Ibu Tyzo meninggal dunia, salam takziah Mingguan Wanita ucapkan buat penyampai radio Suria FM, Tyzo yang telah kehilangan ibu tercinta, Hasnah Shaari atau lebih dikenali sebagai Cikgu Hasnah, 80 yang meninggal dunia sekitar jam 7 malam Isnin 3 Januari.
Seperti mana yang dimaklumkan oleh Tyzo yang mengendalikan slot Suria Petang, ibunya yang berusia 80 tahun itu menghembuskan nafas terakhir di rumah keluarganya di Ipoh, Perak.
Selepas menerima perkhabaran duka tersebut Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zolqarnain Idris dilaporkan bergegas pulang ke kampung halaman.
Malah Tyzo juga berkongsi perasaan sedihnya di akaun rasmi Instagramnya dan mohon dipermudahkan perjalanan akhir arwah ibunya.
“Malam ini malam terakhir tidur dengan Mak. Saya tenang mak pergi, cuma terkilan kenapa mak tak ajak saya ikut sekali.
“Alfatihah Hajah Hasnah Shaari (Cikgu Hasnah)
“Moga mak bertemu arwah abah esok di Tanah Perkuburan Bukit Chupak, Parit, Perak selepas mandi dan solat jenazah di Masjid Taman Pengkalan Jaya (Taman SPPK) Pasir Puteh, Ipoh, Perak. 8pagi
“Moga ramai membantu permudahkan perjalanan terakhir Mak.
“SAYANG MAK DAN RINDU KENANGAN (01 .03. 1942 – 03 .01. 2022),” tulis Tyzo.
Sementara itu, Sharifah Shahira menyifatkan Tyzo sebagai seorang anak yang baik dan sentiasa menyembunyikan kesedihannya.
Difahamkan sebelum ini, Tyzo yang cukup dikenali dengan perwatakan ceria itu kerap berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Ipoh disebabkan keadaan kesihatan ibunya yang tidak begitu baik.
“Kamu ni tak cakap, kalau bab-bab… Ada apa kat rumah ke. Ulang-alik balik Ipoh tengok mak, lepas tu kerja. Tak ambil pun off day.
“Malam ni kamu nak balik Ipoh tengok mak kamu lagi. Dapat tahu baru sekejap tadi, mak dia meninggal dunia pada jam 6 lebih. Kelmarin dia ulang-alik balik KL ke Ipoh.
“Takziah Tyzo. Mak kamu bangga dengan kamu Tyzo, anak yang baik dan taat. Begitu juga dengan adik-beradik yang lain ya. Takziah buat keluarga,” ujar Shira hantaran di laman Instagramnya.
Sebelum ini Tyzo sering berkongsi video bersama ibunya menerusi aplikasi Instagram dan Tik Tok yang membangkitkan rasa sayu penonton apabila melihat video itu.
Baca Disini Juga: Ambil Gambar Terakhir Berpegangan Tangan Di ICU, Selepas 24 Jam Ibu Meninggal
Tiga Beradik Tinggal Di Rumah Tanpa Pengawasan, Ibu Meninggal, Ayah Pula Bertarung Nyawa Di Hospital
Mingguan Wanita : Salam takziah buat Tyzo sekeluarga.
Sumber / Sumber Foto : Instagram TYZO XANDER
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita