Apabila menggalas ‘jawatan’ sebagai ibu tunggal, pasti tidak dapat lari daripada perasaan ragu-ragu pada kemampuan diri sendiri. Apatah lagi seorang wanita ibu tunggal itu disebabkan perceraian, ia akan menjadi satu rutin hidup yang baru.
Hanya wanita yang mengalaminya akan dapat memahami situasi sukar ini. Berbicara mengenai kehidupan sebagai ibu tunggal, pemilik nama sebenar Roslinda Abdul Majid, 45 atau DJ Lin yang sudah 14 tahun hidup sendirian selepas berpisah dengan bekas suami.
Ibu Tunggal, DJ Lin Fikirkan Soal Anak & Kerjaya
Difahamkan selepas berpisah wanita yang berasal dari Johor ini akui agak sukar mencari pasangan hidup. Ini dek kerana dia lebih komited pada kerjaya dan anak-anak.
Ibu kepada dua cahaya mata, Nureen Aresya, 19, dan Nazren Asyran, 17 ini juga tidak terlalu memikirkan soal jodoh kerana buah hatinya (anak-anak) menjadi keutamaannya.
“Saya sudah bergelar ibu tunggal selama 14 tahun, jadi saya lebih selesa untuk meluangkan masa bersama anak-anak dan menumpukan perhatian kepada kerjaya berbanding memikirkan soal mengenali seseorang lelaki sebagai pasangan hidup.
“Boleh dikatakan, kehidupan saya bersama anak-anak diikuti komitmen kerja telah mengambil 80 peratus daripada ruang masa kehidupan saya.
Ads
“Namun sebagai wanita, kadang-kadang muncul perasaan ingin berteman atau berkasih sayang, itu satu perkara normal, namun bagi saya, perkara itu bukanlah keutamaan saya ketika ini,” luahnya seperti mana dipetik menerusi Astro Gempak.
Ibu Tunggal Jangan rasa Gelaran Itu Negatif
Penyandang Penyampai Radio Popular ABP31 ini juga turut berkongsi pendapat mengenai wanita yang senasib dangan dirinya yang mahu kembali mencari calon pilihan hidup.
“Kadang-kadang, ada perempuan yang tak dapat terima dan susah menyesuaikan diri selepas berrcerai, mereka sudah biasa mempunyai teman hidup sebelum itu.
“Apa yang penting, kepada ibu tunggal di luar sana, jangan terdesak dalam memlih pengganti pasangan hidup dan jangan rasa gelaran ibu tunggal itu satu perkara negatif dalam masyarakat,” sambungnya.
DJ Lin juga menasihati ibu tunggal di luar sana sebelum memilih teman hidup, kenalilah latar belakang kehidupannya terlebih dahulu.
“Kenali sebetulnya lelaki itu, ketahui latar belakangnya, kena tahu dia kerja apa, bagaimana pula keluarganya, itu semua penting, jangan terlalu ikutkan hati yang sunyi.
Ads
“Carilah suami yang bukan sekadar menerima diri kita, mereka juga harus menerima anak-anak kita, jangan sampai disebabkan lelaki, kasih sayang antara ibu dan anak terganggu.
“Jika seseorang ibu tunggal itu mahu mengenali lelaki baru atau mahu keluar ‘dating’, eloklah sebelum itu jika dia memberitahu anaknya dahulu.
“Jangan pernah membelakangkan anak-anak dalam hal ini, kalau kita terangkan betul-betul, mereka pasti akan faham.
“Aturkan beberapa pertemuan yang melibatkan anak kita dan lelaki itu, dari situ kita boleh lihat bagaimana cara dia melayan anak kita, kadang-kadang, dari raut wajah pun kita sudah tahu apa yang dirasakan seseorang,” nasihat DJ Lin buat wanita-wanita ibu tunggal di luar sana.
Berserinya wajah ahli syurga, selamat tinggal mama papa. Moga bertemu lagi di dunia abadi. Tiada apa ujian yang paling menyesakkan dada kecuali diuji dengan kehilangan orang disayangi buat selama-lamanya. Pergi yang takkan kembali lagi.
Yang tinggal hanya rindu yang tak tertanggung dan akan terus kekal di sanubari mereka yang diuji. Bila menyebut bab kematian, tidak cepat sesaat atau terlewat seminit bahkan tak mengira usia. Apabila saat itu tiba, ia pasti datang.
Jika anak-anak merasakan kehilangan ibu ayah saat paling memeritkan dalam hidup, hal yang sama dirasai oleh ibu bapa yang diuji dengan kehilangan anak yang selama ini membesar sihat di depan mata. Rezekinya, anak-anak kecil ini akan menunggu ibu bapa di pintu syurga kerana mereka bebas dari dosa.
Satu perkongsian seorang bapa, Ahmad Nazree Mohamad yang diuji kehilangan anak bongsunya, Nur Qaireen Dahiyah semalam akibat jangkitan kuman membuatkan ramais sebak. Sebagai bapa, dirinya mengakui hatinya cukup rindu namun redha dengan ujian Allah nan satu ini.
Pelajar darjah dua di SK Pulau Indah 2 telah menghembuskan nafas terakhirnya semalam akibat jangkitan kuman. Ia bermula dari muntah dan demam sebelum dibawa ke kecemasan hospital dan tidak berapa lama, Allah lebih menyayanginya.
Tulis bapanya,
Allahuakhbar..Allahuakhbar..
Sukar diri untuk menerima kenyataan apa yang berlaku dan mohon kekuatan daripada Allah untuk saya sekeluarga meneruskan sisa hidup ini tanpa anak tersayang di sisi.
Bahkan di fb Mr Wan Cai yang banyak membantu umat islam dalam urusan fardu kifayah ini khususnya dalam penyediaan van jenazah percuma, dapat terlihat wajah anak kecil ini seakan tidur nyenyak sewaktu dikafankan. Berseri-seri wajah seorang ahli syurga yang menanti ibu bapanya di akhirat kelak.
Berehatlah sayang. Syurga adalah tempatmu. Berlarilah di syurga Firdausi.
Betapa beruntungnya kerana memasuki syurga indah ini kerana pergi pada usia belum baligh.
Ini kerana anak-anak orang Islam yang mati sebelum baligh semua adalah adalah ahli syurga. Sepakat para ulama dalam hal ini. Berkata Imam Nawawi berkata dalam kitabnya Syarh Muslim:
أجمع من يعتد به من علماء المسلمين على أن من مات من أطفال المسلمين فهو من أهل الجنة ؛ لأنه ليس مكلفا
Maksudnya: “Telah bersepakat para ulama Islam yang diambil kira perkataan mereka bahawa sesiapa yang mati dari kalangan anak-anak orang Islam, dia adalah termasuk ahli syurga, kerana dia bukan mukallaf.”
Berkata al-Imam Ibn Kathir dalam kitabnya Tafsir al-Qur’an al-‘Azim
فأما ولدان المؤمنين فلا خلاف بين العلماء كما حكاه القاضي أبو يعلى بن الفراء الحنبلي عن الإمام أحمد أنه قال لا يختلف فيهم أنهم من أهل الجنة وهذا هو المشهور بين الناس (أي عامة العلماء) وهو الذي نقطع به
Maksudnya:
“Adapun anak-anak orang yang beriman, maka tiada perselisihan di kalangan ulama (tentang mereka akan masuk ke dalam syurga) seperti yang diceritakan oleh al-Qadhi Abu Ya’la bin al-Farra’ al-Hanbali daripada al-Imam Ahmad yang berkata: “Tiada perbezaan pendapat di kalangan ulama bahawa anak-anak orang yang beriman termasuk dari kalangan ahli syurga. Inilah yang masyhur di kalangan ulama, pendapat ini juga yang kami putuskan.”
Nombor 11 ‘cukup dekat’ bagi diri seorang kanak-kanak lelaki ini yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-11 pada 11 November lalu selepas dilahirkan pada tahun 2011, pukul 11.11 pagi, lapor akhbar Daily Star.
Berkait Rapat Nombor 11
Kanak-kanak tersebut, Daniel Saunders dari Hertfordshire, England, kerap berkait rapat dengan nombor 11 sejak dilahirkan.
“Saya teruja untuk menyambut ulang tahun kelahiran kali ini,” katanya.
Nombor Utama Numerologi
Menurut Daniel, 11 merupakan nombor utama dalam bidang numerologi dan ia bermaksud, dia mempunyai potensi besar pada masa akan datang.
“Ia adalah nombor bertuah saya dan amat mudah untuk diingati. Tiada sesiapa akan terlupa hari lahir saya,” katanya.
Menurut ibu Daniel, Charlotte, anak lelakinya dijangka dilahirkan pada 17 November 2011 namun, dia diberitahu bahawa bayi dalam kandungannya berada dalam kedudukan tidak sepatutnya ketika itu.
Disebabkan doktor gagal mengubah kedudukan bayi (Daniel), Charlotte terpaksa menjalani pembedahan pada 11 November.
“Daniel sepatutnya dikeluarkan lebih awal namun, dia ketika itu tersekat di bawah rusuk saya yang menyebabkan doktor mengambil masa agak lama untuk mengeluarkannya.
“Ia adalah sesuatu yang hebat apabila dia dilahirkan dengan perkara berkaitan nombor 11. Ia adalah nombor bertuah saya sejak kecil dan kini saya berkongsi angka bertuah tersebut dengan Daniel,” kata Charlotte.
Mingguan Wanita: Memang cantik nombornya, semuanya berkait rapat dengan nombor 11 sejak kecil. Selamat Hari Jadi, semoga panjang umur, membesar dengan baik dan diberikan kebahagiaan dalam kehidupan iya.
Bak kata penerbit drama terkenal ini, Datuk A Aida, soal ajal dan jodoh adalah rahsia Allah. Hanya Dia yang Maha Mengetahui. Dan itulah gambaran tentang rumah tangga yang dibina bersama Ariff Aziz, 30 retak selepas 9 bulan mereka bertahan.
“Saya anggap jodoh tak panjang. Malah reda dengan ketentuan ini. Siapa yang mahu bercerai-berai, tetapi tertulis jodoh saya bersama Ariff sampai di situ saja.”
Akui A Aida atau nama sebenarnya, Zaidah Awang, dirinya lebih tenang dan bahagia selepas kembali solo.
Pasangan ini sah bercerai pada 25 April lalu. Inilah yang dimaklumkan A Aida sendiri yang mana pada 4 April lalu dia memfailkan penceraian di bawah seksyen 47 dengan meminta kebenaran mahkamah untuk bercerai secara baik.
Ini merupakan penceraian kali keempat A Aida. Bagaimana pun, beliau enggan mengulas panjang tentang punca penceraiannya dengan Ariff yang juga seorang pelakon.
“Rumah tangga kami memang ada masalah.”
Apabila keduanya sudah tidak mampu untuk hidup bersama, jadi jalan terbaik adalah melalui perpisahan. Beliau juga akui tak tinggal sebumbung dengan bekas suaminya itu sejak 21 Mac lalu.
Tiada Sebab Untuk Kembali Bersama.. – A Aida
Tegasnya, tiada sebab untuknya dan Ariff kembali bersama. Beliau juga sudah lama tak berhubung dengan bekas suaminya itu.
“Saya tak nafikan berkahwin dalam keadaan yang agak tergesa-gesa.” Keadaan itu membuatkan dirinya tidak berkesempatan untuk mengenali Ariff secara mendalam.
“Saya juga tak lihat jalan untuk kembali bersama dengannya lagi.”
Sejak tahun 2015 lagi pasangan ini sudah menjalinkan kerjasama dalam beberapa projek terbitan A Aida Productions. Hatinya terbuka untuk menerima lamaran pelakon muda itu, sebaik melihat baiknya budi, sikap bertanggungjawab malah sempurna pegangan agamanya.
Dan pada 4 Julai, Ariff memberikan kejutan lamaran pada A Aida di sebuah restoran Arah di ibu negara. Sebentuk cincin menjadi tanda lamaran untuk insan yang disayang ketika itu.
Lalu, pada 21 Julai tahun lalu, keduanya mendirikan rumah tangga. Yang mana tarikh pernikahan itu dipilih sempena ulang tahun kelahiran A Aida yang juga ibu kepada tiga cahaya mata.
Ketika ini, fokusnya adalah untuk membesarkan ketiga orang anak-anaknya dan perniagaannya yang terkini iaitu produk kecantikan dan pakaian senaman.
“Hidup mesti diteruskan. Saya harap penjelasan ini dapat meleraikan segala spekulasi mengenai status kami.”
Sumber/Foto : Harian Metro, Berita Harian, A Aida Awang
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.