Berita

IKBN KEMASIK Diiktiraf Sekolah Masakan Terbaik, Sering Juarai Peringkat Kebangsaan & Antarabangsa

Share

Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik diiktiraf sekolah masakan terbaik, sering juarai peringkat kebangsaan & antarabangsa. Kejayaan tidak datang begitu saja tanpa usaha keras. Atas semangat jitu mahu memastikan pelajar keluar dengan kejayaan, usaha dibuat oleh tenaga pengajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik, Terengganu sewajarnya diberi pujian.

Menawarkan bidang Perhotelan, Hospitaliti, Kosmetologi dan Multimedia, IKBN Kemasik memacu kejayaan baik di peringkat kebanggaan mahu pun antarabangsa apabila muncul sebagai juara dalam pelbagai pertandingan.

IKBN KEMASIK Diiktiraf Sekolah Masakan Terbaik

Barisan Ketua Jabatan dan Ketua Bahagian Tenaga Pengajar  Sekolah Masakan – Jabatan Hospitaliti IKBN Kemasik

Menurut Pengarah IKBN Kemasik, Puan Norlia Abdullah, di bawah Jabatan Hospitaliti menerusi Sekolah Masakan, mereka telah memenangi pelbagai pertandingan besar termasuk di luar negara.

“Kami menyertai pelbagai pertandingan, antaranya Pertandingan Biskut Raya Gergasi anjuran NU Ideaktiv Mingguan Wanita yang mana pengajar dan pelajar Penyediaan Pastri membawakan produk Biskut Golden Conflakes Berjaya dinobatkan sebagai Johan dengan membawa hadiah utama.

“IKBN Kemasik turut mendapat  pingat Emas  Cake Display di Pertandingan Kulinari MAHA 2022. Bukan itu saja, produk inovasi iaitu Macaron Biji Getah telah berjaya memenangi Pingat Emas dalam Pertandingan Inovasi Pensyarah TVET 2023 (PERISA’23).

“Sekolah masakan kami turut memenangi Pingat Perak dalam Pertandingan Antarabangsa iaitu  Regional Association Vocational & Technical Education in Asia (RAVTE)  selain meraih Juara Kategori Teknologi Hospitaliti dalam Anugerah Pengurusan Latihan Terbaik ILKBS bagi tahun 2023 anjuran Kementerian Belia dan Sukan baru-baru ini.

Sering Juarai Peringkat Kebangsaan & Antarabangsa

Merupakan pusat pengajian berteraskan kemahiran yang bernaung di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, IKBN  membuka peluang kemahiran kepada para belia untuk memajukan diri dalam bidang kemahiran yang menjanjikan pekerjaan selepas tamat pengajian.

“Di bawah Jabatan Hospitaliti, kursus yang ditawarkan adalah Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti (Penyediaan Makanan), Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti (Pembuatan Pastri) dan Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti (Pembuatan Roti).

“Kursus-kursus di Jabatan Hospitaliti adalah yang popular dan sering menjadi pilihan pelajar di IKBN Kemasik didorong dengan minat pelajar itu sendiri tambahan keperluan pasaran yang mampu pelajar memperoleh pekerjaan sama ada sebagai usahawan atau bekerja di industri.

Pelajar diajar peluang kemahiran di IKBN Kemasik dan sering mendapat peluang tertinggi dalam kerjaya selepas keluar dari sini.
Sistem pembelajaran di sini menerapkan 80 peratus teknikal dan 20 peratus bina insan

“Selain kursus sepenuh masa dijalankan, Jabatan Hospitaliti turut menganjurkan kursus – kursus jangka pendek khusus kepada komuniti luar dan setempat bagi memenuhi aktiviti kemasyarakatan dan pendedahan kepada pelajar mengelolakan aktiviti tersebut dalam membantu meningkatkan ilmu kemahiran dan keyakinan mereka apabila mereka bekerja kelak,”katanya menjelaskan di Jabatan Hospitaliti, ia diisokong oleh Pn.Ratha a/p Vitiveloo selaku Ketua Jabatan Hospitaliti sementara di bahagian dalam menyelia dan menyelaras program pembelajaran pelajar terdiri dari Mohamad Dzulhafiz bin Mad Norizan (penyediaan makanan), Noor Akmar binti Mohd Sharif (penyediaan pastry) selain  Nur Munirah binti Awang (penyediaan roti).

Kelebihan belajar di IKBN Kemasik khususnya bidang hospitaliti

IKBN Kemasik mempunyai fasiliti dan kemudahan latihan kemahiran yang berkualiti merangkumi bengkel, mesin, peralatan lengkap memenuhi keperluan industri serta bahan latihan mencukupi dalam pelaksanaan pengajaran dan struktur pembelajaran menarik dengan suasana persekitaran pembelajaran yang kondusif.

IKBN Kemasik diiktiraf Sekolah Masakan – Jabatan Hospitaliti terbaik kerana sering memenangi pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa sejak dulu lagi.

Sistem pembelajaran di sini menerapkan 80 peratus teknikal dan 20 peratus bina insan bermaksud 80 peratus adalah pengisian pembelajaran bidang kemahiran manakala 20 peratus ilmu kemahiran insaniah. Penekanan kemahiran insaniah atau pembinaan insan seperti keusahawanan, kepemimpinan, komunikasi dan agama agar dapat membina jati diri serta disiplin merupakan elemen tambahan kepada pelajar di IKBN Kemasik.

Apabila pelajar tamat pengajian dan keluar ke dunia pekerjaan sebenar mereka bukan saja mahir dalam kemahiran tapi mempunyai sikap baik seperti boleh berkomunikasi dan menepati masa.

Tambahan pula dengan kesediaan pengajar yang mempunyai kecekapan dan tahap kemahiran yang kompeten yang mampu melatih pelajar mendapatkan kemahiran tinggi dan berdaya saing di alam pekerjaan.

Pelajar IKBN akan sentiasa didedahkan dengan aktiviti dan program yang menonjolkan potensi dan bakat pelajar sebagai kesediaan di dunia sebenar setelah tamat belajar nanti. Antara program yang terlibat adalah pertandingan kemahiran dan inovasi, Program Kepimpinan, Program Sukan, Program Latihan Kemahiran Jangka Pendek dan sebagainya.

Sistem pembelajaran turut diserapkan di kalangan pelajar yang mana turut melatih ilmu keusahawanan dalam merangsang kebolehan pelajar untuk mudah mendapat kerja sebaik tamat pengajian. Di antaranya program inkubator, jualan job order, weekend attachment dan bootcamp dengan kerjasama hotel industri.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.

 

 

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros