Fenomena iklan raya kini menjadi satu elemen penting dalam menyemarakkan sambutan Aidilfitri, bukan sekadar sebagai medium promosi tetapi juga sebagai alat penceritaan yang menyentuh emosi.

Iklan Raya Ini Angkat Kisah Anak Trauma Gara-Gara Ibu Bapa Bergaduh & Bercerai. Lakonan 3 Selebriti Ini Raih Pujian!

Setiap tahun, masyarakat menantikan kemunculan iklan raya daripada jenama-jenama besar yang lazimnya menyampaikan mesej kekeluargaan, nilai murni, dan semangat perpaduan. Iklan-iklan ini berjaya mencetuskan perasaan nostalgia, mengingatkan tentang kampung halaman, serta menzahirkan kepentingan hubungan sesama insan.

Iklan Raya Ini Angkat Kisah Anak Trauma Gara-Gara Ibu Bapa Bergaduh & Bercerai. Lakonan 3 Selebriti Ini Raih Pujian!

Secara tidak langsung, ia membentuk mood perayaan dan menyatukan masyarakat pelbagai latar belakang dalam menghayati makna sebenar Aidilfitri.

Iklan Hari Raya yang dijayakan oleh pelakon berbakat, Amir Nafis, Pekin Ibrahim dan Mona Allen meraih perhatian warganet kerana mengangkat kisah anak yang trauma kerana perceraian ibu bapa.

Raih Komen Positif

Meraih hampir 230,000 tontonan di TikTok, iklan Raya Bateriku yang berjudul Battery Killer Raya ini dikongsikan semula oleh pengguna aplikasi X dan mendapat komen positif.

Menjadi episod terakhir kepada siri Battery Killer, video ini akhirnya merungkai identiti sebenar Battery Killer, watak Syawal yang dilakonkan oleh Amir Nafis.

Ads

Iklan Raya Ini Angkat Kisah Anak Trauma Gara-Gara Ibu Bapa Bergaduh & Bercerai. Lakonan 3 Selebriti Ini Raih Pujian!

Dalam penceritaan dramatik ini, Syawal digambarkan sebagai individu yang ‘membunuh’ bateri kereta orang lain setiap kali musim perayaan, berpunca daripada trauma masa kecilnya.

Dalam iklan ini, Syawal mengalami trauma selepas menyaksikan ibu bapanya bertengkar teruk ketika perjalanan pulang ke kampung pada musim Hari Raya 15 tahun lalu.

Iklan Raya Ini Angkat Kisah Anak Trauma Gara-Gara Ibu Bapa Bergaduh & Bercerai. Lakonan 3 Selebriti Ini Raih Pujian!

Punca pergaduhan mereka adalah masalah bateri kereta yang akhirnya membawa kepada perceraian. Kesan daripada insiden itu, Syawal membesar dengan perasaan dendam dan memilih untuk menyebabkan kesusahan kepada orang lain dengan merosakkan bateri kereta mereka.

Ads

Iklan Raya Ini Angkat Kisah Anak Trauma Gara-Gara Ibu Bapa Bergaduh & Bercerai. Lakonan 3 Selebriti Ini Raih Pujian!

Iklan ini turut memaparkan kesan jangka panjang perceraian terhadap anak-anak. Syawal yang kini dewasa sering merasa kesepian setiap kali musim perayaan kerana keluarganya sudah tidak lagi lengkap.

Babak Penuh Emosi

Namun, dalam satu babak emosional, bapanya yang dilakonkan oleh Pekin Ibrahim akhirnya meminta maaf atas kesilapan lalu, menyedari pertengkaran mereka telah memberikan kesan mendalam kepada Syawal.

Iklan Raya Ini Angkat Kisah Anak Trauma Gara-Gara Ibu Bapa Bergaduh & Bercerai. Lakonan 3 Selebriti Ini Raih Pujian! Iklan Raya Ini Angkat Kisah Anak Trauma Gara-Gara Ibu Bapa Bergaduh & Bercerai. Lakonan 3 Selebriti Ini Raih Pujian!

Di platform media sosial, ramai yang memuji keberanian iklan Raya ini dalam mengangkat isu serius seperti kesan perceraian dan kepentingan penyelenggaraan kenderaan menjelang musim perayaan.

Ads

Selain itu, ramai yang turut mengapresiasi kritikan sosial yang disampaikan dalam iklan ini. Rata-rata warganet berpendapat pertengkaran ibu bapa di hadapan anak-anak boleh meninggalkan kesan trauma yang berkekalan.

Mereka menekankan walaupun isu bateri kereta kelihatan remeh, ia boleh menjadi punca konflik besar dalam keluarga, lebih-lebih lagi ketika musim perayaan.

Ada juga yang mengaitkan mesej iklan ini dengan peningkatan kes perceraian dalam kalangan selebriti dan influencer, di mana anak-anak sering menjadi mangsa keadaan apabila kisah peribadi ibu bapa dikongsikan di media sosial.

Selain itu, ramai yang melihat iklan ini sebagai satu peringatan buat ibu bapa agar tidak terlalu ego untuk meminta maaf kepada anak-anak. Mereka menegaskan anak juga mempunyai perasaan dan perlu diperlakukan dengan hormat, seperti mana orang dewasa mahu dihormati.

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI