Ibu tolak stroller anak autisme jam 3 pagi dibedah, buang darah beku di kepala. Baru ini tular seorang ibu menolak stroller anaknya mencari roti vanilla di keheningan pagi. Tidak menghiraukan bahaya yang mungkin menanti jam tiga pagi itu, naluri keibuannya mengenetepikan perasaan takut demi memastikan anak tidak kelaparan.
Selepas kisahnya tular di media massa selepas dibantu seorang pemandu grab, sekali lagi ibu ini diuji dengan kemalangan langgar lari dua hari lalu di mana mereka suami isteri koma sementara anak autisme mereka pula mengalami kecederaan ringan.

Ibu Tolak Stroller Anak Autisme Jam 3 Pagi Dibedah

Semalam Mingguan Wanita ada berkongsikan kisah suami isteri ini yang dilanggar pada jam 2 pagi di MRT Kampung Selamat, Sungai Buloh di mana adik kepada wanita berkenaan, Syarifah Zariena Syed Mansor berkongsi keadaan kakak dan abang iparnya yang koma serta meminta bantuan andai ada saksi yang menyaksikan kemalangan tersebut.
Ibu Tolak Stroller Anak Autisme Jam 3 Pagi Dibedah, Buang Darah Beku Di Kepala
Pasangan suami isteri ini menjadi mangsa langgar lari jam 2 pagi di MRT Kg Selamat, Sungai Buloh

Buang Darah Beku Di Kepala

Berkongsi situasi terkini kakak dan abang iparnya, Syarifah Zariena memaklumkan, kakaknya sudah sedar dari koma namun perlu menjalani pembedahan pada otak berikutan ada darah beku bertakung di kolam air otaknya.
Jelasnya, situasi kakaknya agak kurang baik berbanding semalam namun kakaknya sudah ditolak memasuki bilik pembedahan bagi membuang darah beku di bahagian otaknya.
“Insya Allah, pembedahan juga akan dilakukan pada kaki sebelah yang patah,” katanya memaklumkan situasi terkini kakaknya.
Dalam pada itu, dirinya turut memaklumkan bahawa abang iparnya masih koma selepas terlibat kemalangan langgar lari itu.
“Abang ipar pulak, kesedarannya hanya 9% dari kita yang normal ni 15%. Kalau makin turun, mungkin akan di tidurkan. Buat masa ini masih koma dan belum sedarkan dirinya,” katanya menjelaskan anak pasangan ini berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami kecederaan.
Ibu Tolak Stroller Anak Autisme Jam 3 Pagi Dibedah, Buang Darah Beku Di Kepala“Jazakumullahu Khair sudi mendoakan kakak dan abang ipar saya. Semoga Allah membalas dengan banyak kebaikan.Mohon maaf saya belum berkesempatan membalas segala inbox dan whatsapp,” katanya berkongsi situasi terkini kakak dan abang iparnya.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

Ads
Ads
Ads
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI