Nak buat ikan rebus ada pelbagai cara. Ikan rebus ni sedap digoreng, dibuat sambal atau dimakan begitu sahaja. Namun Ikan rebus versi Kelantan v/s Thailand ada caranya. Memang mudah, masukkan sahaja semua bahan-bahan dan rebus dengan api perlahan sehingga hampir kering.
Ikan rebus cara Kelantan v/s Thailand. Dia punya bau masa rebus tu memang tak boleh tahan. Goreng pun sedap, makan macam tu je pun sedap. Simpan dalam peti ais, nak makan panaskan je. Bolehlah stok untuk 3 atau 4 hari.
1kg Ikan selayang/tongkol/Sardin pun boleh
Segenggam Garam kasar
Segenggam Asam keping
2 keping Gula nise/gula melaka
4 batang Serai
Daun limau purut
Lengkuas hiris
Bawang putih tumbuk kasar
Air separas ikan
Rebus semua bahan sekali. Rebus dengan api perlahan hingga hampir kering. Walaupun gula 2 keping tapi insyaAllah tak jadi pengat.
Kalau buat banyak boleh simpan dalam peti. Nak makan baru goreng.
Biarkan semalaman baru goreng atau dibuat sambal.
Selamat Mencuba!
Mesti Baca:Homemade IKAN REBUS Hanya Gaul Dengan Garam , Simpan Dalam Freezer Tahan Berminggu!
Baca Lagi Di Sini:Resipi IKAN LENGAT GORENG Garing, Lauk Legend Nikmat Tak Terkata!
Artikel Menarik:Buat Sendiri JERUK IKAN MASIN Tenggiri Makan Tanpa Waswas, Dijamin Halal
Mingguan Wanita: Menariknya resipi ikan rebus ni. Mudah dan sedap. Boleh cuba nanti digoreng atau makan macam tu sahaja.
Sumber: Vi Ibi Haji Ariffin
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.