Minggu ini waktu persekolahan bagi murid-murid kumpulan B di sekolah Cikgu Hussayn. Biarpun sudah ada ketetapan sebegitu, ada juga ibu ayah yang tersilap hantar anak-anak kumpulan A ke sekolah.
Sistem pembelajaran bersemuka di musim pandemik Covid-19 ini, murid-murid dalam satu kelas di bahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan A dan kumpulan B. Setiap kumpulan ada jadual pembelajaran bersemuka ikut tarikh yang pihak sekolah berikan.
Seminggu kumpulan A bersekolah, seminggu itu kumpulan B akan belajar secara PdPR. Namun, ada juga ibu bapa yang terlepas pandang. Malah, ada juga tersalah faham kerana pada ketika itu tahap dua belum perlu ke sekolah. Sehingga terjadilah kisah yang dikongsikan Cikgu Hussayn ini.
Tunggu Mama Datang Ambil Sebab Saya Kumpulan A
“Kakak, kenapa berdiri di sini. Tunggu siapa?” tanya saya apabila melihat seorang murid perempuan termanggu di hadapan lobi utama sekolah.
“Saya tunggu Mama datang ambil sebab saya kumpulan A.” balas murid ini dengan sopan apabila ditanya Cikgu Papa.
“Alahai kesiannya awak, kenapa rajin sangat ni.” Respon saya bergurau dan kelihatan matanya mengecil di sebalik pelitup muka yang dipakai tanda dia tersenyum.
Salah Faham Tengok Jadual Pembelajaran Bersemuka
Melalui perbualan, anak ini menceritakan yang dia tidak hadir pada minggu sebelum cuti Deepavali kerana tahap dua belum perlu hadir. Maka minggu ini dia menyangka kumpulannya perlu hadir dahulu. Terdapat salah faham penggiliran kumpulan di situ.
Banyak juga perkara yang kami bualkan sementara menunggu ibunya datang ambil. Sempat juga saya bergegas lari ke Bilik Kaunseling untuk ambil roti gardenia dan air kotak apabila dia mengatakan belum sarapan pagi.
Ads
Memandangkan jadual temu janji bagi sesi konsultasi waris ialah pada pukul 9.30 pagi, saya ambil keputusan untuk menemani anak ini sahaja. Tidak lain tidak bukan ialah bagi memastikan dirinya sentiasa rasa selamat, tenang dan selesa apabila berada di sekolah.
Mohon Ibu Ayah Agar Cakna
Sambil mengunyah roti gardenia perisa coklat di hentian menunggu, matanya tidak lepas dari memandang arah pondok pengawal. Keadaan lanskap sekolah yang berbukit membuatkan kehadiran sesiapa sahaja lebih mudah diperhatikan.
Tidak sangka pula anak ini ramah tamah dengan saya. Anak yang kuat dari segi emosinya dan matang dari segi pertuturannya. Banyak perkara saya dapat belajar melalui perbualan kami hari ini. Apabila ibunya sampai saya mohon diri dan dia melambai dari jauh tanda berterima kasih.
InsyaAllah sebagai guru saya akan cuba bantu mana terdaya. Mohon juga jasa baik ibu ayah agar cakna tentang jadual pembelajaran anak-anak terutama di masa norma baharu ini. Pastikan kumpulan A atau B yang perlu hadir ke sekolah supaya kejadian ini tidak berulang. Kamsahamnida.
#cikguhussayn
#cikgupapa
Ads
Mingguan Wanita :Tak dinafikan kadangkala kekalutan kerja boleh membuatkan ibu tersilap info, untuk lebih memudahkan. Boleh saja tanda jadual persekolahan bersemuka anak-anak di kalendar. Atau lebih baik, jika anak sudah berada d tahap 2 minta anak hafal dan ingat akan tarikh mereka perlu ke sekolah.
“Kami kahwin suka sama suka, tak ada masalah apa pun. Tapi, mak mentua saya tu macam sengaja cari pasal. Dari awal kahwin, ada saja yang tak kena. Sekarang ni tiba-tiba dia suruh suami ceraikan saya. Tak tau sebab tapi tiap-tiap hari dia telefon suami dan tanyakan bila nak ceraikan saya. Saya dan suami pun dah tak mesra sekarang ni…”
Realitinya, memang ramai wanita yang ‘bermadu ibu mentuanya’ sendiri. Apakah tiada jalan penyelesaian selain bercerai? Mustahil! Janji Allah pasti, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.
Kena Mengalah?
Bukan mudah nak ubah sikap ibu tambah tatkala si ibu tidak lagi bersuami. Jika si ibu masih bersuami dalam erti kata masih ada ayah, si anak dan menantu boleh harapkan bantuan si ayah tegur sikap si ibu. Malangnya, ramai ibu yang masih bersuami tetapi si suami atau ayah tak berani bersuara atau enggan campur tangan dan paling tragis, bila si suami sama ada suami mangsa atau suami kepada si ibu atau bapa mertua mangsa dengan mudah melafazkan: “Tu kan Mak, ikut aje lah, nanti berdosa pula.”
Ya! Seorang anak wajib taat pada ibu kerana redha Allah kepada seorang anak bergantung kepada redha ibu kepada anaknya TETAPI kalau arahan atau larangan ibu menyalahi syariat termasuk meruntuhkan sebuah ikatan perkahwinan tanpa alasan yang munasabah, arahan itu tak perlu dipatuhi dan keengganan itu tidak menjadikan anda anak yang derhaka.
Apa Yang Suami Patut Buat
Perkara paling penting yang perlu dilakukan oleh pasangan yang berdepan masalah dengan ibu dan mertua sebegini ialah anda dan pasangan perlu faham peranan anda, peranan pasangan dan peranan ibu atau mentua anda juga. Seorang anak lelaki mempunyai tanggungjawab yang lebih besar kepada isteri dan anak-anak berbanding seorang ibu tatkala si ibu bukanlah insan melarat.
Anak perempuan wajib taat pada suami berbanding ibu sendiri tatkala arahan suami tak bertentangan dengan syariat. Tapi, anda perlu lebih kenal sikap sebenar ibu sendiri, ibu mentua yang membuat kekecohan dalam rumah tangga anak dan menantunya adalah ibu mentua yang cemburu dengan kebahagiaan si anak dan menantu kerana dirinya tidak beruntung seperti mereka. Tak percaya? Memang ada ibu yang cemburu pada anak atau menantu sendiri. Dunia akhir zaman, macam-macam boleh terjadi.
Sabar itu memang nak kena lebih. Mana yang boleh diikut lenggoknya, ikutlah sedaya upaya. Mana yang tak boleh, berterus teranglah dengan penuh sopan, jangan sampai menganiayai hak pasanganpula. Kalau masih tak berkesan, boleh gunakan tindakan undang-undang.
Ibu mentua yang halang anak dan menantunya hidup bahagia dalam perkahwinan dikira sebagai orang ketiga yang mengganggu rumah tangga orang lain dan boleh dikenakan tindakan mengikut peruntukan Akta Kesalahan Jenayah Syariah. Terdapat tika peruntukan yang boleh digunakan, disesuaikan dengan kes anda.
Tiga peruntukan tersebut dengan tiga jenayah berbeza:
– Pertama ialah kesalahan memujuk lari perempuan bersuami atau membawanya keluar meninggalkan kediaman yang ditentukan oleh suaminya.
– Kedua ialah kesalahan menghalang pasangan yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri dalam apa cara sekali pun.
– Ketiga ialah kesalahan menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan. Bagi kesalahan-kesalahan ini, apabila disabitkan boleh didenda antara RM2000 dan tidak melebihi RM5000 atau dipenjarakan selama tempoh antara satu tahun dan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Bukan suruh anda kenakan tindakan kepada mentua sendiri tapi memadai perkongsian ini untuk anda tahu.
Moga suami dapat berfikir dan bertindak dengan matang dan rumah tangga anda kembali bahagia.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ayda Jebat dan suami bakal timang bayi perempuan. Pasangan popular yang juga pelakon dan penyanyi Ayda Jebat dan suaminya Nabil Mahir telah berkongsi khabar gembira kepada umum jantina bayi yang bakal ditimang pada akhir bulan depan.
Ayda Jebat & Suami Bakal Timang Bayi Perempuan
Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 ini mengesahkan sendiri perkhabaran tersebut menerusi perkongsian di sebuah video menerusi saluran YouTube Wuvv.
“It’s a girl!”” begitulah cerianya pasangan ini tatkala mengumumkan jantina bayi sulung mereka.
Malah Ayda juga berkongsi hasratnya untuk menjalani proses bersalin menerusi pembedahan Caesarean.
“Sebenarnya, sebelum berkahwin pun saya dah beritahu Nabil, kalau ada rezeki untuk menimang cahaya mata, saya nak bersalin menerusi pembedahan.
“Nabil okay saja. Saya pun tak ada sebarang alasan atau apa, tapi saya sendiri yang memilih untuk bersalin menerusi pembedahan.
Paling Penting Bayi & Ibu Sihat
“Doktor pun ada tanya, dan saya tetap beri jawapan saya. Tak ada alasan. Yang penting, bayi sihat, saya pun sihat,” ujar Ayda seperti mana dipetik menerusi Harian Metro.
Pada awalnya, Ayda dijangka akan bersalin pada 8 Oktober, namun kerana dia memilih untuk menjalani pembedahan, dia akan bersalin dua minggu lebih awal daripada tarikh jangkaan.
“Semoga segala galanya dipermudahkan. Mohon semua mendoakan yang baik-baik,” jelasnya.
Sumber : Harian Metro
Sumber Foto : Instagram Ayda Jebat
APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Soal rezeki, perlu yakin dan serahkan kepada Allah. Kerja biasa, tidak berjawatan besar bukanlah penentu hidup susah. Paling penting kita tidak berputus asa berusaha mencari rezeki. Yakin sahaja dengan Allah kerana dia Pemberi Rezeki.
Tidak salah kerja biasa-biasa, asalkan sentiasa ada niat untuk mencari rezeki yang halal. Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan fahami sebaiknya.
“Kau nak bagi anak aku makan apa nanti… Kau sendiri pun cukup-cukup makan”
“Nurul, baik kau cari orang lain yang kerja elok skit dari budak ini, nanti senang dan mewah hidup kau… Susah hidup kau kalau kau nak juga pilih dia ni…”
Sebenarnya Rezeki Siapa Yang Bagi
Sekarang ini sebenarnya, rezeki ini siapa yang bagi? Allah SWT ke, manusia? Kalau kita nampak rezeki ini daripada manusia, maka kita sudah syirik kepada Allah SWT…
Sakit daripada Allah, sihat daripada Allah, miskin daripada Allah. Kaya daripada Allah, susah pun daripada Allah. Senang daripada Allah, derita daripada Allah dan bahagia juga daripada Allah…
Kalau Allah nak bagi sakit, sakit… Kalau Allah nak bagi sihat, sihat… Kalau Allah nak bagi miskin, miskin… Kalau Allah nak bagi kaya, kaya…
Kalau kita letak perkara ini daripada manusia, maka kita sudah pun syirik tanpa sedar…
Kita tak yakin dengan Allah SWT… Bagi kita, jika kerjaya itu biasa-biasa, tak sehebat orang lain, maka hidup nanti akan susah… Hidup nanti akan merana… Sebab kita letak rezeki dia pada jawatan dan pendapatan dia…
Kerja apa pun, kelayakan apa pun, jawatan apa pun, selagi kita berusaha di jalan yang benar, maka selagi itu akan diberikan rezeki ke dalam kehidupan kita… Dan usaha itu pula, kalau boleh, jangan sampai lupa dan jauh dengan Pemberi Rezeki…
Jemput rezeki dengan doa, jemput rezeki dengan solat, jemput rezeki dengan amalan kebaikan…
Selagi Berusaha, Pasti Ada Rezeki
Baik kau despatch, operator kilang, driver lori, buruh kasar, rider makanan, penjual pasar malam, semua akan dapat nikmat dan rezeki dari Allah SWT. Selagi mana dia tidak putus asa berusaha…
Ingat, semua datang dari Allah SWT, bukan manusia…
MW: Jangan sandarkan rezeki pada pangkat dan harta, sebaliknya mak,ayah harus bergantung pada Allah SWT. Paling penting berusaha untuk cari rezeki atas kaki sendiri.