Tidak dinafikan tempoh usia enam bulan pertama merupakan waktu penting bagi bayi mendapat air susu ibu secara eksklusif. Namun atas pelbagai faktor, bukan semua ibu bertuah dapat menyusukan anak dalam tempoh tersebut. Lebih-lebih lagi kesukaran yang perlu dihadapi bagi ibu yang bekerja selepas habis cuti bersalin.
Berita baik buat wanita di Terengganu, ibu susuan bakal menjadi cabang kerjaya khusus kepada ibu-ibu yang tidak bekerja setelah kerajaan Terengganu memperkenalkan program Anak Susuan Patuh Syariah selewat-lewatnya Ogos 2020.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu, Hanafiah Mat berkata, program kali pertama di Terengganu itu akan dilaksanakan bagi membantu ibu-ibu bekerja menyusu bayi mereka dalam masa yang sama membantu ibu-ibu yang tidak bekerja.
Penyusuan Eksklusif
Katanya, hal itu penting memandangkan tempoh usia enam bulan pertama bayi perlu mendapatkan penyusuan eksklusif daripada air susu ibu (ASI) malah ia juga telah dipraktikkan sejak zaman Rasulullah SAW.
“Ramai ibu-ibu bekerjaya yang tiada masa memberikan bayi mereka ASI. Ada yang turun dari rumah jam 7 pagi pulang jam 6 petang.
Ads
“Jadi, ini adalah berita gembira buat ibu bekerjaya dan juga wanita yang tidak bekerjaya namun mampu memberikan ASI dengan memenuhi kriteria seperti sihat tubuh badan dan telah berkahwin.
“Ibu-ibu yang memenuhi syarat yang ditetapkan akan ditempatkan di satu tempat khas untuk menyusu,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Seminar Kekeluargaan Islam: Anak Susuan Patuh Syariah Peringkat Negeri 2019 di sini hari ini.
Simpan Rekod Susuan
Bagaimanapun katanya, rekod penyusuan perlu diteliti dan disimpan dengan baik bagi mengelak berlakunya perkahwinan sesama adik-beradik susuan.
“Ini merupakan perkara pokok bagi membendung berlakunya gejala perkahwinan sesama saudara susuan ekoran salah faham berkaitan anak susuan dan ketiadaan rekod antara anak dan ibu susuan,” katanya.
Ads
Beliau berkata, sebagai permulaan program itu akan digerakkan dengan kolaborasi Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) bersama kumpulan penyelidik Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan turut mendapat kerjasama daripada Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT).
Katanya, penyelidikan itu dijalankan di bawah geran penyelidikan FRGS: Pembinaan Model Pengurusan Pensijilan dan Dokumentasi Anak Susuan Patuh Syariah serta SIG Penyusuan Susu Ibu Patuh Syariah bagi membentuk kaedah persijilan dan dokumentasi anak susuan patuh syariah.
30 Hingga 50 Ibu Susuan Terlibat
Menurutnya, projek itu akan diketuai Ketua Penyelidik iaitu Pensyarah Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Dr Siti Fatimah Salleh.
Ads
“Kita akan menyiapkan dahulu prosedur operasi standard (SOP) bagi projek ini sebelum memulakan pilot projek yang dijangka melibatkan antara 30 hingga 50 ibu susuan bermula tahun depan.
“Memandangkan ia adalah cabang kerjaya, apabila projek ini telah dilaksanakan kelak, ibu-ibu susuan ini akan dibayar oleh YPKT,” katanya.
MW: Berita baik buat wanita di Terengganu, selain menghidupkan sunnah ia membuka cabang kerjaya terbaru buat mereka. Semoga program ini dapat dilaksanakan dengan sebaikya.
Gelagat Comel Tokti cuba rakam live ceramah Ustaz Wadi tarik perhatian, tak mudah putus asa. Penyanyi tersohor negara ini sememangnya mempunyai jutaan peminat. Apa saja dilakukannya pasti menarik perhatian ramai.
Terkini, di instagramnya, Dato Sri Siti Nurhaliza ada berkongsikan ceramah dari Ustaz Wadi Anuar di mana jelasnya, ia satu perkongsian yang sangat memberi manfaat.
Gelagat Comel Tokti Cuba Rakam Live Ceramah Ustaz Wadi Tarik Perhatian
Tulis Dato Siti, Alhamdullillah. Tajuk yang sangat menarik dan Inshaaallah kita semua sama sama menjadi hamba Allah yang berjihad ke jalan Allah SWT. Aamiin Ya Rabb.
Di sebalik perkongsian ringkasnya itu, tanpa Dato Siti sedar gelagatnya telah terakam di mana cubaannya untuk merakam ceramah itu secara langsung tetapi tidak pasti berjaya atau tidak kerana dirinya tidak membawa phone holder.
Tak Mudah Putus Asa
Dapat dilihat dari video dikongsi di akaun Tik Tok @tifipico, Dato Siti dilihat berkali-kali cuba menegakkan telefonnya menggunakan tas tangan berjenamanya tetapi gagal.
Dapat dilihat dirinya terus mencuba dan mencuba dan membetulkkan tas tangannya tetapi dilihat tidak berjaya.
Malah ada peminat yang bertanya, adakah dirinya berjaya mendirikan telefon bimbitnya? Tidak pasti hal ini kerana video itu tidak memaparkan apa kesudahnnya. Tapi jelas dirinya bukanlah seorang yang berputus asa kerana terus mencuba.
“Jangan terlampau cemburu, tok laki tak suka” kata Kak Cat. Nak tahu lagi tips yang dikongsikan Kak Cat untuk menarik perhatian encik suami? Apa lagi, jom tengok! Eh tapi, sebelum tu, sakit mata min tengok rantai emas 916 Sin Ter May yang Kak Cat pakai.. cantik betul, berkilau!
Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Zulin Aziz tertinggal dompet dalam kapal terbang, dalam risau tetap nikmati percutian ke Korea. Suatu hal yang membuatkan kita risau dan tak senang duduk, bila kehilangan dompet. Inilah yang dilalui oleh pelakon Zulin Aziz yang diuji tertinggal dompet ketika bercuti ke Korea Selatan bersama suami tersayang, Farhan Norzaini.
Zulin Aziz Tertinggal Dompet Dalam Kapal Terbang
Berkongsi kisah ini, dirinya memaklumkan kali terakhir membuka dompetnya adalah ketika membuat pembelian air di dalam pesawat Air Asia dan hal malang itu hanya disedarinya ketika ingin membayar tambang teksi selepas tiba di hotel penginapannya di Korea.
“Masa nak bayar teksi tadi baru perasan purse tak ada dalam beg. Zulin tertinggal kat seat tu. Dalam tu ada kad pengenalan, kad bank dan wang tunai. Apa nasib aku kat Korea ni. Bantuin saya please apa kena buat ni 😭 katanya yang berkongsi ujian dihadapinya itu.
Atas nasihat pengikut-pengikutnya termasuk menyuruh membuat laporan di bahagian Lost & Found, Zulin dan suami menuju semula ke lapangan terbang. Namun harapannya agak menghampakan kerana bahagian tersebut telah ditutup selain terpaksa membayar tambang teksi yang agak mahal dua kali ganda kembali ke hotel kerana sudah tengah malam.
Selain telah membuat laporan ke Air Asia, jelas pelakon ini adiknya yang bekerja di Air Asia turut membantunya membuat laporan di ibu pejabat Air Asia di Kuala Lumpur. Bagaimanapun masih belum menerima sebarang berita buat masa ini.
“Buat masa sekarang belum ada khabar berita, tak apa janji kita usaha kan,” katanya lagi.Dalam pada itu, Zulin memberitahu dia sempat menyekat kad miliknya sebaik sahaja menyedari dompet berkenaan hilang.Namun wang tunainya tidak diketahui nasib berikutan dompetnya yang belum ditemui itu.
Dalam Risau Tetap Nikmati Percutian Di Korea
“Tak apalah mungkin Allah nak gantikan dengan rezeki lebih baik,” luahnya.
Dalam pada itu, dirinya dilihat menikmati percutiannya malah sambil bergurau dirinya memaklumkan suamilah yang perlu mengeluarkan semua perbelanjaan semasa bercuti di Korea ini.
Moga dipermudahkan urusan dirinya dan dompetnya ditemui kembali.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan buat penyanyi yang berasal dari Singapura, Hetty Sarlene, 37 yang telah selamat melahirkan anak lelaki.
Perkhabaran gembira tersebut dikongsi sendiri oleh Hetty menerusi akaun Instagramnya. Malah dia juga memaklumkan, bayinya itu telah selamat menjenguk dunia pada hari Khamis, 28 Januari, kira-kira jam 3.25 petang.
Hetty Sarlene Namakan Bayi Lelakinya, Landon Alexander Oakes
Bintang yang pernah menyertai program Gegar Vaganza musim kelima yang mendirikan rumah tangga dengan Daniel atau nama Islamnya, Dani Aaqil yang berasal dari London pada 23 Julai 2016 sangat bersyukur dengan kehadiran putera mereka ini.
“3.25 petang, anak lelaki kami selamat dilahirkan. Berat 3.2 kilogram.
“Kami perkenalkan si kecil kami yang kacak, Landon Alexander Oakes.
“Segala kesakitan, kurang tidur pada waktu malam, hampir 16 jam di bilik bersalin, 2-3 minit sakit bersalin yang kuat, segalanya berbaloi,” tulisnya.
Cahaya Mata Lelaki Ini ‘Keajaiban’ Buat Hetty & Suami
Pasangan ini sebenarnya sudah menanti hampir empat tahun untuk mendapatkan cahaya mata. Dan Hetty menyifatkan anaknya itu sebagai ‘baby lockdown’ memandangkan Singapura menjalani Perintah Kawalan Pergerakan ketika itu.
Malah kehadiran Landon Alexander Oakes juga disifatkan sebagai keajaiban buat mereka suami isteri.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.