Berbaki dua hari lagi umat Islam bakal meraikan sambutan Aidilfitri. Kemeriahan sememangnya sudah terasa sejak beberapa hari yang lalu apatah lagi apabila melihat berbondong-bondong kenderaan memenuhi lebuhraya untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.
Buat perantau yang masih mempunyai ibu bapa, alangkah beruntungnya mereka masih dapat meraikan Aidilfitri bersama mereka. Sementara mereka masih ada, luangkanlah masa terbaik bersama mereka, meraikan Aidilfitri dan mencipta memori yang sentiasa akan dikenang sepanjang hayat. Bagi penulis, kepulangan bonda tercinta pada tangga 17 Julai 2020 yang lalu telah banyak memberi kesan terhadap sambutan Aidilfitri.
Baru-baru ini, penulis ada menonton video iklan Raya Ideaktiv berjudul Pangsa Makmur yang sedikit sebanyak mengimbas kembali memori penulis bersama mama tersayang, Allahyarhamah Hajjah Rosna Abdullah. Mana tidaknya, salah satu babak dalam Pangsa Makmur memperlihatkan watak Myra membongkar ‘khazanah peninggalan arwah ibunya’ iaitu sebuah buku resipi begitu dekat dengan penulis.
Buku Resipi Pengubat Rindu
Bertitik dari babak tersebut, penulis turut membongkar almari di dapur kepunyaan arwah mama dan buku resipi milik mama tersusun rapi di dalam almari tersebut tidak diusik. Rasa syahdu sememangnya menyentuh jiwa penulis dan rasa rindu yang tiada penghujungnya singgah di hati.
Antara momen indah Aidilfitri yang amat penulis rindui
Terdetik di hati penulis, mama ada tinggalkan ‘memori indah’ melalui buku resipi dan membuat biskut raya menjelang Aidilfitri ketika penulis meniti alam remaja, namun memori tersebut tidak diteruskan dengan anak-anak penulis. Rasa bersalah membungkam diri apatah lagi bila melihat menu-menu istimewa Allahyarhamah ditulis cantik di dalam buku tersebut yang pastinya menjadi memori indah buat diri penulis.
Ads
Saksikan kisah menarik Myra, seorang gadis Melayu yang menetap di sebuah pangsapuri yang berbilang kaum. Walaupun diuji dengan pelbagai cabaran, Myra sentiasa bersemangat dan tersenyum dalam setiap situasi. Myra tekun bekerja keras untuk mencari rezeki dan berhasrat untuk berkongsi resepi kuih tradisional yang diwarisi daripada Arwah ibunya. Namun, kebahagiaannya terhenti… Apakah yang menyebabkan kebahagiaannya terhenti?
Berlatarbelakangkan di tengah-tengah masyarakat bandar yang sibuk, filem ini mengisahkan perjalanan Myra, seorang gadis Melayu berusia 26 tahun, anak yatim piatu yang gigih menyara kehidupannya dengan semangat kentalnya menjadi penyeri harapan di saat hidupnya diuji.
Menyongsong hari-hari sendirian di kota raya. Myra merupakan seorang ambivert dimana dia sentiasa mempamerkan perwatakan yang ceria di depan orang ramai namun cenderung untuk menyendiri. Myra adalah representasi generasi muda Malaysia yang mempunyai semangat juang yang tinggi dan sifat keikhlasan yang mendalam untuk orang sekelilingnya.
Pasti anda mempunyai memori Aidilfitri bersama ibu tersayang bukan? Jom kongsikan bersama Mingguan Wanita momen Aidilfitri bersama ibu yang telah menghadap Illahi untuk dikongsi sebagai memori indah bersama.
Ads
Al Fatihah buat ibu-ibu yang sudah pergi. Buat yang masih mempunyai ibu, hargai mereka, luangkan masa berharga dengan mereka sempena Aidilfitiri ini.
Salam Aidilfitri!
Sila klik pautan di bawah untuk menonton Pangsa Makmur.
Dua helikopter dilaporkan terhempas selepas bertembung ketika membuat latihan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini pada Selasa.
Difahamkan dua helikopter terbabit sedang membuat raptai sempena Hari Terbuka Armada TLDM yang dijadual berlangsung pada 3 hingga 5 Mei depan di Pangkalan TLDM Lumut.
Maklumat awal yang diterima dari sumber memaklumkan terdapat 1 x HOM (M503-3) dan 1 x Fennec (M502-6) telah bertembung semasa Latihan Lintas Hormat Sambutan HUT TLDM Ke-90. Kedua-dua pesawat telah berlepas dari Padang Sitiawan pada 9 pagi. Pesawat HOM telah terhempas di tangga Stadium TLDM Lumut manakala pesawat Fennec terhempas di kolam renang Komplek Sukan TLDM Lumut.
Pesawat HOM membawa 7 orang kru manakala pesawat Fennec membawa 3 orang kru. Sumber daripada Unit Komunikasi Strategi TLDM berkata satu siaran media akan dikeluarkan oleh pihaknya dalam masa terdekat.
Terdahulu, tular video berdurasi 21 saat di media sosial yang memaparkan sebuah helikopter terlanggar bahagian belakang sebuah lagi helikopter sebelum kedua-duanya kelihatan terjunam ke darat.
Dalam video sama, kelihatan terdapat serpihan helikopter jatuh ke dataran berhampiran lokasi ratusan anggota TLDM lain sedang melakukan latihan perbarisan.
Seramai 10 mangsa terdiri daripada empat kru dan tiga penumpang maut, dalam nahas membabitkan pertembungan dua helikopter yang terbabit dalam latihan lintas hormat sempena sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 pagi ini.
Pesawat HOM terhempas di tangga Stadium TLDM Lumut, manakala pesawat Fennec terhempas di kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut.Ketika kejadian, pesawat HOM membawa empat kru dengan tiga penumpang, manakala Fennec membawa tiga kru.
Setakat ini, tiada mangsa yang terselamat dalam nahas tersebut.
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak dapat menahan sebak ketika bertitah mengenai pernikahan puteri baginda, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang akan berlangsung pada minggu ini.
Al-Sultan Abdullah dilihat mengesat air mata dan tidak dapat meneruskan titah baginda ketika mendoakan perkahwinan puterinya bersama pasangan Fd Idzham Fd Iskandar dipermudahkan Allah SWT dan berjalan lancar, sebelum Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang berada di sebelah baginda menyambung titah tersebut.
“Semoga majlis yang diadakan ini akan berjalan lancar penuh keberkatan dan diredai Allah serta ikatan perkahwinan yang bakal terbina akan kekal (baginda mengesat air mata dan meminta Tengku Hassanal menyambung titah) …baca ini.
“…akan kekal hingga ke jannah, insya-Allah. Di samping itu juga, marilah bersama-sama kita berdoa agar negeri Pahang Darul Makmur serta rakyatnya akan terus dipelihara dan dilindungi Allah SWT,” titah yang dibacakan Tengku Mahkota Pahang.
Baginda bertitah demikian pada Majlis Perasmian Masjid Al-Falah Perkampungan Sungai Isap 2 dan Doa Selamat Bersempena Istiadat Perkahwinan Diraja di sini hari ini.
Perkahwinan diraja, Tengku Afzan bersama pasangannya, FD Idzham Bin FD Iskandar akan berlangsung pada 22 hingga 25 Ogos ini dan akan dipentaskan secara langsung bertempat di Tasek Kotasas dan Padang MBK 1, Kuantan.
Nadia Rushtam
Pasar Sera Kuantan telah dipilih sebagai rakan pasar rasmi untuk majlis perkahwinan diraja itu. Menurut Pengarah Pemasaran Pasar Sera, Nadia Rushtam, pihaknya amat berbesar hati kerana terpilih untuk terlibat di Majlis Keraian Rakyat bersempena perkahwinan diraja.
“Sudah lama Pahang tidak mempunyai perkahwinan diraja. Ini merupakan hasrat Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Jadi pihak MBK & Kospek bersama sama menjayakan dan menjemput Pasar Sera untuk turut sama memeriahkan Majlis Keraian Rakyat ni di Padang MBK 1, Kuantan,”ujar Nadia.
Untuk info, Pasar Sera merupakan satu platform jualan kreatif pelbagai kategori, yang menawarkan pelbagai tema mengikut bulan dan memberi pengalaman beli belah yang berbeza khususnya di Kuantan. Pasar Sera menjadi viral apabila ia menerima kunjungan Ke Bawah Duli Tuanku Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah ibni Sultan Ahmad Shah bersama keluarga diraja baru-baru ini.
Tengku Ampuan Pahang Kongsi Rasa Teruja
Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sebelum ini pernah berkongsi perasaan teruja baginda tentang persiapan perkahwinan diraja Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah ketika baginda berangkat ke Majlis Penutup Islamic Fashion Festival (IFF) 2024 dan Perasmian Pameran Solo Syed Thajudeen, di Kompleks Muzium Diraja Sultan Ahmad Shah, Kuantan baru-baru ini.
Baginda turut menjemput rakyat Pahang untuk sama-sama meraikannya menerusi siaran lintas langsung. Permaisuri kepada Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu juga memaklumkan pelbagai aktiviti diadakan semasa majlis berkenaan seperti konsert dan persembahan.
Sebelum itu, Al-Sultan Abdullah mengingatkan umat Islam khususnya di negeri itu agar sentiasa memperdalam ilmu agama yang sahih, selari dengan pegangan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) dan merujuk kepada sumber yang tepat sekiranya terdapat keraguan agama bagi mengelak terjebak dengan ajaran sesat.
“Bukan sekadar itu, masjid perlu memainkan peranan sebagai medium pencegahan dan penyelesaian konflik, bukan pentas yang mencetuskan konfik. Juga jadikanlah masjid ini sebagai ejen kesejahteraan dan kesedaran kesihatan yang berpanjangan,” titah baginda.
Sumber: BERNAMA
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sambal berkilat naik selera! Salam Ramadan hari kelima, kali ini video memasak Mingguan Wanita, ‘Mak Empal Masak Apa Hari Ini?’ pilih menu Ayam Malu-Malu Masak Merah tau!
Rasanya yang pedas, manis dan berlemak ini kegemaran seisi keluarga. Paling penting resipi ini sangat mudah cepat untuk mak-mak menyediakannya di rumah.
Sambal Berkilat Naik Selera!
Jangan buang masa, jom masak menu special untuk berbuka, super sedap! Ayam masak merah ini juga sangat sesuai dinikmati dengan nasi putih panas atau nasi minyak.
Bahan-Bahan
Setengah ekor ayam (digoreng)
Bahan Hirisan:
3 biji bawang merah
Bahan Untuk Dikisar:
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
Sedikit Kunyit hidup
1 batang serai
10 tangkai cili kering (mengikut tahap kepedasan yang diingini)
2 sudu besar sos cili
Garam secukup rasa
Gula pasir secukup rasa
Aji (penambah rasa)
Cara Memasak :
Mulakan dengan menggoreng ayam. (ketepikan ayam telah digoreng)
Panaskan sedikit minyak dalam kuali, kemudian tumis rempah 3 sekawan,
Seterusnya, masukkan bahan yang telah dikisar, termasuk bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup. Tumiskan hingga kekuningan.
Kemudian masukkan cili kisar, sos cili biarkan hingga garing dan pecah minyak.
Masukkan ayam goreng, garam, serbuk perasa, bawang merah biarkan sehingga semua bahan masak dan wangi.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!