Ibu Radin Meninggal Dunia “Doakan Allahyarhamah Ditempatkan Di Taman  Syurga Bersama Orang Beriman”

Share

“Doakan Allahyarhamah ditempatkan di taman-taman syurga bersama-sama orang beriman… Amin,” begitulah bait doa anakanda tercinta Radin buat arwah ibu tercinta.

Salam takziah diucapkan buat penyampai radio Era, Radin di mana ibunya telah menghembuskan nafas terakhirnya, pada pagi Khamis.

Berita sedih itu dimaklumkan sendiri oleh pemilik nama sebenar Radin Amir Affendy Ahmad Aruani, 31 ini melalui hantaran di laman rasmi Instagram miliknya.

Kenangan bersama arwah ibu.

Radin Mohon Doakan Allahyarhamah Ibu Ditempatkan Di Syurga

Menurut Radin, ibunya, Allahyarham Feridah Hashim, 67, meninggal dunia pada jam 9.25 pagi, 18 Februari di Ipoh, Perak.

“Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un …

“Assalamualaikum wbt… Dimaklumkan bahawa bonda saya, Allahyarhamah Feridah Binti Hashim telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pagi tadi jam 9.25 pagi, 18 Februari 2021 bersamaan 6 Rejab 1442H.

“Saya mohon jasa baik rakan-rakan semua untuk mendoakan Allahyarhamah agar ditempatkan di taman-taman syurga bersama -sama orang beriman.. Amin,” tulisnya menerusi Instagram miliknya.

Difahamkan jenazah Allahyarham Feridah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Meru, Ipoh.

Bersama arwah ibu tercinta.

Arwah Ibu Menderita Masalah Paru-Paru Berair

Seperti yang ditemubual orang media sebelum ini, Radin memaklumkan ibunya sudah lama menderita masalah paru-paru berair dan bergantung kepada tong oksigen untuk bernafas.

Bapanya pula, Ahmad Aruani sudah meninggal dunia pada tahun 2010.

Baca Disini Juga:

Ibu Mentua Ako Mustapha Meninggal Dunia Akibat Covid-19 “Mak Kami Sayang Mak Dunia Akhirat”

Ibu Ziela Jalil Meninggal Dunia, “Assalamualaikum Nek, Semoga Husnul Khotimah Buatmu” Dr. Puteri Julia

Ayah Kandung Ummi Nazeera Meninggal Dunia “Semoga Amalan Papa Diterima Allah SWT”

Ucapan Takziah Dari Rakan Selebriti

MW: Semoga roh Allahyarhamah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

Sumber/Sumber Foto: Instagram Radin Era
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Published by
Norhayati Binti Suboh