Di sebalik berita-cerita panas mengundang resah gelisah masyarakat netizen; dari kisah YB Nurul Izzah Anwar dengan teguran tudungnya, tragedi pembunuhan pelajar perempuan Nur Alya Damia sampailah cerita pilu anak perempuan 10 tahun tercemar emosinya. Ada ikhtibar yang perlu kita semua ambil peduli.
Membaca teguran Bapa Viral Kebangsaan, Khairul Hakimin Muhammadmembuatkan kita tersedar akan sesuatu. Bukan semata-mata mahu menuding jari salah siapa. Tapi lihat jauh ke dasarnya. Puncanya.. semua ini bermula dari mana.
Nur Alya, Nurul Izzah & Adik 10 Tahun Adalah Mangsa Lelaki
Saya masih belum move on dengan pemergian Nur Alya. Kisah cinta yang akhirnya meragut nyawa seorang pelajar yang membawa kepada banyaknya perbincangan besar di media sosial.
Saling salah menyalah. Saling tengkar bertengkar. Sedang ianya asyik tersebar, lalu pula video panggilan Azrul yang menegur YB Nurul Izzah tentang tudungnya. Berkait terus hal baju dalam dan yang seangkatan dengannya.
Sedang mahu menulis status ini, datang pula berita menggemparkan di Bandar Baru Bangi tentang seorang pemandu van sekolah berumur 47 tahun memaksa kanak-kanak berumur 10 tahun melakukan oral seks di dalam van dan diugut dengan berbagai ketakutan.
Hari ini, kita lebih suka berbincang dari berbuat. Pumpang sana, pumpang sini. Perempuan kata lelaki kena tundukkan pandangan, lelaki pula kata perempuan perlu memakai pakaian yang menutup aurat. Lalu hebahlah serata, berperang mana hak mana yang hebat. Lalu masing-masing rugi.
Nur Alya, Nurul Izzah dan adik berumur 10 tahun itu adalah mangsa kepada lelaki. Jadi lelaki menjadi pesalah besar dalam hal begini.
Ads
Namun, di sebalik besar dan hebatnya lelaki itu, ia dilahirkan oleh seorang wanita. Yang mana kaum yang diperlakukan secara jahat itu adalah yang sama jenis dengan ibunya sendiri.
Keluarga Berpecah, Bergaduh Tak Sudah
Negara tenat dengan masalah ekonomi. Masyarakat tenat dengan hal moral, sekolah tenat dengan masalah guru dan pelajar dan keluarga penat dengan hal anak-anak yang tidak terdidik, terbiar dan akhirnya menjadi binatang yang terpelajar.
Minggu lalu, kami ada bersembang tentang nak siapkan buku tentang ibu muda yang pernah diganggu hidupnya secara seksual. Lalu melahirkan anak. Bagaimana mereka ini cekal dalam hidup dan terus bangun melawan jahatnya manusia yang ada di sisi mereka.
Kawan kami, sepupunya sendiri pernah jadi mangsa. Ianya bermula dari rumah yang dipenuhi dengan celupar ibu bapa sampai kerap mencarut, kemudian banyaknya gadget tak terkawal.
Ads
Berkawan dengan sesiapapun hingga ibu bapa biarkan sahaja. Nak balik, balik. Tak mahu, sudah. Janji hidup dan tak ganggu kehidupan ibu ayah yang sibuk bekerja.
Balik kampung beraya, merogol sepupu sendiri. Dan si perempuan sudah pun selamat melahirkan anaknya. Yang lelaki sudah pun selamat di penjara kerana yang perempuan masih di bawah umur.
Keluarga berpecah. Bergaduh tak sudah. Dan ia merosakkan keseluruhan institusi itu sendiri. Lalu saling salah menyalah. Ayah, salahkan ibu yang tak reti mendidik anak. Ibu marahkan ayah yang tak bertegas dengan anak. Jiran membenci, keluarga sendiri memusuhi. Apa lagi kawan sekerja dan yang lain mengenali. Semua berundur terus. Itu keturunan jahat dan kena jauhi.
Kawan-kawan anak seorang pun tak muncul. Dan paling sedih, apabila dibuka laptop dan telefon mamat ini, bersepah gambar lucah di banyaknya folder dan aps.
Barulah semua menggigil.
Ads
Kawan-Kawan.. Budaya Jangan Jaga Tepi Kain Orang Tak Lagi Relevan
Ini adalah kerosakan institusi. Dari rumah, sekolah, kawan dan masyarakat, semuanya sepakat merosakkannya sama-sama.
Budaya tak boleh sibuk tepi kain orang ini sudah semakin tak boleh pakai. Kena tegas dan sentiasa ambil tahu.
Zaman internet semakin laju, setiap selak kain, setiap sehelai serta bidang ela, meter dan depa, kena prihatin dan peka.
Anak-anak adalah anugerah kita. Biar sekarang kita berperang jadi garang dan raksasa kepada anak-anak, didik sampai dia tahu, faham dan takut kepada kesalahan dan kesilapan, dan yang penting dia jadi orang dan tidak menghancurkan orang lain.
Kali ini Fynn Jamal atau Affina Yantu Jamalludin, 36 mahu bina saham akhirat di bumi Palestin. Bersama teamnya, Into Taqwa Malaysia membangunkan maahad tahfiz di Masjidil Aqsa.
Bukan itu saja ibu kepada Bakti Arjuna Fitri dan Sakti Kencana Fitri ini rupanya menyimpan cita-cita akhir yang disimpan kemas. Sebaik kaki melangkah ke bumi Palestin, awal tahun hadapan, Fynn akan laksanakan cita-cita akhirnya itu.
Peluang Bina Mahligai Di Akhirat Dekat Palestin
Lama tak share peluang bina mahligai kat akhirat sana. aku harap korang tetap tak berhenti memberi. Sebab ITU adalah soalan bocor kepada macammana nak lapang rezeki.
Kedekut dengan الله;
dan الله akan kedekut dengan kita.
Insyaallah Januari 2019 aku akan ke Palestine lagi. amin amin amin. Misi masih sama. menyampaikan kalau kalau ada yang nak menyambut pesanan Rasulullah SAW; untuk pergi ke Aqsa— atau setidaknya menghulurkan minyak pelita untuk Aqsa yakni sadaqah untuk menghidupkan terus masjid teragung selepas haram dan nabawi.
Tahun lepas kita berjaya bawa menghampiri RM200k masuk. Itulah yang digunapakai untuk memperbetul masjid, membeli kelengkapan dan sebagainya.
Niat seterusnya adalah untuk kami di @intotaqwa_malaysia set up maahad tahfiz di Masjidil Aqsa. amin!!
Ini Cita-cita Terakhir Apabila Masa Telah Sampai
Cita-cita terakhir aku adalah apabila masa telah sampai, biarlah aku jadi salah seorang tenaga pengajar di situ. tak mampu ajar hadith dan quran— aku ajar english je sudah. hahaha. amin!!
Buat sementara, kita fund sekolah tahfiz je kat situ. Macam yang korang tolong kami set up sekolah kecik untuk wanita dan kanak-kanak di Rohingya dulu. Atau masa kita bantu tahfiz di Makkah musim haji tuari.
Anda yang mahu menghulurkan sumbangan boleh langsung ke akaun ini.
Insyaallah bi iznillah;
kalau الله gerakkan hati kalian nak tolong bantu—
adalah rezeki kita semua bersatu.
Aku tak pernah takut dengan apa yang dibuat. Kalau sekadar tiga orang hulur rm13 pun— aku tau— الله yang decide dia nak banyak tu.
Ada satu ceramah aku tonton;
Kau tak nak sadaqah—bukan kau yang lebih hebat sebab tentukan siapa dapat duit kau.
Tapi sebab الله tak duit kau.
Pergh.
Setepekkk kat muka.
Semoga الله sudi dengan setiap amalan kita. Amin.
Bila Tasik Galilea Kering..
Details untuk sumbangan ada kat slide terakhir. Gambar ketiga dan keempat terakhir tu adalah Tasik Galilea. Tasik yang Rasulullah SAW dah pesan. Bila kering je— dajjal keluar— settle. Kiamat.
Aku dah berada kat sana. Tengok sendiri tahap keringnya. Aku bandingkan dengan gambar jemaah yang datang beberapa tahun sebelum. Allahu akbar.
Yang rumput banyak-banyak dan lebat daunnya tu— semua tu dulu dasar tasik. Allahu akbar.
Kiamat betul-betul kat pangkal dagu. Kita masih sibuk nak keep up dengan siapa penyanyi nombor satu yang layak masuk final.
Sujud Syukur pada mu Ya Allah begitulah yang diluahkan oleh balu arwah Abam Bocey, Nor Hidayah Mohd Ali, apabila menang dalam kes saman fitnah difailkan terhadap bekas adik iparnya, Ali, Puteh, yang turut diperintahkan membayar ganti rugi sebanyak RM60,000.
Sujud Syukur Pada Mu Ya Allah
Seperti mana yang dikongsi menerusi entri di akaun rasmi Instagrmnya, Hidayah memanjatkan doa kepada Yang Maha Esa.
“Alhamdulillah syukur pada Allah kes Saman Hakim putus kan kemenangan kepada ku Hidayah Hamzah syukur pada Allah.
“Terima kasih kepada peguam kami, Mak, Abah, Anakku Hamzah, adik beradik famili dan rakyat Malaysia yang mendoakan kami sekeluarga. Amin Ya Rabbal Alamin,” luah Hidayah yang turut menulis tanda pagar Sujud Syukur Pada Mu Ya Allah.
Rezeki Anak Yatim Di Pagi Jumaat
Bukan itu saja malah menerusi ruangan komen juga ramai netizen yang turut mengucapkan tahniah dan kesyukuran atas kemenangan ibu tunggal itu.
“Alhamdulillah. Rezeki anak yatim di pagi jumaat, terus kuat Dayah jaga Hamzah baik-baik. Moga Allah permudahkan urusan Dayah,” komen salah seorang pengikut Hidayah di Instagram menerusi akaun aisyah19782020.
Seperti mana yang dipetik menerusi laporan di Harian Metro pula, adik ipar kepada Hidayah iaitu Ali Puteh akur dengan keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkannya membayar RM60,000 kepada balu Allahyarham Abam Bocey kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan, di Instagram dua tahun lalu.
Hakim, Zulqarnain Hassan memerintahkan demikian selepas membenarkan tuntutan balas yang dikemukakan Hidayah selaku plaintif terhadap Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan selaku defendan.
Ia berhubung hantaran ‘Bile balu arwah Abam berhati binatang!!!’, pada dua tahun lalu.
Terbaru pelawak ini menyatakan dia akan membuat rayuan di Mahkamah Tinggi berikutan terdapat beberapa fakta yang didakwa tidak tepat.
Mingguan Wanita: Semoga Hidayah dapat membesarkan anak tunggalnya Hamzah dengan penuh kasih sayang. Ternyata Hidayah seorang yang begitu tabah dalam mengharungi hidup sebagai ibu tunggal.
Rasa bangga dan kagumnya bila kita dengar anak-anak sekarang bercakap dalam bahasa asing, tak lain tak bukan bahasa Inggeris. Bahasa perantaraan untuk semua negara.
Sedihnya, tak semua fahan dan tahu menggunakan bahasa asing ini. Mahunya ternganga-nganga untuk menjawab apa yang ditanya. Bukan setakat anak, orang dewasa pun mungkin ada yang tak berapa nak faham juga.
Mungkin agak pelik, kalau mak ayah yang terkenal atau mempunyai darah kacukan tetapi anak tak berapa nak faham dan reti untuk bercakap dalam bahasa asing. Janganlah terlalu nak ‘judge’ pada orang itu, belum masanya lagi untuk anak itu faham sepenuhnya.
Influencer terkenal dan tidak asing lagi yang dikenali ‘DurianKimchi’ dalam media sosialnya. Pasangan Ryzal Ibrahim dan Maryam yang baru memperolehi seorang cahaya mata bernama Rina.
Isteri adalah warga Korea dan dia sendiri berasal dari Kelantan. Sudah tentu banyak bahasa yang boleh anaknya sendiri belajar dan faham. Beruntung sangat ni.
Namun, apa yang membuatkan influencer ini terasa hati dengan tanggapan orang-orang tertentu yang menggunakan perkataan ‘kesian’ pada anaknya kerana tidak fasih berbahasa inggeris.
Rina ni baru 1 tahun. Dia cakap pun tak fasih. Awak datang tegur babysitter dengan Rina tu saya ucap terima kasih, mungkin awak salah seorang peminat Rina. Tapi cara awak guna perkataan ‘Kesian’ tu salah sama sekali.
Sebagai bapa yang berbangsa Melayu, saya lebih sayangkan Bahasa Kebangsaan kita. Saya berkomunikasi dengan anak menggunakan Bahasa Melayu, Korea dan last sekali barulah English. Rina faham je English, malah saya gunakan British English di rumah bila berkomunikasi. Bukan English terabur “adik, wear your kasut”.
Kadang-kadang saya cakap dialek Kelantan supaya Rina tahu dari mana ayah dia datang.
Jangan Lupa Identiti Bangsa Sendiri
Andai kata Rina tak faham English pun, saya tak malu dan tak kesian. Yang saya kesian kita bangsa Melayu terlalu agungkan bahasa asing sehingga lupa identiti bangsa sendiri. Bangga dengan anak boleh berbahasa Inggeris tapi tidak faham Bahasa Melayu, itu yang malu dan kesian.
Saya saksikan ramai kenalan saya jumpa, anak mereka tidak boleh berbahasa Melayu. That’s a shame of being Malaysian. Satu nasihat Ryzal pada semua. Learn every language you could but don’t lose your identity.
Lagi kesian yang guna English dengan anak tapi terabur macam pasir. “Wear your kasut adik” tu salah. Ramai mummy saleh melayu celup tepung durian belacan ni guna ayat ni.
Dalam konteks ayat mak ayah kepada anak tak sesuai guna “Wear your shoes” tetapi kita guna “Keep your shoes on” atau “Put your shoes on”
.
Mingguan Wanita : Paling sedih, bila tinggal di luar negara, balik Malaysia ala-ala pelatnya tak boleh nak bawa bincang. Sabar ajelah.