Video seorang ibu tunggal yang sebak selepas memenangi pakej menunaikan ibadah Umrah tular di laman sosial dengan lebih 1 juta tontonan.
Rata-rata warganet turut sama terharu melihat keinginan wanita itu untuk menjejakkan kaki di Tanah Suci Mekah termakbul apabila dia merupakan pemenang peraduan Imbas dan Menang jenama baju Melayu popular, Bulan Bintang.
“Mak memang sudah lama teringin nak ke Tanah Suci menunaikan umrah. Alhamdulillah, Allah kabulkan dengan menang peraduan Imbas dan Menang Bulan Bintang
. Doa ibu memang tak nafi keberkatannya. Mak teringin nak pergi Tanah Suci, lepas tekan tebus, Alhamdulillah impian mak tercapai.
“Mak memang tak sangka dan sampai sekarang masih tak percaya yang dia menang hadiah mengerjakan umrah. Memang itu impian mak dan terima kasih untuk pengasas Bulan Bintang kerana merealisasikan impian mak,” katanya.
Video tersebut turut mengundang rasa sebak orang ramai melihat reaksi pemenang yang meluahkan rsa bersyukur dan terharu apabila pengasas jenama terbabit, Azzim Zahid Azmi atau Meri turun padang sendiri bertemu ibu tunggal terbabit di Ipoh, Perak.
Menerusi video temu bual Meri dengan Norharizan yang dikongsikan di laman TikTok, ibu tunggal itu sudah tiga tahun menanam impian untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci.
https://vt.tiktok.com/ZSFufvDw1/
“Saya beli tiga pasang baju Melayu untuk tiga orang anak teruna saya. Pada mulanya, anak saya mahukan PS5 jika ada rezeki memenangi peraduan ini. Pada saya, jika ada rezeki, Insya-Allah. Cubaan pertama untuk anak sulung, kami tidak memenangi sebarang hadiah dan untuk anak kedua pula, kami memenangi baucer.
“Bagi percubaan terakhir, anak-anak mahukan saya sendiri yang menekan telefon pintar. Saya hanya bertawakal dan tak sangka saya memenangi pakej Umrah. Syukur Alhamdulillah.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Mak-Mak Bila Sudah Tekad Nak Bercerai, Terus Failkan Hak Penjagaan Anak. Jangan Tangguh!
“Saya dah tiga tahun tanam impian, tak sangka bila beli baju Melayu Bulan Bintang untuk anak-anak, ini yang saya dapat. Bagi kami yang kurang kemampuan, inilah rezekinya. Saya memang terharu kerana tak sangka, rezeki saya nak tunai Umrah, nak melihat Kaabah bakal tercapai, Alhamdulillah. Allah dah jawab doa saya,” katanya yang menzahirkan rasa penuh kesyukuran.
Tambah Norharizan, dia tidak menyangka rezeki kali pertama berbelanja baju sedondon untuk anak-anak menjadi punca rezeki untuk dirinya menunaikan ibadah terbabit.
“Saya belum pernah ke Mekah, tahun lalu kakak saya sekeluarga ada ke sana. Saya gembira lihat mereka tapi saya sayu kerana saya memasang keinginan itu, tetapi Allah masih belum izinkan. Selepas saya menang peraduan itu, saya tertanya, betul ke? Bukan ‘scam’ ke? Anak cakap tak, memang betul dapat.
“Saya membeli baju sedondon berwarna biru untuk anak-anak saya pakai di Hari Raya nanti sebab sebelum ini, kami tak pernah merasa. Saya tak sangka, rezeki pakej umrah ini yang saya dapat selepas berbelanja untuk anak-anak,” katanya lagi.
Norharizan memenangi pakej Umrah untuk dua orang dan ia bernilai RM12,090 untuk setiap seorang. Menerusi kempen Terrrrpaling Raya Bulan Bintang menawarkan hadiah bernilai lebih RM3 juta untuk semua pelanggan tahun ini.
Antara hadiah yang ditawarkan adalah 10 Perodua Myvi dan Bezza, iPhone 15, emas 999, pakej umrah dan banyak lagi.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE