Ibu tolak anak autisme beli roti jam 3 pagi kini koma, suami isteri mangsa langgar lari.Baru ini viral di media sosial seorang penghantar makanan, @nxjmxe yang berkongsi terserempak dengan seorang ibu berjalan sambil menolak anak autisme yang duduk di dalam kereta sorong bayi pada jam 3 pagi.

Dalam keheningan pagi, Muhammad Najmi dia terserempak dengan ibu ini ketika menghantar pesanan pelanggan dari Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh ke Tasik Biru Kundang, Rawang pada 21 Januari lalu.

Ibu Tolak Anak Autisme Beli Roti Jam 3 Pagi Kini Koma

Katanya wanita itu tinggal  di Kampung Setia dan keluar ke kedai  mencari roti buat anak tapi malangnya roti yang dicari tiada. Dirinya memaklumkan yang anaknya hanya makan roti vanilla dan stok roti di rumah sudah habis.

@nxjmxe Kol 3 pagi tolak anak autism cari roti. Dah sampai kedai, roti yang anaknye nak takde. Gua ape agi start motor wat pacak gi cari roti kat 7e. Sian akak ni. Semoga dipermudahkan segala urusan akak 🤲🏻 #rider #grab #shopee #grabrider #shopeerider #fypage ♬ original sound – nxjmxe. – 🇲🇾🇾🇪nxjmxe.🇸🇾🇵🇸

 Melihat situasi itu, dia menawarkan diri membelikan roti di sebuah kedai serbaneka berhampiran. Selepas beli roti, saya berikan kepada wanita itu dan kami sempat bersembang sebelum saya meneruskan perjalanan manakala dia pulang ke rumah dengan anaknya.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Pemuda bantu pengantin baharu kemalangan, meninggal dunia akibat cedera parah

Ads

“Ini Bukti Kemalangan”, Pemilik Dashcam Kongsi Rakaman Penunggang Motosikal Maut Dilanggar Penyanyi Rock

2 Beranak Dikebumi Satu Liang Lahat, Isteri & Anak Perempuan Parah Kemalangan Perodua Kancil

Suami Isteri Mangsa Langgar Lari

Semalam berlaku satu peristiwa menyedihkan di mana adik kepada wanita ini memaklumkan yang kakaknya terlibat kemalangan jalan raya bersama suami dan anak OKUnya itu.

Ads

Sangat menyedihkan pasangan suami isteri itu kini koma selepas terlibat kemalangan langgar lari  sementara anak OKU mereka dalam keadaan stabil.

“Assalamualaikum mohon sahabat smua share post sy ini. Sesiapa ada ternampk kejadian ini pls DM kami Nur Huwaidah Khalijah Syed Zaki Yamani Sharifah Zariena Syed Mansor Syed Nassier Mansor. Kami mencari saksi kes langgar lari kakak, abg ipar serta anak buah kami di jalan Kampung Selamat malam tadi. Terima kasih hanya Allah mampu membalas jasa anda.

Dalam menjawab komen dari pembaca, Syarifah Maziatul Syed Mansor memaklumkan abang iparnya belum sedarkan diri lagi kerana ada pendarahan dalam otak sementara situasi terkini kakaknya yang juga tidak sedarkan diri tidak dinyatakan.

Ads

Ibu Tolak Anak Autisme Beli Roti Jam 3 Pagi Kini Koma, Suami Isteri Mangsa Langgar Lari

Ibu Tolak Anak Autisme Beli Roti Jam 3 Pagi Kini Koma, Suami Isteri Mangsa Langgar Lari

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI