Ibunya Beri Anak Makanan ‘MAGIC’ Ini, Kawal Virus HFMD Dari Berjangkit Teruk

Share

Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) semakin menjadi-jadi. Mak-mak yang ada anak kecil bimbang sama sebab virus itu kalau dah melekat dekat tempat awam, macam kerusi, taman permainan, pun dah boleh menjangkiti anak kita.

Ada mak ayah yang memang tak tinggal bekalan tisu basah dalam beg, sebab nak lap tempat-tempat berisiko itu. Mak ayah jadi tambah paranoid bila ada pengalaman jaga anak kecil yang pernah dijangkiti virus HFMD. Percayalah, pengalaman itu perit!

Kata ibu ini, Chinatsu Hayami dia ambil langkah ikut saranan doktor. Dengan meningkatkan sistem imun dalam tubuh, diri mahupun anak tak mudah dijangkiti HFMD. Satu cara paling praktikal kawal serangan virus HFMD ini adalah melalui beri pemakanan sihat semulajadi.

Since doktor cakap TIADA UBAT mahupun VAKSIN yang boleh cure atau prevent HFMD, melainkan kita BOOST IMMUNE SYSTEM supaya yang kena HFMD cepat sihat dan yang belum kena HFMD tak berjangkit, makanya ibu pun gigihlah pi shopping beberapa jenis foods untuk tingkatkan sistem imun Qhaeera dan Qhaleef.

Walaupun HFMD biasanya mudah dijangkiti oleh kanak kanak di bawah umur 5 tahun, tapi still kena jaga juga takut Qhaleef dan kita yang adult ni pun berjangkit sama.

HFMD tiada ubat mahupun vaksin sebab doktor cakap virus dia pelbagai. So belum ada lagi 1 ubat mahupun 1 vaksin untuk hapuskan semua jenis virus tu one shot. Ubat yang diberikan biasanya hanya untuk meredakan ketidakselesaan pada pesakit.”

Makanya, jomlah pakat tingkatkan sistem imun kita dan anak anak dengan makanan yang sihat, serta jaga kebersihan. Bila sistem imun kuat, bukan takat HFMD je, penyakit dari virus lain pun susah nak hinggap. InsyaAllah.

Makanan Yang Berkuasa Tingkatkan Sistem Imunisasi Anak

 

Pertama : Shopping Makanan Sihat Di Pasaraya

Ini yang Mimi shopping hari Isnin lepas. Ada lemon, orange, cherry, strawberry, mandarin, yogurt, yakult dan sunflower kennel. Cari kiwi dengan blueberries tak jumpa pula. Ini semua untuk boost sistem imunisasi.

Tapi sushi dengan red velvet tu tak termasuklah. Epal tu pun sebab encik suami yang minta belikan. Hihi.

 

Kedua : Ambil Buah Jenis Citrus

Citrus fruits. Semua pun boleh untuk boost sistem imunisasi. Pilih je yang mana cuma make sure sehari tu janganlah makan banyak sangat. Kang kene cherry berry pula.

Tapi untuk anak yang ada ulser dalam mulut sebaiknya elakkan buahan citrus ni dulu. Sebab risau ulser akan jadi lebih sakit.

 

Ketiga : Jenis Berries Pun Membantu Boost Sistem Imun

Berries pun sama. Tak kisah any berries semua pun boleh.

 

Keempat : Yogurt Yang Membantu

Yogurt. Ini sangat bagus especially untuk baby HFMD yang dah boleh makan tapi tak nak makan sebab mulut penuh ulser.

Yogurt sejuk boleh bagi reda sikit rasa tak selesa dalam mulut. Doc selalu suggest bagi makan aiskrim. Tapi instead of bagi aiskrim, yogurt lebih sihat dan lebih baik untuk tubuh. Plus dia ada live active cultures yang boleh boost immune system.

Tapi untuk baby bawah 2 tahun kalau boleh beli je yang plain yang tak ada extra sugar. Then mix dengan any fruits untuk bagi rasa manis. Mimi suka letak cherry tak pun perah buah limau manis pun boleh atau campur madu. Tapi madu untuk yang dah setahun ke atas ye.

Dalam madu ada sejenis bakteria yang boleh menyebabkan penyakit Botulism. Yang boleh menyebabkan masalah pencernaan dan pernafasan serta otot menjadi lemah.

Bayi bawah setahun atau pra matang biasanya belum cukup kuat untuk melawan bakteria ni. Sebab tu sangat tak digalakkan untuk bagi bayi bawah setahun makan madu.

Extra tips – untuk anak yang tak suka makan ubat, boleh campurkan sekali dalam yogurt. InsyaAllah diorang tak perasan dan habis makan.

 

Kelima : Bayam Dan Brokoli Yang Berkuasa

Sayur terbaik untuk tingkatkan sistem imunisasi. Bayam dan brokoli.

 

Keenam : Bawang Putih Tu Antibiotik Semulajadi

Semua pun tahu bawang putih adalah antibiotik semulajadi. Sangat bagus untuk melawan penyakit dan juga tingkatkan sistem imun.

So kalau masak tu campur banyak banyak bawang putih.

 

Ketujuh : Halia Bukan Semata-mata Untuk Buang Angin

Halia. Kita selalu ingat halia ni untuk buang angin saja kan? Mimi la tu. Selain bawang putih, halia juga bersifat antibacterial. Sangat elok untuk melawan bakteria dan tingkatkan sistem imun.

Boleh campur dalam masakan mahupun minuman. Untuk anak boleh buat sup atau air lemon halia.

 

Kelapan : Berilah Anak Kuaci Bunga Matahari

Sunflower seeds dan pumpkin seed @ kita panggil kuaci. Mimi beli yang siap buang kulit sebab ibu is malas. Kahkah. Sedap buat campur dalam yogurt anak kalau dia tak nak makan macam tu je.

 

Kesembilan : Syarat Nak Ambil Makanan Ada Probiotik

Satu lagi yang doktor pesan, air yakult ni. Actually tak kisahlah jenama apapun asalkan yang ada PROBIOTIK. Dan kalau boleh cari yang less sugar. Sama juga macam yogurt. Tapi kena ingat, makan and minum yang ada probiotik ni jangan berlebihan. Kang asyik nak membuang je.

By the way, banyak lagi foods yang boleh boost sistem imun. Contohnya kunyit, buah betik, nenas, cendawan, kiwi, teh hijau, almond dan banyak lagi.

Yang penting, banyakkan buah-buahan dan sayuran. Serta kalau boleh kurangkan gula putih yang boleh jadi penyebab pelbagai penyakit. Hope anak anak yang kena HFMD cepat sembuh.

Sumber/Foto : Chinatsu Hayami

Published by
Netty Ah Hiyer