“Ibu Sibuk Ni, Pergi Main Sana!” Sibuk Sekalipun Jangan Cakap Begini Pada Anak

Share

“Ibu sibuk ni, pergi main sana!” Walaupun mak ayah sibuk sekalipun jangan cakap begini pada anak. Bimbang anak-anak akan serik dengan sikap mak ayah bila dimalukan sebegini.

Ternyata pada mak, ayah mungkin tidak berniat untuk melafazkan kata-kata tersebut, tetapi kesannya amat berat pada emosi anak.

Sibuk Sekalipun Jangan Cakap Begini Pada Anak

Oleh itu sebelum berkata-kata fikirkan dahulu baik, buruknya. Kongsi Mohd Fhais Salim, kasihan sungguh pada anak-anak yang selalu kena shaming trap.

Shaming trap ini adalah situasi di mana anak-anak di malukan oleh ibu ayah sendiri.

Anak cuma hendak perhatian dan main dengan ibu ayah saja, tapi terkena shaming trap pula.

Pasti dia rasa,
– kecewa
– kecil hati
– serik
– sedih
– marah
– malu
– sebak

Ibu Sibuk Ni, Pergi Main Sana!

Sebab itulah walau sibuk mana pun kita dengan kerja tolong jangan cakap begini pada anak,
– jangan kacau ayah tengah buat kerja ni.
– bisinglah, pergi main dekat luar.
– ibu sibuk ini, pergi main sana.

Dan seumpamanya. Tolong jangan ucapkan pada anak-anak ketika dia sedang menagih perhatian kita.

Baca Juga Di Sini :

Mak Ayah Nak DIDIK Anak Bukan MARAH Tunjuk Depan Orang, Jaga Air Mukanya!

Mak Ayah Dulu Marah Paling TERBAIK, Guna Bahasa Tubuh Didik Anak Patuh, Hormat

Jangan KEJI Ibu Lain KERAS Mendidik Anak, Kita Semua Ada BATTLE Sendiri

Jangan KEJI Ibu Lain KERAS Mendidik Anak, Kita Semua Ada BATTLE Sendiri

Anak Hanya Perlukan Perhatian

Anak-anak ini kalau dia tak ada rasa,
– rindu
– sayang
– kasih
– suka
– selesa
– happy

Dengan kita, dia pun tak hairan kita ini wujud ke tidak dalam hidup dia.

Tapi oleh sebab ada rasa-rasa ini semualah dia jadi kisah dengan kewujudan kita.

Kalaulah boleh, anak-anak kita ini dia nak berdamping saja dengan kita 24 jam sehari.

Sebabnya satu, kitalah satu-satunya ibu dan ayah dia! Kalau bukan kita, siapa lagi yang nak beri perhatian pada anak.

Jangan sampai anak rasa serik hendak minta perhatian kita sudahlah, masa tu kita yang menagih-nagih perhatian dia pula.

Wallahu A’lam,
~ Mohd Fhais Salim

Mingguan Wanita : Sebelum anak-anak tidak pedulikan mak, ayah, lebih baik berubah dan layanilah anak sebaik mungkin. Hargailah masa bersama anak-anak selagi mereka masih perlukan mak, ayah.

Sumber : Mohd Fhais Salim

Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nur Syazwani Mehat