Besar pengorbanan seorang ibu. Dari mula mengandungkan sehingga 9 bulan kelahiran, ibu sentiasa ada di sisi seorang anak. Ketika mula belajar bercakap, ibu paling bahagia sekali. Di hantar anak itu ke sekolah sampai universiti.
Kalau pun tidak ke universiti tempatan, ibu didik anak sampai hadam di universiti kehidupan. Dan ibu tak pernah jauh. Sentiasa ada di sisi anak-anaknya. Cuma bila sampai satu saat, entah kesibukan apa entah, anak itu seakan terlupa.
Terlupa apa yang pernah ibu korbankan. Wahai anak, ingatlah pesan yang disampaikan oleh Puan NurulAa Mustofaini. Kerana luahan ini dekat sekali dengan kita yang masih punyai ibu.
Ketika Mingguan Wanita menghubungi, beliau mohon agar didoakan kesihatan ibunya. “Tolong doakan ibu saya sihat ya. Dia ada breast cancer.”
“Dah 4 tahun. Cuma baru-baru ini macam ada balik di tengkuk. Dulunya stage 2. Sekarang belum tahu lagi. Sebab masih dalam rawatan.”
Ibu Tak Pernah Tak Ada
Dari kita dalam perut, ibu tak pernah tak fikir pasal kita.
Bila kita lahir ke dunia, ibu paling sakit, paling lemah, tapi ibu orang yang paling gembira bila tengok muka kita.
Bila kita mula boleh makan, ibu paling teruja nak siapkan makanan pejal kita.
Ads
Bila kita mula belajar bercakap, ibu orang yang paling gembira dan mula rakam detik manis kita.
Bila kita mula belajar berjalan, ibu orang yang paling risau kalau kita jatuh.
Bila kita mula masuk tadika, ibu orang yang paling risau akan keadaan kita.
Bila kita masuk ke alam persekolahan, ibu tak pernah berhenti tanya keperluan belajar dan duit belanja kita.
Bila kita bakal menduduki peperiksaan, ibu adalah orang yang paling risau dan susah hati. Doa ibu tak pernah putus untuk kita.
Bila kita masuk ke universiti, ibu tak pernah tak ingatkan kita supaya belajar bersungguh-sungguh dan jaga diri di tempat orang.
Bila kita berjaya tamatkan pengajian, ibu adalah orang yang paling bangga dengan kejayaan kita.
Ads
Bila kita mula bekerja, ibu mula rasa lega, tapi ibu tak pernah lekang dengan nasihat kepada kita.
Bila kita berumahtangga, ibu tak pernah jemu menjadi telinga untuk kita bertukar fikiran dan memberi nasihat.
Walau Ibu Tak Ada, Doanya Tetap Kita Rasa, Dekat Dengan Kita
Di setiap hari-hari besar buat kita, ibu tak pernah tak ada. Dan walaupun kadang-kadang mungkin ibu tak ada, tapi kita tetap boleh rasa doa ibu sentiasa ada dengan kita.
Di saat semua orang berpaling dari kita, ibu tak pernah sedikit pun berinjak walau seinci. Ibu tetap teguh berdiri di belakang kita.
Di saat kita berada di keadaan yang paling tertekan, ibu tetap sahaja menghulur tangan untuk membantu kita.
Ads
Datanglah dugaan sebesar mana, nama ibu juga yang akan terlintas di fikiran kita untuk berkongsi rasa.
Jangan ada orang yang sakitkan kita, ibu tak akan pernah berdiam diri.
Ya, ibu tak pernah tak ada untuk kita.
Begitu juga ayah tercinta..
Kini, masa telah berlalu dengan pantas sekali. Tiba saat sepatutnya kami pula untuk tidak pernah tak ada ketika ibu mengharungi hari-hari besar buat ibu sehingga hari yang paling besar untuk kita semua tiba.
Namun hakikatnya kita sering sahaja tak ada di hari-hari besar buat ibu dan ayah atas alasan kerja dan tanggungjawab yang lain. Maafkan kami ibu, maafkan kami ayah.
Sungguhlah, kami tak akan mampu dapat membalas jasa baik ibu dan ayah walaupun kami serahkan diri kami untuk berbakti padamu seumur hidup kami.
Mohon doa sahabat-sahabat agar ibu saya diberi kesihatan yang baik dan dijauhi penyakit yang bahaya.
Menipu hampir 90 wanita dan berkahwin 27 kali demi membolot harta mangsa. Mudah sungguh nak hidup senang, dengan membolot harta orang lain, dengan cara menipu, menabur janji manis dan kata-kata cinta pada mangsa.
Seorang lelaki India telah ditangkap kerana didakwa mengahwini sekurang-kurangnya 27 wanita berada dalam tempoh 43 tahun dengan tujuan untuk membolot harta mangsa, lapor akhbar The Indian Express.
Ramesh Chandra Swain, 66, dari negeri Odisha, di timur India, dituduh menipu berpuluh-puluh wanita untuk mengahwini mereka dengan menyamar sebagai doktor yang berjaya atau pegawai kanan Kementerian Kesihatan India.
Bolot Wang & Aset
Ramesh yang hanya mempunyai pendidikan Kelas 10, menggunakan dokumen pengenalan diri palsu untuk meyakinkan mangsanya sebelum membolot sejumlah wang dan aset penting daripada mereka.
Menariknya, kebanyakan wanita yang dikahwininya sejak sedekad lalu adalah berpendidikan tinggi, malah terdiri daripada doktor dan akauntan hinggalah peguam Mahkamah Agung.
Lelaki itu berkahwin buat kali pertama pada 1982 dan mempunyai dua anak lelaki serta seorang anak perempuan hasil daripada perkahwinan tersebut.
Menipu Hampir 90 Wanita
Sejak itu, dia dipercayai telah menipu hampir 90 wanita lain, namun hanya sebilangan kecil daripada mereka bersetuju menjadi sebahagian daripada siasatan rasmi.
Ini kerana majoriti yang lain bimbang serta takut akan stigma yang bakal diterima daripada masyarakat.
Penipu yang menggunakan pelbagai nama dan kad identiti palsu itu menyasarkan wanita bujang, kesepian dan meyakinkan mereka untuk memindahkan sejumlah wang dan aset penting ke atas namanya sebelum meninggalkan mereka.
Mingguan Wanita: Macam-macam hal. Demi nak hidup senang, sanggup menipu dan bolot harta. Pesanan buat wanita jadikan kisah ini satu pengajaran. Jangan mudah menyerahkan rasa cinta dan mempercayai lelaki yang mudah mengikis harta, meminta itu dan ini.
Mak ayah yang sedang pasang impian atau survey nak bercuti ke Kashmir, India eloklah baca perkongsian Nurul Adila Rahized ( Adila Rahized ), 24 tahun ini. Trip kali ke tiga jejak Kashmir ini membolehkan beliau catatkan tip dan budaya jelajah Kashmir.
Tak lah nanti, percutian mak ayah jadi huru hara. Lagi-lagi kita semua maklum Kashmir ni memang cantik sungguh pemandangannya. Terus terimbas cerita Hindustan evergreen.
“Ini kali ketiga saya datang ke Kashmir. Kali kedua pada musim winter. First winter trip saya pada Februari 2017. Dan genaplah setahun saya repeat winter trip ke sini.
“Ada beberapa info saya baru dapat dari latest trip ini.”
Tahun lalu, Adila ke Kashmir pada 23 Februari. “Masa itu salji yang turun masha Allah lebat betul. Tapi tahun ini walaupun saya datang awal Februari salji yang turun sangat sangat kurang.
“Local pun cakap benda yang sama tapi Alhamdulillah rezeki kami still dapat merasa snowfall di Sonamarg.”
Yang Nak Bercuti Ke Kashmir Ini Tipnya
Bagi yang belum pernah ke Kashmir, Adila kongsikan serba sedikit tip dan budaya di sana.
Harga Dan Jual Beli
Wajib bargain. Kalau betul nak beli sesuatu barang tu, bargain sampai dapat harga yang kita nak dan harga tu biar masuk akal lah.
Jangan lah minta melampau sangat. Especially kalau menginap di houseboat, peniaga ni akan datang ke houseboat tak kira pagi-pagi buta atau malam hari. Untuk jual barang-barang so bargain as much as possible tapi berpada pada lah.
Makanan
Dari segi pemakanan untuk muslim don’t worry di Kashmir makanannya semua halal sebab 90% rakyat di Kashmir adalah islam.
Di sana famous dengan mutton, so sesiapa spesies macam saya, tak makan kambing jangan risau. Masakan ayam pun banyak.
Ada yang tanya, diaorang makan nasi ke? Yes makanan rutin harian diaorang nasi juga untuk lunch dan dinner tapi bukan breakfast ! breakfast biasanya makan puri, pratha omelette, dhal, roti dan seangkatan dengannya, no nasi at all okay.
Aktiviti Dan Tempat Lawatan
Di Srinagar, biasanya akan melawat taman taman seperti Pari Mahal, Chesham Shahi, Nishat, Shalimaar Garden dan juga masjid terkenal di Srinagar iaitu Jamia masjid dan Hazratbal Shrine ( White Mosque ).
Aktiviti di Srinagar tak lain tak bukan shikara ride di Dal Lake. Tasik nya yang tenang, sambil menikmati view Banjaran Himalaya yang tersergam indah.
Pasang pula lagu pulanglah oleh Aisyah, fuh ! boleh meleleh tu lagi lagi untuk traveller yang jiwa kacau ni.
Di Gulmarg mostly aktiviti skiing, sledge, gondola ride dan snowbike. tapi tu untuk musim salji sahaja, kalau pergi time summer, aktiviti yang boleh dilakukan di sini hanyalah gondola ride dan pony ride.
Di Gulmarg biasanya kita akan sewa special gulmarg guide, harga around 600 rupee kira-kira RM35-40 per guide. So guide ni akan lead satu group ni untuk berjalan di Gulmarg.
Di Pahalgam biasanya aktiviti pony ride. Harga berbeza based on berapa tempat kita nak pergi. kalau boleh, cover lah semua sampai ke Baisaran. Harga around rs 1000-2000 berbaloi dengan perjalanan selama 3 jam setengah pergi dan 30 minit balik.
Kalau tak nak pony ride, in case atas faktor usia atau condition, boleh ambil sightseeing car khas di Pahalgam (around rs1500-2000 per car) untuk melihat pemandangan Pahalgam ke Aru Valley atau Beetab Valley. Untuk sightseeing car ni lebih berbaloi time spring/summer/ early autumn sebab view yang sangat cantik.
Tipping
Di sini tipping ada lah benda biasa dan almost look like wajib walaupun tak wajib. Kita akan bagi tips based on their service.
Selalunya tips akan beri kepada driver for whole journey, pony man, orang shikara ride dan gulmarg guide. Basically kita bagi tips tu sebagai tanda penghargaan dan tak perlu banyak, hanya sebagai ucapan terima kasih.
Eh satu lagi, orang yang angkat-angkat bagasi kita tu kena bagi tips tau. Yang ni diaorang akan minta tips walau kita tak bagi. So kalau tak nak diaorang minta tips, angkat sendiri ya bagasi anda semua.
Ini Bajet Ke Kashmir, India 5 Hari 4 Malam
Flight dari KL-Delhi dan Delhi – Srinagar : RM1000 ke RM1500 (Saya dapat flight tickets total dal am RM1000)
Pakej ground RM790 ( termasuk transport, hotel, entrance fee, makan pagi dan malam ) – ini bergantung kepada berapa orang yang pergi. Yang latest ini, saya pergi 8 orang.
Lunch dan aktiviti : RM400 – RM500.
Visa : RM195
Cari Geng Ke Kashmir Bulan 7 Ni
Itulah serba sedikit info tentang perjalanan ke Kashmir yang dikongsikan Adila. Katanya, “Tahun ni Dila target nak pergi 4 musim di Kashmir. Semoga dipermudahkan segala urusan. Amin..”
Sesiapa yang nak join hiking di Kashmir pada bulan 7 ini boleh roger Adila. Dia tengah cari geng siapa yang nak follow. Anggaran untuk trip bulan 7 ini katanya dalam RM3000 untuk flights, visa, pakej, makan etc
“Kita akan camping sati malam di Tulyan Lake. This is my first experience nak try hiking defat dana. Insya-Allah nanti Dila akan share pula pengalaman hiking lat Kashmir. Kalau ada rezeki sampai ke sana. Amin..”
Setiap kali tiba bulan puasa, salah satu perkara yang sering dibangkitkan adalah harga mahal setiap makanan yang dijual di bazar Ramadan. Setiap tahun mesti harga makanan akan naik. Inilah isu yang sering dibangkitkan.
Walaupun harga mahal tapi mesti ramai orang yang membeli di bazar Ramadan. Mungkin ada mak-mak yang tak sempat untuk masak dan tak kurang juga yang mahu ‘support’ penjual.
Tak kurang juga ada saja gambar yang diviralkan tentnag makanan di bazar ramadan. Ada yang harga mahal dan tak kurang harga yang murah.
Dalam keadaan sekarang ini, boleh dikatakan harga barang naik, nak tak nak peniaga terpaksa menaikkan harga jualan.
Baru-baru ni viral gambar ayam percik kat param yang RM10 tu.
Pada yang jenis tak pernah perhati berapa harga bahan mentah sekarang, tu harga whole leg chicken, tadi kander beli 2 ketul Rm6.80.
Maka jatuh kos RM3.40 untuk seketul whole leg mentah. Belum masuk kos bahan rempah perapan, kos nak membakar dan kos packaging…jadi reasonable tak ayam percik whole leg tu dijual rm10? Fikir fikir kan.
Dulu-dulu harga lebih kurang rm8-9perkg. Sekarang dah naik Rm12.80.
Sama jugak dengan chicken chop, harga bergantung pada saiz. Saiz 10,11,12. Average saiz yang selalu kita makan ialah saiz 10-11. Dulu klalau beli mentah sekeping jatuh Rm2.20-2.50. Sekarang tak dapat dah…sekeping jatuh RM4++.
Same goes to lamb shank. Chef Ammar kena kutuk sebab jual beriani lamb shank harga Tel aviv.
1kg boleh dapat 2 ketul lamb shank…maka untuk seketul lamb shank mentah jatuh harga Rm22. Dulu-dulu seketul tu boleh dapat rm11-14 tau…
Sebab tu ade yang jual nasi beriani lamb shank sampai rm50.
Bukan Suka-suka Letak Harga
Bukan peniaga suka-suka nak naikkan harga. Tetapi kos bahan mentah sekarang memang meningkat mendadak. Jadi terpaksalah jual mahal sikit.
“eh tahun lepas ayam percik rm6, ape hal tahun ni rm10?? Nak Kena viral peniaga nak pegi haji balik harini!”
Kesian peniaga makanan, siki-sikit kena sumpah pegi haji balik hari. Untung banyak ke untung sikit ke, percayalah berniaga makanan ni penat nak mampus.
Peniaga makanan ni bukan macam ponder, atau agent insurans atau agent hartanah…buat 2-3 tahun dapat beli kereta baru ambik kat showroom atau kunci rumah baru nak bagitau tanda sukses. Jangan marah ye, bukan mengata tapi memang hakikatnya gitu lah dalam medsos ni.
Orang (peniaga kecil) niaga makanan ni hujung minggu / cuti sekolah kau tengoklah dia pegi Cameron takpun PD, bawak family jalan², tidur hotel, makan² dengan family. haha.
Jadi kesimpulannya, kalau dah naikkan harga jualan tu tolongla buat sedap-sedap! Ni tak sedap sape tak marah…lagi teruk jenis masak banyak-banyak, tak habis simpan, besok panaskan. Macam tu lah duk berulang-ulang…set la target jualan contoh harini target Rm500, jadi masak banyak sekian²…bila dah dapat rm500, makanan pun habis dah tak payah pening. Bungkus tutup gerai balik rumah terus. Esok niaga balik.
Nak masak sendiri atau membeli di luar, pilihan kita sendiri. Malas masak, beli je kat luar support peniaga…tapi aku memilih masak sendiri mana yang mampu sebab lebih puas hati dan memasak ni juga macam my Stress Therapy.
Beli kat luar lebih jimat kos dari nak buat sendiri, tapi buat sendiri boleh makan berkali-kali. Fikir fikirkan.
Mingguan Wanita : Betul sangat. Tak kisah harga mahal tapi biarlah berbaloi. Kalu tak nak ‘berbunyi’, masak sendiri kat rumah puas hati.
Sebak bila Achey dedah isteri serahkan wang gaji ketika bekerja. Terbaru menerusi program realiti TV, Achey memberitahu dirinya sangat kagum dengan pengorbanan suri hatinya...