Ibu lumpuh diusung ke bank semata untuk tukar kad tamat tempoh. Hidup ini sebenarnya mudah kalau semua orang mampu bertimbang rasa dan bertolak ansur. Kita hanya memerlukan hati yang ikhlas sahaja untuk berbuat baik sesama manusia.
Tapi banyak orang berkira-kira pada suatu pekerjaan dan tidak mahu memudahkan kehidupan orang lain. Alasan mereka, kuasa di tangan mereka dan mereka berhak membuat sesuatu.
Satu perkongsian dari seorang anak Nurhatini Mahamud @hatinimahamud di Tik Tok di mana dirinya terpaksa memanggil ambulan ke rumah dengan kos yang bukan sedikit dan membawa ibunya yang lumpuh untuk menukar kad bank yang sudah tamat tempoh cukup menyebakkan.
Dirinya terpaksa mengusung ibunya yang lumpuh dan dibawa masuk ke dalam bank kerana kad lamanya sudah tamat tempoh dan tidak boleh digunakan lagi dan perlu ditukar baru.
Lebih menyedihkan, tidak setakat mengusung ibunya yang lumpuh tapi urusan penukaran kad tidak dibuat di hadapan bank sebalik ibunya perlu dibawa masuk ke dalam bangunan untuk urusan tersebut.
Hal ini mendatangkan kecaman ramai layanan buruk pihak bank terhadap individu sakit dan ramai yang menyifatkan tindakan ini di luar perikemanusiaan manusia. Jika sihat tiada masalah tetapi ini melibatkan individu sakit.
Menurut Hartini dalam hantaran terkininya selepas kes ini viral, pihak Public Bank sudah menyekat akaun maknya di mana pengeluaran tidak boleh dilakukan (walau kad baru sudah dibuat) tanpa sebarang alasan dan meminta dirinya bertemu pengurus cawangan bank berkenaan di Gurun, Kedah.
Jelasnya, ia satu keadaan sukar diterima memandangkan dari kad bank itulah, maknya menerima duit pencen dan dengan duit itulah digunakan untuk membeli lampin pakai buang dan keperluan lain memandangkan ibunya lumpuh sepenuhnya (bed ridden).
“Pencen arwah abah tak banyak, cuma boleh membantu untuk beli keperluan mak. Bila jadi macam ini agak terkilan kerana kami dari keluarga B40, bukan dari golongan berharta. Jadi kami memang betul-betul mengharapkan duit bulanan itu masuk untuk beli keperluan mak tapi pihak bank dah sekat pula.
“Jadi kami terputus wang nak membeli barang keperluan mak selepas kad disekat. Ya Allah, terkilannya rasa macam ini,” luahnya sambil menambah, macam ini ke golongan tak berharta dilayan oleh pihak mereka,” soalnya.
Ads
Jelasnya lagi, hendak menyewa ambulan pun bukan murah.
“Semua itu perlukan duit. Alhamdulillah, St John ambulan Gurun memang terbaik dan sangat memahami. Servis diberi kepada mak memang terbaik sangat-sangat, luahnya yang sangat terkilan dengan hal yang berlaku.
Mungkin, inilah adat dunia. Orang kaya disanjung-sanjung dan orang miskin diinjak-injak dan ramai memuja golongan berduit kerana memikirkan glamornya.
Semoga Allah jauhkan hati kita bersifat sombong sesama manusia kerana sombong itu sifat iblis yang enggan tunduk menyujud Nabi Adam.
Satu nasihat, kita dijadikan dari tanah, semua orang sama rata saja dan bezanya rezeki kita berbeza-beza. Lebih mudah kita memudahkan kehidupan orang lain, Allah akan mudahkan kehidupan kita, ahli keluarga kita bahkan cucu cicit kita.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Keadaan Covid-19 yang semakin teruk membuatkan semua orang terkesan apabila pergerakan terbatas. Bersyukurlah bagi mak,ayah yang masih bekerja seperti biasa dan terima gaji bulan-bulan.
Namun kasihanlah kepada golongan yang terjejas yang selama ini bergantung dengan gaji harian. Ternyata bukan mudah melalui saat ini. Ada beberapa NGO dan badan berwajib menghulurkan bantuan kepada golongan sebegini.
Sebenarnya kalau orang yang betul susah, dapat sekecil bantuan pun sudah bersyukur sangat. Maklumlah keadaan memang betul-betul susah, ini bezanya.
Orang yang betul-betul susah, dapat sekecil-kecil nilai atau bantuan atau pemberian pun dia sudah bersyukur sangat-sangat dah…
Ada orang datang bagi beras, alhamdulillah… Kemudian orang datang bagi ikan, ayam, alhamdulillah… Orang datang bagi lauk lebihan kenduri, alhamdulillah…
Orang datang bagi makanan lebihan berniaga, alhamdulillah… Kemudian orang datang hulur RM 50, alhamdulillah… Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi RM 300 setiap bulan, alhamdulillah…
Pihak Zakat bagi RM 300 setiap bulan, alhamdulillah…
Dia tak cakap dekat orang yang bagi bantuan itu, “Takkan beras saja kot… Bagilah sekali dengan rice cooker, water heater, frying pan, dapur…”
Dia tak akan cakap dekat organisasi yang bagi bantuan itu, “Mana cukup RM 300 sebulan… Nak makan apa dengan RM 300 ni… Up lah lagi… RM 500 ke, RM 1000 ke…”
Orang bagi, dia ambil… Bila orang bagi, dia terima dengan berlapang dada dan terbuka sebab ada juga orang nak bagi bantuan dekat dia, prihatin atas nasib dia dan nampak perit getir kehidupan dia…
Cukup Tak Cukup Belakang Kira
Bukannya dia kena pergi minta sedekah merata untuk orang tolong dia… Cukup tak cukup, itu belakang kira… Itu sudah jadi kerja dia, tugas dia, tanggungjawab dia untuk mencukupkan apa yang tak cukup…
Bukan kerja orang yang bagi bantuan… Orang yang bagi bantuan tak akan mampu mencukupkan nafsu kita, kemahuan kita, kehendak kita…
Ini bezanya orang susah yang betul-betul susah dengan orang susah yang tak boleh hidup susah atau baru nak rasa susah…
Jadinya, “kesusahan” kita itu di level mana?
MW: Orang yang betul-betul susah tidak akan memandang apa bantuan yang diberi, sebaliknya menerima segalanya dengan tangan terbuka. Rasa bersyukur tidak terhingga bila ada orang masih ambil berat dan ambil peduli tentang kesusahan mereka. Betul tak?
Mudahnya mak-mak nak buat telur rebus ikut cara yang wanita ini kongsikan.Tak perlu guna air yang banyak pun, sebaliknya hanya perlukan tisu basah dan periuk nasi.Hasilnya telur rebus tetap elok sempurna kejadiannya.
Bukan apa, jika rebus seperti biasa dalam periuk atas api dapur, kadang kala airnya melimpah ataupun telurnya pecah merekah sebab terlebih masak.Lebih parah, air kering sebab terlupa nak tutup api dapur. Ikut cara ini lebih mudah, periuk tak hitam, malah tak perlu tunggu sebab telur akan masak sendiri.
Berikut perkongsian oleh Su Ha sebagai rujukan mak-mak;
“Sejak pertama kali tengok orang post tentang masak telur guna periuk elektrik terus ummi su cuba.Pertama kali buat menjadi dan untuk hari-hari seterusnya memang tak pernah rebus telur guna air dah.Guna cara ni lebih mudah, periuk tak jadi hitam dan hasilnya dapat kuning telur yang wow!!”
Meh tengok langkah-langkahnya bagi sesiapa yang masih belum tahu:
Bahan-Bahan:
Tisu Dapur
Telur
Periuk Nasi
Telur
Cara Membuat:
1.Ambil 1 helai tisu dapur untuk dapatkan telur seperti di atas atau 2 helai tisu untuk telur rebus biasa.
2.Basahkan tisu tadi dengan air dan letak di dalam periuk.
3.Basuh telur sebersih-bersihnya dan letak di atas tisu basah tadi.
4.Tekan suis dan tunggu sehingga masak.
5.Tadaaa dah siap dan sedia untuk dimakan.
Siap, Selamat Mencuba!
Cukup senang kan! selepas ni kalau mak-mak nak buat telur rebus, ikut je cara macam ni.Lebih mudah, cepat dan menjimatkan masa di dapur.
Kredit: Su Ha
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tanah hak orang. Bila hidup berjiran, jangan fikir boleh ubahsuai rumah sesuka hati.Ada haknya dan bukan dengan sejengkal tanah di hadapn rumah itu milik kita.
Selalunya, ramai yang merasakan tanah yang ada di hadapan, hujung rumah atau belakang rumah kita milik kita sepenuhnya. Ini tidak ada yang sanggup buat ubahsuai rumah sampai ambil tanak hak orang lain.
Begitulah kalau hidup berjiran, ada hadnya dan jangan fikir tanah sekaki depan rumah pun milik kita. Jangan ambil tanah hak orang.
Nasihat yang boleh dijadikan panduan buat semua tentang jangan berlebihan tambah dan ubahsuai rumah seperti yang dikongsikan oleh Azizul Azli Ahmad.
1. Ada satu budaya kita tambah rumah sampai ambil tanah orang.
2. Walau tanah itu bukan milik orang, milik PBT untuk longkang dan jalan. Ia tetap satu kesalahan.
3. Di perumahan awam dan kos rendah hal ini sering berlaku. Lebih mengusarkan yang lakukan ini kebanyakkan yang beragama tauhid.
4. Di lorong perumahan ini, saya jalan pagi tadi ada 3 rumah yang tak buat penambahan. Istimewanya mereka bukan beragama tauhid tetapi agama budaya.
5. Jangan buat benda yang agama tidak redha, walaupun ramai orang buat di sekeliling kita. Apakah kita mahu kekal berjiran dineraka juga?
6. Bila kita tambah kediaman sampai tutup longkang, kerja selengara tidak boleh dilakukan. Bila banjir, kita mula salahkan PBT.
7. Bila PBT mula merobohkan kediaman, kita cakap PBT tidak manusiawi. Hakikatnya kita tidak mengamal agama samawi ini.
Kawan kawan,
Miskin macam mana hidup kita bukan alasan ambil hak orang lain.
Ada duit lebih bukan renovasi rumah. Tetapi belilah rumah yang kualiti kehidupan lebih baik.
Persekitaran yang baik bantu kehidupan kita dan anak anak lebih baik.
Kembalilah hidup beragama.
Mingguan Wanita : Kalau ada rezeki beli tanah dan buatlah rumah sendiri. Jalani hidp tenang dan tak perlu nak sakit hati, kalau ada jiran yang berperangai pentingkan diri sendiri.
Suka parking depan rumah jiran, tular video wanita gaduh. Akhirnya bertemu buku & ruas. Masalah jiran yang suka meletakkan kenderaan di hadapan rumah orang...