Ibu Zayn Rayyan dibawa ke sungai untuk lakonan semula kejadia, lokasi penemuan mayat anak. Kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan tahun lalu kembali menjadi tumpuan ramai selepas kedua ibu bapanya, Ismanira Abdul Manaf dan Zaim direman sejak seminggu lalu.
Sejak semalam, ia lebih mencuri tumpuan apabila ibunya, Ismanira dibawa ke rumah kediaman mereka di Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai, di sini, dipercayai bagi melakonkan semula kejadian. Malah selepas dibawa ke rumah, sekali lagi ibunya dibawa ke sungai di mana penemuan mayat mayat anaknya ditemui dalam keadaan terjerut.
Memetik laporan Berita Harian, kelibat ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, dilihat dibawa turun dari kediamannya menuju ke lokasi mayat kanak-kanak berkenaan ditemui.
Polis mengawal ketat lokasi kediaman di Apartment Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai, di sini, dipercayai bagi melakonkan semula kejadian. Foto :- BERNAMA
Suspek kelihatan diiringi dan dikawal ketat anggota polis pada jam 11.06 pagi menuju ke arah sungai lokasi mayat Zayn Rayyan ditemui pada malam 6 Disember lalu.
Wanita berkenaan yang berpakaian lokap kelihatan menundukkan kepala ketika dibawa turun sekumpulan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.
Terdahulu, ibu kepada kanak-kanak berkenaan dibawa ke kediaman mereka di Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai, di sini, dipercayai bagi melakonkan semula kejadian.
Ads
Wartawan BH yang berada di lokasi mendapati wanita itu tiba kira-kira jam 10.15 pagi dengan menaiki van putih menuju ke blok R kediaman terbabit.
Difahamkan, suspek dibawa semula ke kediaman dan lokasi kanak-kanak berkenaan ditemui iaitu saliran sungai yang terletak kira-kira 200 meter dari blok kediaman yang dihuni keluarga berkenaan bagi melakonkan semula kejadian.
Ibu Zayn Rayyan turut dibawa ke sungai tempat pertemuan mayat anaknya ditemui untuk lakonan semula kejadian. Foto :- BERNAMA
Sebelum ini polis mengesahkan mangsa dipercayai dibunuh, susulan hasil bedah siasat yang menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dalam pengumuman tahun lalu memaklumkan, hasil keputusan bedah siasat mendapati anak syurga ini didapati sudah meninggal dunia 48 jam di lokasi lain sebelum ditemui di aliran sungai tersebut.
Ads
Malah bedah siasat juga menunjukkan mangsa bukan meninggal dunia di lokasi mayatnya ditemui.
Mayat Zayyan Rayyan ditemukan pada jam 9.50 malam, 6 Disember lalu ketika pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, bersama penduduk Apartmen Idaman, Damansara Damai, sedang menjalankan kerja-kerja mencari dan menyelamat pada jam 8. 30 malam sebelum mayatnya ditemui lebih sejam kemudian.
“Rasa dunia ini milik akak…inilah respon gembira usahawan pandan yang terpilih menerima Anugerah Ibu Inspirasi Mingguan Wanita X Nona di Malam Gala baru ini.
Kisahnya membesarkan 8 anak dengan air mata hingga hampir meracun mereka kerana tidak tahan dengan ujian tetapi akhirnya bangkit memerah keringat demi memberi pendidikan buat anak-anak.
Kisah usahawan pandan berjaya ini cukup memberikan inspirasi dan dirinya menitip pesanan buat ibu-ibu yang membesarkan anak sendirian.
“Pandanglah diri akak. Jadilah ia satu perkongsian kehidupan,” katanya yang tidak pernah menyangka menerima anugerah dari Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dalam hidupnya.
Malam gala Ibu Inspirasi dibawakan oleh @alkauthareduqids_hq, diserikan oleh @sabihahgoldhq
Memang tak dapat dinafikan semakin meningkat usia, semakin banyak kedutan yang ada pada wajah. Macam-macam cara dilakukan bagi mencegah dan mengelakkan kedutan-kedutan ini.
Satu tip kecantikan baharu yang tular dalam aplikasi TikTok memaparkan wanita meletakkan pita pelekat pada dahi mereka selama semalaman untuk mencegah kedutan, lapor portal berita MailOnline semalam.
Seorang model Australia yang menggelar dirinya ‘The Aussie Rapunzel’ mencuba sendiri kaedah itu dan terkejut melihat hasilnya.
Hasil Seperti Suntikan Botoks
Dalam klip video mengenainya, wanita itu melekatkan pita pelekat pada dahinya sebelum tidur. Dia mendakwa berjaya mendapatkan hasil sama seperti mengambil suntikan botoks, tujuh hari kemudian.
“Saya melekatkan pita pelekat pada dahi setiap malam selama seminggu. Saya tidak menyangka ia akan berhasil,” katanya.
Pakar-pakar bagaimanapun berkata, keadaan tersebut tidak akan kekal lama sebaliknya, ia hanya satu cara mudah untuk melatih diri seseorang agar tidak menaikkan kening.
“Dengan melekatkan pita pada dahi anda, ia akan mengingatkan anda agar tidak menaikkan kening terlalu tinggi yang menjadi penyebab kepada garisan kedutan.
“Secara umumnya, melekatkan pita pada dahi tidak akan menjadikan kedutan bertambah baik dan tidak akan mengurangkan garis kedutan. Ia hanya satu peringatan agar anda tidak menghasilkan kedutan itu sendiri (dengan menaikkan kening),” kata Pakar Bedah Plastik, Anthony Youn.
Mingguan Wanita:Macam-macam hal.Jangan mudah percaya trend pelik-pelik macam ni iya. Secara logiknya, tak mungkin pita pelekat mampu hilangkan kedutan pada wajah.
“Ibu sentiasa memaafkan anak dilahirkannya” begitulah luahan ibu kepada Syamsul Yusof, Datin Fatimah Ismail.
Namun dirinya tidak mungkin dapat memafkan keluarga Ira Kazar yang meruntuhkan kebahagiaan menantunya yang juga isteri pertama Syamsul, Puteri Sarah Liyana.
“Ibu Sentiasa Memaafkan Anak Dilahirkannya”
Hati ibu begitu terluka apabila anaknya membelakangkan apabila bertindak bernikah satu lagi. Begitulah perasaan Datin Fatimah Ismail namun dirinya sedia memaafkan anaknya Syamsul walaupun atas segala keterlanjuran perbuatannya.
Meluahkan perasaan memetik dari laporan Harian Metro, isteri kepada Datuk Yusof Haslam itu menegaskan tidak mungkin dapat mengampunkan keluarga Ira Kazar yang kini sudah bergelar isteri kedua anaknya.
“Seorang ibu sentiasa memaafkan anak yang dilahirkannya.
“Namun saya tidak akan maafkan keluarga Kazar atas perbuatan mereka kepada menantu saya!” ungkap Datin Fatimah.
Lebih Sebelahkan Keluarga Isteri Kedua
Walaupun sedih namun Datin Fatimah menyatakan anaknya lebih sebelahkan keluarga isteri keduanya yang juga anak kepada pelakon Kazar Saisi.
“Dia hanya ada ‘WhatsApp’ beritahu sudah nikah.
“Sekarang dia berkiblatkan keluarga Kazar! Tak tahu apa sudah jadi pada dirinya.
“Hanya kepada Allah saya berserah.
“Salahkah apa yang saya luahkan? Itu kebenarannya. Kalau salah, makin ramailah perosak rumah tangga orang. Biar Allah hukum mereka-mereka ini,” katanya.
Sebelum itu Fatimah juga ada memuat naik kemarahan menerusi hantaran terbaru di Instagram Story, terhadap Ira yang disifatkan perampas kebahagiaan keluarga orang lain.
“Ayah mereka telah dirampas oleh perempuan yang kejam. Ibu mereka ditinggalkan kerana perempuan itu. Laknatlah hidupnya,” katanya.
“Mencari itu tidak, tetapi dianugeraghan itu dianggap sebagai satu hadiah. Syukur alhamdulillah,” itu kata aktor terkenal Remy Ishak dipetik dari melakahariini.my.
Pelakon Remy Ishak antara penerima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi ke-75 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam pada Ahad.
Foto: kredit www.melakahariini.my
Remy atau nama sebenarnya Mohamad Zalimei Ishak menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang membawa gelaran Datuk. Remy yang juga merupakan anak kelahiran Melaka, menerima anugerah itu yang disampaikan Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam pada sesi kedua istiadat penganugerahan berlangsung di Dewan Istiadat Seri Negeri.
Tak Sangka Terima Anugerah
Remy, ketika ditemui pemberita berkata, beliau tidak menyangka terpilih menerima anugerah pada hari ini yang disifatkannya sangat bermakna sepanjang karier bergelar anak seni sejak kira-kira 20 tahun lepas.
“Memang tak pernah bermimpikan pun sebenarnya (untuk menerima gelaran Datuk)… mencari gelaran itu tidak, tapi diberikan hadiah kepada saya.
“Ia memberi satu suntikan semangat kepada saya untuk lebih berjaya pada masa akan datang sekali gus memberi galakan kepada anak-anak muda di negeri ini untuk mengejar cita-cita mereka,” katanya.
Turut digelar sebagai ‘Hero Malaya’, Remy berkata, meskipun kini sudah bergelar Datuk namun dia tetap seperti dirinya yang dulu selain gelaran diterima tidak akan mengubahya.
“Saya tetap akan menjadi Remy Ishak dan saya adalah Remy Ishak kerana darjah kebesaran Datuk ini dikurniakan oleh negeri Melaka kepada saya.
“Saya amat menghormati penganugerahan ini dan ia adalah suntikan untuk saya lebih berjaya pada masa hadapan,” katanya.
Remy Ishak hadir ke istiadat penganugerahan berlangsung di Dewan Istiadat Seri Negeri ditemani isteri tersayang, Ezza Yusof yang anggun mengenakan kurung moden rona biru.