Ibu termuda di dunia, inilah yang boleh diberikan pada seorang kanak-kanak. Dia melahirkan anak pada usia 5 tahun. Bayangkan dengan usia begini sudah menjadi seorang ibu.
Inilah kisah yang pernah dikatakan viral suatu ketika dulu. Pelbagai spekulasi diberikan pada ibu termuda dunia ini. Namun, sehingga sekarang, masih belum terbongkar siapakah bapa pada anaknya itu.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Tak Siap Kerja Sekolah, Ibu Denda Jemur Panas Anak Perempuan 5 Tahun Atas Bumbung
Wanita Simpan KUKU Panjang 12 Inci, 30 Tahun Tak Pernah Potong!
Info Lebih Menarik DI SINI
Kisah Lina Medina, ibu termuda di dunia yang melahirkan anak pada usia 5 tahun.
Lina Medina telah disahkan sebagai ibu termuda di dunia dengan melahirkan anak pada usia lima tahun tujuh bulan. Pada umur 5 tahun 6 bulan, ibu Lina mendapati perut anaknya membesar dalam keadaan pelik.
Di sangkakan pada awalnya ketumbuhan kemudian setelah dibawa kepada doktor yang merawat Medina Dr Gerardo, Lina di sahkan mengandung selama 7 bulan.
Setelah berita ini tersebar, pada awalnya pihak polis telah menangkap ayah Lina sebagai suspek utama. Selepas beberapa minggu siasatan, polis membebaskan ayahnya kerana tiada bukti yang kukuh.
Suspek kedua pula iaitu sepupu Lina yang dikatakan mengalami gangguan mental dan cenderung melakukan perbuatan di luar batasan kepada Lina. Namun sama seperti ayahnya, sepupu Lina dilepaskan kerana tiada bukti yang kukuh.
Pihak berkuasa cuba mencari jawapan daripada Lina sendiri sama ada dia tahu siapa ayah kepada anak di dalam kandungan.
Siasatan agak sukar dijalankan kerana keadaan Lina yang ‘blur’ dan konfius atas apa yang berlaku, menyebabkan tiada jawapan yang pasti. Akhirnya polis menggugurkan kes ini dan dibiarkan tergantung sehingga ke hari ini.
Lina bersalin pada 14 Mei 1939 dengan bayi seberat 2.7 kg melalui kaedah ceaserian section. Anak Lina dinamakan sebagai Gerardo, sama seperti nama doktor yang menyambut kelahiran tersebut.
Gerardo dibesarkan oleh ibu Lina dengan kehidupan yang baik. Susulan peristiwa ini terdapat ramai wartawan yang ingin menemu ramah keluarga dari Peru ini, namun privasi Lina dilindung sebaiknya oleh keluarga.
Apa yang menarik lagi Gerardo dibesarkan dengan menganggap Lina sebagai kakak nya, sehinggalah pada usia 10 tahun, Gerardo diberitahu yang Lina itu adalah ibu kandungnya.
Mereka berdua membesar dengan sihat, sehingga pada tahun 1979 di usia 40 Gerardo telah meninggal dunia akibat penyakit tulang. Lina pula meneruskan kehidupannya dan gambar terakhir yang didapati dari sumber Google adalah pada tahun 2018 ketika berusia 80 tahun.
Doktor mengesahkan Lina mengalami syndrom precoccious puberty, yang mana tempoh akil baligh Lina lebih awal dari usianya. Kebiasaan anak perempuan akan mengalami akil baligh paling awal pun pada usia 9 tahun, namun bagi kes Lina usia akil baligh nya mungkin berlaku sekitar 3 ke 5 tahun.
Anak-anak gadis kita pada usia lima tahun baru nak kenal dunia kan. Salute buat penjaga Lina yang mampu menjaga Lina dan anaknya dengan baik sekali.
Tak mudah nak menghadapi kata-kata orang, tambah pula dengan rasa geram bila lelaki yang bertanggungjawab terhadap bayi dalam kandungan Lina tidak dapat dikenalpasti sehingga ke hari ini.
Bayangkan kalau anda melihat situasi begini di depan mata apa agaknya yang akan berlaku?
Mingguan Wanita : Tak dapat bayangkan, keadaan diri dia dengan membawa perut pada usi 5 tahun dan maknya yang berdepan dengan situasi sebegini.
Sumber: Saidatul Husna
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita