ibu tersayang bukan? Jom kongsikan bersama Mingguan Wanita momen Aidilfitri bersama ibu yang telah menghadap Illahi untuk dikongsi sebagai memori indah bersama.
Al Fatihah buat ibu-ibu yang sudah pergi. Buat yang masih mempunyai ibu, hargai mereka, luangkan masa berharga dengan mereka sempena Aidilfitiri ini.
Salam Aidilfitri!
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Adira & Isteri Pertama Failkan Perceraian Serentak, Datuk Red Akui Lalai “Asyik Minta Maaf Banyak Kali”
Adira Suhaimi Fail Cerai Kali Kedua Terhadap Datuk Red
Berkawan Baik Dengan Madu, Adira Akui Suami Kena Main Peranan Penting Serta Perlu Adil
Datuk Red Pertahankan Rumah Tangga, Masih Sayangkan Perkahwinan Dengan Adira