Ikan Rebus cukup terkenal di negeri-negeri Pantai Timur. lauk simple yang cukup mudah dibuat tapi boleh buat makan nasi bertambah. Sebaiknya kita buat sendiri ikan rebus ni di rumah. Selepas rebus, biarkan semalaman baru goreng. Bila nak makan tinggal goreng je, barula lebih ‘kick’ rasanya.
Boleh ikut resipi dikongsikan oleh Aisyah Humairaini sebagai rujukan;
Ikan Rebus goreng style pantai timur. Rebus dan biarkan semalaman barulah ikan lebih ‘kick’ Serap segala rasa masam masin bahan dalam rebusan. Ada yang tak boleh makan kering-kering takut tercekik ye tak? Tapi saya ok je suka macam ni gaul bersama nasi panas cubit sedikit cili padi.Nikmat.
Bahan-Bahan:
7 ekor ikan selayang dicuci bersih
4 keping asam keping
3 sudu besar rata garam atau ikut masin disukai
1 inci nisan (gula melaka)
4 keping hirisan lengkuas
Air secukupnya
Cara Membuat:
1.Masukkan ikan dan semua bahan kedalam periuk dan tuang air.Sukatan air, tenggelam Separuh dari ikan.
2.Tutup periuk dan reneh ikan dengan api perlahan hingga air hampir kering.
3.Biarkan semalam di dalam periuk tersebut dan keesokanya boleh la digoreng.Atau boleh juga terus digoreng.
Ads
4.Dalam minyak yang sama goreng bawang bersama cili padi sebagai penambah selera.
Kalau buat sos sendiri, ini akan jimatkan kos kaum mak-mak yang ada keluarga besar dan sangat berguna kalau anda ada niat nak berniaga sebab semua resepi yang dikongsikan Puan Rohaizan Saari sangat mudah!
Macam mana buat, mak-mak boleh rujuk bahan-bahan apa yang diperlukan, nanti boleh buat stok dalam peti di rumah.
Mayonis, sos lada hitam, sos cili semuanya saya buat sendiri, jimat! Lagi-lagi kalau buat untuk berniaga ini semua nak save… buat sndiri terjamin kebersihannya. Dapat pujian sedap dan kekalkan rasanya!
Tak perlu beli lagi. Kalau nak kuantiti yang banyak gandakan je ye resepinya.
Kuantiti resepi yang saya share ni tak banyak, mayonis dan sos chili, boleh tahan dalam sebulan kalau simpan dalam freezer. Black papper saya tak pasti, saya berniaga jadi tak sempat simpan lama dah habis!
Saya buat lagi, seminggu 2 kali buat kuantiti seperti dalam gambar tu. Cuba sikit dulu, kalau ok baru buat banyak ya kawan-kawan.
Mayonis
Telur 4 biji (yang belum dimasak, ambil putih dan kuning telur sekali)
Gula 4 sudu besar
Garam satu sudu besar
Lemon separuh biji (air perahan lemon, kalau tak ada boleh gantikn dengan sesudu besar cuka makan)
Minyak masak 2 cawan.
Ketahui Cara Buat:
Masukkan semuanya kecuali minyak dan blend, bila dah sebati baru masukkan minyak dan pastikan blend hingga putih likat.
Kemudian masakkn dengan api yang paling kecil kacau hingga pekat. Jangan sampai mendidih pula ye. Ikut pekat yang kita mahu je. Dah sejuk blend kan untuk dapatkan tekstur yang halus… siap!
Resepi sos black papper
2 sudu lada hitam direndam slme 4 jam (kalaau nk rasa lebih pedas boleh lebihkan) diblend dgn air rendaman tu sekali..
Tepung gandum 3 sudu besar
1 biji Bawang holland dicincang
Kiub ayam seketul
Air secawan
3 sudu besar butter
Sos lada hitam 2 sudu besar (tak ada pun tak apa)
Sos tiram 2 sudu besar (kalau x nak isi pun tak apa)
Kicap 2 sudu untuk warna (tak isi pun tak apa)
Ini cara-cara:
Cairkan butter.
Masukkn bawang dan lada hitam sehingga naik bau dan masukkn tepung kacau-kacau hingga sebati. Masukkn air dan kiub ayam. Kemudian kicap untuk warna yang kita mahu. Masuk gula jika mahu, garam dan serbuk perasa. Masak hingga kepekatan yang kita mahu… siap!
Buat Sos Cili Thai
Lada besar 10biji (buang biji)
Lada kecil merah 5 biji (kalau nak pedas boleh lebihkan)
Bawang putih 3 @ 5 ulas
Gula secawan (boleh lebih dan kurangkan jika mahu)
Tepung jagung 3 sudu atau lebih. Untuk memekatkn (bancuh bersama sdikit air)
Garam sdikit
Cuka 2 sudu besar
Air 4 cawan
Cara Untuk Buat:
Lada diblend dengan bawang putih.
Masukkan dalam periuk dan masak sehingga didih. Kemudian masukkn gula cuka garam sedikit. Air 4 cawan (boleh lebihkn) dan bancuhan tepung jagung. Kacau hingga kepekatan dan ikut kemanisan yang kita mahukan. Siap.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Masuk raya kedua hari ni, jika rendang dan kuah kacang dah habis, namun masih ada lebihan ketupat atau nasi Impit, mak-mak jangan pula buang.Sayang, membazir pula nanti.Sebaliknya, ketupat dan nasi impit tersebut boleh diolah menjadi hidangan masakan yang sedap, dengan cara menggorengnya.Caranya macam kita nak buat ‘mee goreng’ tapi sebaliknya gantikan dengan Ketupat dan nasi impit ini.Bolehlah hidangkan waktu tetamu datang beraya nanti.
1 biji bawang merah besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
10 biji cili kering(rendam sekejap dengan air panas)
3 biji cili padi
1 sudu besar udang kering(rendam sekejap dengan air panas)
Sedikit minyak untuk menumis dan gula dan sedikit garam.
Udang segar(buang kulit tapi biarkan ekornya)
Rencah:
Isi ayam/daging(potong kecil)
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis
1/2 kiub pati ayam
2 biji telur
Sawi
Kobis
Lobak Merah (potong memanjang)
Taugeh
Daun Kucai
Cara Membuat:
1.Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan kekuningan.
2.Masukkan sos tiram kicap dan kicap manis.
3.Masukkan udang dan isi ayam. Kacau seketika.
4.Masukkan telur dan kacau hancur.
5.Masukkan kiub pati ayam dan tambah sedikit gula dan garam jika kurang rasa(pastikan lebih sikit rasa masinnya sebab kita menggoreng nasi impit.
6.Masukkan nasi impit dan sayur-sayur. Kacau biar sekata rasa semuanya.
Selamat Mencuba!
Info Ekstra:
Jangan potong Nasi impit/ketupat terlalu kecil, nanti takut hancur sewaktu menggoreng.
Jika menggunakan rencah daging, masukkan sedikit air rebusan daging tersebut untuk lebih menyedapkan.
Amat menyelerakan dimakan panas-panas dan ditabur dengan sedikit bawang goreng.
Sedap! Mesti kena cuba.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kalau sebut waffle, anak-anak memang suka. Tambah-tambah kalau di sapu dengan jem atau coklat. Kalau beli kat kedai harganya pun boleh tahan juga.
Rupanya nak buat waffle tak adalah susah sangat pun. Paling penting kena ada bekas pembakarnya, barulah jadi.
Selain itu, bila mak-mak buat sendiri, bolehlah makan banyak dan suka hati nak letak perisa apa pada inti waffle itu.
Waffle ni kalau ranggup dan garing memang best, tambah-tambah kalau makan masa panas-panas. Ada sesetengahnya, bila dah sejuk terus lembik dan tak kurang sedap sikit.
Jadi, apa kata kita kongsi resipi waffle dari Nani Sulong yang ranggup dan gebu. Buat sendiri saja kat rumah. Senang dan jimat.
Puas hati boleh makan waffle panas panas. Semestinya inti coklat dan peanut butter. Inti coklat malas nak buat sendiri jadi beli coklat spread kat pasaraya. Terpulang nak jenama apa, peanut butter guna yang creamy.
Guna resipi ini, satu adunan dapat 8 keping.. Kalau dua ringgit setengah satu, dah dua puluh ringgit kan?
Respi Waffle Rangup Gebu
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
3 sudu kecil baking powder
2 1/2 cawan air sejuk
1 cawan minyak masak
6 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil esen vanilla
3 biji telur segar gred C (dari peti sejuk)
Cara Membuatnya:
1) Asingkan kuning telur dan putih telur.
2) Dalam bekas yang lain, campurkan semua bahan kecuali putih telur. Kacau rata. Nak guna mixer boleh. Tapi Kak Nani guna balloon whisk je..
3) Pukul putih telur yang diasingkan tadi sehingga “soft-peak meringue”. Nak guna mixer boleh, guna balloon whisk pun boleh.. Pastikan balloon whisk atau mata mixer tu bersih, tidak berminyak dan kering..
4) Kaup balikkan meringue tadi ke dalam adunan tepung. Kacau rata. Rehatkan sebentar dalam peti sejuk.
5) Panaskan waffle maker. Ambil 2 senduk adunan untuk setiap keping waffle. Ratakan dalam waffle maker. Tutup waffle maker perlahan lahan supaya adunan tak splash out dan meleleh keluar. Tekan penutup waffle maker supaya bahagian atas waffle masak dan garing sekata.
Bagaimana nak tahu waffle dah cukup masak dan garing?
Ada lampu atas penutup waffle maker tu kan?
Mula mula ia akan tunjukkan lampu oren, kemudian dua dua lampu oren dan hijau akan menyala serentak. Apabila lampu oren sahaja kembali menyala, siap. Memang akan keluar wap masa kita masak waffle
Dah masak keluarkan menggunakan penyepit. Letak atas pinggan. Sapukan inti yang digemari, creamy peanut butter dan nutella. Lipat dua dan potong di tengah. Dah boleh makan.
Nak maintain crispy, boleh letak atas redai atau jaring sebab kalau letak atas pinggan, wap yang terperangkap di bawah akan melemaukan permukaan bawah waffle.
Tapi takdelah lama sangat crispy tu unless memang bakar lama dalam waffle maker atau buat adunan nipis (1 senduk sahaja). Adunan nipis ni akan dapat texture garing macam biskut.
Selamat Mencuba.
Mingguan Wanita : Boleh buat minum petang untuk anak-anak. Sedap dan jimat lagi.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Sebak bila Achey dedah isteri serahkan wang gaji ketika bekerja. Terbaru menerusi program realiti TV, Achey memberitahu dirinya sangat kagum dengan pengorbanan suri hatinya...