Ibu terpaksa jual barang kemas Eda Ezrin. Hati ibu mana yang tidak girang akhirnya anak yang disayangi dibuktikan tidak bersalah. Begitulah perasaan Zahara Mamat, 47 ibu kepada penyanyi dikir barat Kelantan Eda Ezrin.
Seperti yang dilaporkan Terdahulu, Eda Ezrin dan suami serta empat yang lain dibebaskan oleh Mahkamah Wilayah Narathiwat, daripada pertuduhan memiliki 6,059 biji pil yaba pada 1 November lalu.
Keputusan itu dibuat oleh dua panel hakim terhadap Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, dan suaminya Mohd Affendi Ahmad, 35, serta rakan Mohamad Alif Deraman, 33, Nur Aida Mamat, 33, Erdeka Mohd Noor, 33, dan Zuhaira Nasrin, 26, selepas meneliti kesemua keterangan saksi pendakwaan semasa prosiding perbicaraan berlangsung.
Pada masa yang sama, Zahara turut memberitahu berita inilah yang ditunggu-tunggu selama empat bulan dan akhirnya Allah tunjukkan kebenaran.
“Hari ini berkat Ramadan, doa saya akhirnya dimakbulkan.
“Dan saya sebagai ibu begitu gembira dengan keputusan ini,” kongsi Zahara seperti mana dipetik menerusi Harian Metro.
Zahara juga memberitahu dirinya juga perlu membayar kos peguam sebanyak 2 juta baht (RM264,000) untuk empat orang dan setiap orang perlu membayar RM65,000. Katanya bagi memenuhi permintaan tersebut sudah tentu dirinya tidak memiliki wang sebanyak itu.
“Jadi saya terpaksa menjual barang kemas milik Eda dan hasilnya diperoleh sebanyak RM26,000. Baki selebihnya saya terpaksa meminta bantuan keluarga mentua Eda untuk menambah jumlah berkenaan,” sambung Zahara.
Zahara juga memaklumkan sejak penangkapan anaknya, Zahara mengambil keputusan untuk berpindah ke Tak Bai, Thailand, bagi memberi tumpuan penuh kes anaknya itu.
Wanita yang berasal dari Thailand itu, sebelum ini tinggal di Kelantan dek kerana suaminya merupakan orang Kelantan.
“Saya sudah membuat keputusan untuk kekal berniaga dan tinggal di sini. Keputusan sudah membuktikan anak saya tidak bersalah dan Eda seorang anak yang baik,” luahnya.
Sumber Berita : Harian Metro
Baca Disini : Hasil Karya Banduan Penjara Diketengahkan, Bkay Nair Mahu Bawa Sari Batik Ke UNESCO.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.