Ibu Tinggal Sekejap Susukan Baby, Tengok-tengok Ayam Dah Siap Dicuci Anak Lelaki

Ibu ini, Zura Betty berkongsi cara didikan anak lelaki nya. Sejak dari kecil lagi sudah didedahkan dengan bantu mak ayah buat kerja rumah. Tak perlu tunggu di suruh baru nak buat. Nampak ayam belum dibasuh dekat sinki, anak lelakinya diam-diam cuci bersih, sampai siap.

Sejuk perut ibu melahirkan. Katanya, bukan semata mahu puji anak sendiri. Cuma ibu ini percaya, kerja rumah perlu juga dikongsi dengan anak-anak. Lagi-lagi bila mak ayah tiada pembantu.

Dan lagi penting, anak lelaki inilah kelak bakal bergelar suami. Maka, inilah latihannya untuk menjadi suami yang punya hati dan empati.

Pesanan Untuk Anak Lelaki..

Malam tadi mama naik atas awal. Tapi pesan kat boys! Malam ni no TV. Sebelum pukul 10 mama tahu semua dah kat bilik sendiri.

Bangun pagi ni turun bawah tengok Lantai bervacum siap bermop, pinggan mangkuk semua clear tersusun rapi.

Meja makan berkilat. Kerusi tersusun elok. Mainan adik semua kemas.

Bangun dengan kesyukuran. Posting ni bukan bertujuan puji anak sendiri. Tapi dari pemerhatian sepanjang cuti berbulan-bulan mereka di rumah.

Kami pun decide tak panggil part time helper untuk sementara waktu. Maka kerja rumah kena lah sama-sama membantu.

IKLAN

Yes! Anak-anak sangat-sangat memberi kerjasama. Sangat-sangat membantu.

Sebaik baligh latih anak lelaki solat berjemaah, kahwin nanti taklah gugup jadi imam.

Diam-diam Anak Bujang Cuci Ayam, Udang Sampai Siap

Teringat beberapa kisah, letak ayam di singki. Naik atas sekejap susu kan baby. Turun tengok ayam dah siap di cuci oleh anak bujang.

Letak udang yang baru bawa pulang dari pasar. Turun dah siap dalam tapis tinggal untuk di masak.

Membentuk anak lelaki tidak mudah. Kerana hasil didikan hari ni penentu siapa mereka esok hari. Jangan jadikan anak lelaki mu raja tidak berhati.

IKLAN

Semua mahu disiapkan terhidang di depan mata. Ajar mereka apa itu erti simpati dan empati.

Didik mereka erti mudahkan orang bukan semata mahu mudahkan diri sendiri.

Ajar mereka erti melindungi, didik mereka erti berkongsi.

Ibu Tinggal Sekejap Susukan Baby, Tengok-tengok Ayam Dah Siap Dicuci Anak Lelaki

Ini Cara Nak Pastikan Anak Perempuan Ada Suami Penyejuk Hati..

Saya selalu bilang pada suami. Kita didik anak perempuan disanjung tinggi. Doakan dia pabila besar nanti. Punya suami yang reti menghargai.

IKLAN

Untuk pastikan anak perempuan kita punya suami penyejuk hati. Kita yang perlu didik anak lelaki kita hidup punya hati.

Semoga Allah jadikan keturunan kita penyejuk hati.

Jauhi dari perangai-perangai hantu tidak punya simpati.

‘petua curi senduk rumah ramai anak lelaki’ Tetap usaha walau dikurnia 7 puteri.

MW : Begitulah mak ayah, jangan kata anak lelaki tak boleh masuk dapur. Mereka ini andai didik dari kecil lagi, bila dewasa membesar jadi lelaki yang punya tanggungjawab terhadap orang rumahnya.

Sumber/Foto : Zura Betty

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI