Bila sebut Melaka, tentu teringat asam pedas kan. Kongsi Naros Naib, selain asam pedas, di Melaka juga ada lauk masak lada. Cuma ramai yang tak tahu tentangnya.
“Nak tau tak semalam Acik masak lauk apa? Acik masak Masak Lada. Lauk orang Melaka yang ramai tak tau. Mungkin sebab menu ni terlindung di belakang populariti asam pedas. Kasihan kan. Sedap, tapi tak ramai orang tau. Ni kirakan unsung hero lah.
Masak Lada ni seakan-akan rasa asam pedas tapi sedikit berempah sebab guna jintan manis, jintan putih, lada hitam dan ketumbar. Warnanya pula sedikit kecoklatan. Mungkin ada rasa macam asam pedas Johor yang masukkan lada hitam tu. Tapi, ni Acik agak-agak saja.
Nak tau rasa sebenar masak lada ni, jomlah buat. Meh Acik kongsi resipinya.
Bahan-bahan :
Bahan-bahan yang perlu disangai dan dikisar halus :
1 sudu makan jintan putih
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan lada hitam
1 sudu makan biji ketumbar
Cara memasak ada pada gambar. Langkah demi langkah. Ikut saja. InsyaAllah jadi.
Cuci bersih ikan pari. Acik perapkan sekejap dengan asam jawa dan air limau kasturi untuk hilangkan hanyir.
Bawang merah, bawang putih, kunyit dan belacan ni tumbuk halus. Kalau nak kisar, boleh saja. Tak ada masalah.
Serai tu jangan dikisar. Cukup sekadar titik untuk keluarkan aromanya.
Daun limau purut pula siat-siatkan. Buang batang tengahnya.
Mula-mula panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang sudah ditumbuk halus. Masukkan juga serai yang dititik.
Kacau kesemuanya sehingga naik bau dan hampir garing.
Apabila bahan tumisan sudah agak garing, masukkan rempah yang telah disangai dan dikisar halus. Acik kisar kasar-kasar sebab suka tekstur macam tu.
Kacau bahan-bahan tumisan hingga garing. Kemudian masukkan cili kisar dan kacau.
Apabila cili kisar hampir garing, masukkan daun limau purut. Kacau lagi.
Setelah cili cukup garing dan pecah minyak, masukkan pula air asam jawa. Kacau hingga semua sebati.
Apabila kuah telah mendidih, masukkan ikan satu persatu. Kacau lagi.
Tunggu sehingga kuah mendidih sekali lagi. Dari semasa ke semasa, kacau kuah perlahan-perlahan. Nampak macam lauk asam pedas kan.
Setelah kuah mendidih sekali lagi, masukkan kerisik dan kacau.
Sebenarnya resipi original masak lada ni tak guna kerisik. Sebaliknya guna kelapa bakar. Kepingan kelapa tua dibakar, kikis dan diparut atau dihiris halus. Lepas tu tumbuk halus jadi tekstur macam kerisik. Dah siap tu campur ke dalam kuah. Rasanya lagi sedap dan wangi.
Acik gantikan dengan kerisik untuk memudahkan. Sekarang ni kan susah dah nak dapat kelapa. Lagipun, rasanya tak lah jauh lari. Masih ‘on point’.
Apabila kerisik dah mesra dalam kuah, masukkan garam dan bahan perisa (jika suka). Kacau lagi.
Akhir sekali, masukkan bendi. Kalau tak ada bendi, boleh juga masukkan terung. Biarkan selama kira-kira 2-3 minit.
Acik suka bendi yang tak lembik, sebab tu tak biarkan lama sebelum tutup api. Terpulanglah kepada selera masing-masing.
Sebelum tutup api, rasa kuah tu, cukup tak rasa garam, masam, rempah dan pedasnya. Kesemua rasa tu kena seimbang tau. Baru sedap. Hishh…kecur pulak air liur ni. Terbau-bau wangi daun limau purut bergabung dengan serai dan rempah-rempah tumis tu.
Dah siap. Masak Lada Ikan Pari Acik Naros. Nak lagi power, makan dengan ikan masin dan sambal belacan. Nasi habis seperiuk pun tak sedar tau. Punyalah kuat mandrem lauk ni. Tak percaya? Cuba buat. Selamat mencuba.
Baca sini : Resipi asam pedas Melaka, Johor kuah pekat secukup rasa sedapnya.
Sumber/Foto : Naros Naib
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW