Ketika ibu lain bergembira dengan cahaya mata mereka, Noreidatun Alias (Eida), 30 tahun terpaksa menerima hakikat berperang dengan emosi sukar mencari dana rawatan anak bongsunya, Puteri Nur Jannah, 1 tahun 8 bulan yang ketika ini disahkan jantung berlubang.
Puteri yang dilahirkan beberapa bulan selepas kematian bapanya akibat sesak nafas secara tiba-tiba bermasalah dengan dua lubang pada jantungnya. Terkini lubang pada jantung puteri bersaiz ASD1mm dan lubang dua bersaiz VSD 4.8mm.
“Dia perlukan pembedahan tapi kena tunggu sampai berat badan yang sesuai
.” Kerana ketika ini berat badan Puteri tak membolehkan pembedahan diteruskan ke atasnya.“Bagi menyempurnakan pembedahan jantung, Puteri memerlukan dalam anggaran RM45000 hingga RM80000.” Jumlah ini bergantung dengan keadaan jantungnya ketika itu.
Dengan pekerjaannya sebagai jurulatih PLKN secara kontrak, gajinya cuma RM1300 sebulan. Setiap bulan juga dia perlu membiayai kos rawatan bulanan dan menyara perbelanjaan dua orang anak lelakinya, Muhammad Khairul Aqashah dan Muhammad Zakwan. Sudah tentu jumlah gaji sebegitu tetap memberi beban kewangan kepada ibu tunggal ini.
“Masalah jantung juga memerlukan Puteri perlu mengambil susu Nutren Junior. Harga 1 tin mencecah RM69.90 dan sebulan Puteri akan gunakan sampai 8 tin
.”“Pening kepala saya fikirkan. Nak tak nak, saya terpaksa fikir juga. Tak tahu mana nak kumpul dana untuk pembedahan Puteri, mana nak fikir beli susunya, mana nak penuhi keperluan dua orang anak lelaki yang masih kecil.
“Allah.. Sekarang pun setiap tiga bulan sekali Puteri buat pemeriksaan di Hospital Sultan Abdul Halim dan enam bulan sekali di Hospital Pulau Pinang. Ubat-ubatan jantung tu jangan ceritalah..dah jadi makanan dia.”
Kebimbangannya makin ketara memandangkan tahun hadapan kontrak kerjanya akan tamat. Bermakna hilanglah sumber pendapatan utamanya nanti.
Eida juga tiada rumah sendiri. Ketika ini, dia menumpang teduh di rumah ibu bapanya di Taman Bandar Baru, Sungai Petani, Kedah. Tapi ibu bapanya juga bukan orang yang senang. Mereka juga ada masalah tersendiri yang pastinya membuatkan ibu muda ini terpaksa menebalkan muka menghubungi editorial Mingguan Wanita agar kisahnya didengar rakyat Malaysia.
Diharapkan rakyat Malaysia yang prihatin sudi membantu Eida menyara kelangsungan hidupnya. Kerana di dalam rezeki kita, ada juga rezeki orang lain.
Jika mahu menyalurkan bantuan kewangan, boleh salurkan ke:
Akaun: CIMB Bank
Atas Nama: Noreidatun binti Alias.
No akaun : 7023127277