Hiburan

Ibu Virgoun Syukur Anak Ditangkap Kerana Dadah, “Nasib Lebih Buruk Kalau Masih Bebas…”

Share

Ibu Virgoun syukur anak ditangkap kerana dadah, “nasib anak lebih buruk kalau masih bebas…”. Virgoun penyanyi yang sangat popular di Indonesia. Lagu Surat Cinta Untuk Starla menjadi lagu kesukaan ramai.

Tahun lalu, kisah rumahtangganya menjadi sorotan selepas ada pengakuan dirinya melanggan pelacur  dan menghabiskan wang RM59,000 untuk memuaskan nafsunya ketika popularitinya memuncak. Inara sendiri mula mengesan kecurangan suaminya selepas berdoa dalam solat Subuhnya agar ditunjukkan kebenaran akan rumahtangga mereka.

Ibu Virgoun Syukur Anak Ditangkap Kerana Dadah

Malah bekas isterinya yang cantik, Inara juga dikatakan tidak cantik dan mereka akhirnya bercerai dan Inara mendapat hak penjagaan anak.

Virgoun dikatakan melangan pelacur dan pernah memaklumkan yang isterinya tak cantik.

“Nasib Anak Lebih Buruk Kalau Masih Bebas…”

 

Terkini, selepas bercerai, rezekinya jauh berbeza. Populariti dikecapinya juga semakin menurun dan menyedihkan, baru ini penyanyi ini ditangkap kerana terlibat dadah.

Jika kebanyakan ibu akan menyorokkan hal memalukan ini dan tidak memberikan sebarang komen tetapi nampaknya, ibunya, Eva Manarung yang juga seorang penyanyi menzahirkan rasa syukur kerana anaknya ditangkap kerana terlibat dadah.

Walau kenyataannya dilihat agak mengejutkan tetapi kata Eva, penangkapan anaknya jauh lebih baik duduk di dalam berbanding terus menagih yang akan terus merosakkan dirinya.

“Ini doa saya agar anak boleh menjadi lebih baik di masa depan,” katanya baru ini.

Kata Eva, jika anaknya tidak ditangkap, penagihan dadahnya lebih teruk dan akan merosakkan diri sendiri.

Masa yang sama, dirinya tidak memberikan sebarang komen mengenai Inara yang langsung tidak berminat mengulas isu ini. Malah dirinya juga tidak mahu memanjangkan hal ini keran dikhuatiri boleh berlaku pertengkaran.

Masa yang sama ibu ini memaklumkan dirinya seolah mendapat firasat anaknya akan ditangkap polis.

Menurut Eva, dia dan Virgoun sudah lama tidak berkomunikasi kerana hubungan mereka yang kurang baik.

“Nombor aku disekat kira-kira sudah dua bulan,” katanya lagi.

“Rasa dunia ini milik akak…inilah respon gembira usahawan pandan yang terpilih menerima Anugerah Ibu Inspirasi Mingguan Wanita X Nona di Malam Gala baru ini.
Kisahnya membesarkan 8 anak dengan air mata hingga hampir meracun mereka kerana tidak tahan dengan ujian tetapi akhirnya bangkit memerah keringat demi memberi pendidikan buat anak-anak.
Kisah usahawan pandan berjaya ini cukup memberikan inspirasi dan dirinya menitip pesanan buat ibu-ibu yang membesarkan anak sendirian.
“Pandanglah diri akak. Jadilah ia satu perkongsian kehidupan,” katanya yang tidak pernah menyangka menerima anugerah dari Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dalam hidupnya.
Malam gala Ibu Inspirasi dibawakan oleh @alkauthareduqids_hq, diserikan oleh @sabihahgoldhq

 

 

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros