Ibu Syamel meninggal dunia, salam takziah diucapkan buat penyanyi Syamel yang telah kehilangan ibu tercinta Almarhumah Wan Faaizah Karim, 55. Arwah menghembuskan nafas terakhir, jam 10.09 malam tadi selepas terpaksa ditidurkan berikutan masalah kekurangan oksigen dalam badan di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara sejak hampir sebulan lalu
Pemilik nama sebenar Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 27 memaklumkan berita duka tersebut menerusi akaun Instagramnya.
“Asalamualaikum. Allah lebih menyayangi umi.
“Umi saya Wan Faaizah Karim telah kembali menghadap pencipta-Nya pada pukul 10 pm tadi.
“Doakan urusan umi saya dipermudahkan. Terima kasih kerana mendoakan umi saya selama ini,” luahnya.
“Arwah Takut Tak Sempat Minta Maaf. “ Ibu Redha Satu-Satunya Anak Meninggal Dunia
Syamel Punya Ciri-Ciri Suami Idaman, Hormat Ibu Bapa – Ernie Zakri
‘Nenek Gemar Pakai Kebaya, Bercinta Dengan Atuk..’ Kisah Baju Ernie Zakri
Suami kepada Erni Zakri ini juga memaklumkan, dia reda dengan pemergian arwah ibu tercinta.
“Saya reda dengan pemergian arwah. Ibu menghembuskan nafas terakhir jam 10.09 malam tadi (22 Ogod) selepas lebih sebulan bertarung nyawa. Doktor sudah cuba melakukan yang terbaik, namun Allah lebih menyayanginya.
“Saya sangat sedih, apatah lagi, tidak dapat bertemu arwah ketika dirawat di hospital.
“Apapun, saya dan keluarga reda jika itu jalan yang terbaik buat arwah,” ungkap Syamel seperti mana dilaporkan menerusi BH Online.
Syamel juga memaklumkan jenazah arwah ibunya akan dikebumikan pada tengah hari ini.
Sumber Foto : Instagram Syamel
Mingguan Wanita : Salam takziah buat Syamel dan seluruh ahli keluarga atas kehilangan ibu tercinta.