Sebut saja ikan air tawar, sebenarnya terdapat banyak jenisnya di negara ini. Antara yang popular seperti patin, tilapia, kelah, kerai, lampam, tapah, baung, keli dan haruan.
Ikan air tawar ini merupakan ikan yang terdapat di dalam sungai dan tasik. Ramai yang menggemarinya namun ramai juga yang kurang gemar kerana ia memiliki ‘bau’ yang tersendiri.
Namun, bagi penggemar ikan air tawar ini, kalau nak menikmati ‘rasa sebenar’, hanya perlu lumur dengan garam dan serbuk kunyit, kemudian goreng!
Kaya Kolagen Dan Harganya Pun Mahal Ye…
Ikan patin adalah antara ikan air tawar paling popular diminati di negara ini, umpama ikan salmon Malaysia kerana kaya kolagen. Bila sebut patin, terbayang keenakannya bila dimasak masak lemak tempoyak.
Mungkin ramai tak tahu, ikan paling mahal di Malaysia ialah ikan empurau, yang boleh mencecah RM4000 seekor. Selain itu, ikan kerai, kelah dan patin muncung juga tergolong dalam ikan air tawar yang harganya boleh buat kita ‘telan air liur’ melihat harganya.
Ikan patin misalnya, ada beza dari sudut harga. Ikan patin sangkar, bernilai antara RM12-15 seketul, patin buah atau patin luar bernilai RM500-RM200 sekeping. Manakala patin muncung boleh mencecah RM1000! Jadi, seeloknya, sebelum makan, tanya dulu harganya ye.
Ekstra! Cara cuci ikan air tawar:
1. Mula-mula cuci ikan dengan bersih. PENTING! Hilangkan darahnya.
2. Lumur dan perap dengan asam gelugur, garam dan limau nipis/kasturi.
3. Cuci bersih hingga hilang bau dan lendirnya.
4. Selain hilangkan bau, rasanya juga akan lebih sedap.a
Topik Keunikan Ikan Air Tawar telah menjadi pilihan Mingguan Wanita Talkshow hari ini. Jangan lupa saksikan episod ulangan Mingguan Wanita Talkshow ini di Astro Prima 105 dan Prima HD 121 pada pukul 8 malam ini bersama Siti Elizad dan Radin. Antara tetamu yang diundang ialah Ali Puteh, Puteri Azureen, Pemilik Ana Patin House dan Tengku Helmieza Raihan, dari Kancil Raja Patin. Selain itu, turut diadakan demo memasak oleh Chef Nakhaee Issa.
#MingguanWanitaTV
#MingguanWanitaTalkShow
#MingguanWanita
#TemanSetiapWanita
#AstroPrima105
#PrimaHD121
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI