Ibu Sempat Usap Anak Sebelum Meninggal, Melahir Di Dunia Berpantang Di Akhirat

Share

Ibu sempat usap anak sebelum meninggal, melahir di dunia berpantang di akhirat. Menanti kelahiran anak sulung adalah saat paling mendebarkan buat ibu ayah. Kelahirannya sangat istimewa dan ditunggu-tunggu bahkan banyak mengajar dan mengubah corak kehidupan ibu ayah untuk menjadi lebih bertanggungjawab.

Namun tidak semua berpeluang menjaga anak pada kelahiran pertama saat Allah menjemput kembali kepada-Nya. Ya, ujian kematian yang pasti tidak dapat ditangguh-tangguh walau sesaat.

Ibu Sempat Usap Anak Sebelum Meninggal

Satu perkongsian video di Tik Tok dimuat naik oleh @ismaliana mengenai sahabat baiknya cukup meruntun  jiwa. Rakan berkepit 24 jam semasa zaman sekolah, dibawa ke alam pekerjaan sebelum sahabatnya, Zalikha Zaharin dijemput Allah pada 7 Mac lalu, sehari selepas melahirkan anak sulung akibat sesak nafas.

Kongsinya lagi, arwah dikatakan sempat memegang anaknya, mengusap dan menciumnya tetapi Allah lebih sayang di mana arwah dikatakan mengalami masalah sesak nafas sebelum disahkan meninggal dunia. Melahirkan di dunia namun  berpantang di akhirat.

@ismiliana_ Selamat pulang ke negeri abadi sahabat dunia akhiratku .. Syahid buatmu bidadari syurga .. Pergi meninggalkan seorang anak lelaki yang baru dilahirkan pada 7/3 .. Kau teman sejati 🥰 #fyp #temansejati #saatkautelahpergi #fypmasukbranda ♬ Kau Sahabat Kau Teman – Hijjaz

 Berdasarkan video dimuat turun olehnya, jelas kelihatan anak kecil arwah, seorang lelaki sangat comel di mana wajahnya mirip kepada arwah ibunya.

@ismiliana_ Comel anak yang arwah tinggalkan .. Baby boy .. #hartaduniaakhirat
#fyp #fypmasukbranda #takziah ♬ Bila_waktu_telah_berakhir_ – Zali

 Ya, si comel yang tidak merasai kasih sayang seorang ibu dan hanya berharap kepada kasih si ayah.

Melahir Di Dunia Berpantang Di Akhirat

Dalam pada itu, suami kepada arwah Zalikha Zaharin, Mohamad Sufian berkongsi di facebooknya, “selamat berpantang di taman syurga sayang. Abang janji akan jaga harta yang saynag bagi untuk kami. Al-Fatihah.”.

Arwah yang merupakan bekas pelajar SMK Che Tom batch 93, telah selamat dikebumikan.

Assalamualaikum semua…

Kepada ex student SMK Che Tom batch 93, saya nak inform bahawa sahabat kita Zalikha Zaharin telah menghembuskan nafasnya yang terakhir semalam selepas selamat melahirkan anaknya …

Melahirkan 7/3,  selepas tu arwah jadi sesak nafas ..

Sempat jugak arwah tengok anak dia..

Allah.

Insya Allah arwah akan dikebumikan jam 1 tengahari satgi ..

Salam takziah kepada ahli keluarganya ..

Selamat jalan sahabatku ke negeri abadi. .

Teringat dulu 24jam bekepit apa2 sekali sampai dah habes sekolah ..

Kerja sumirubber sunshine pon sekali ..

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Daphe Iking rancang semuanya terlebih dahulu supaya senang untuk jaga rambut! Betul juga ya, mak-mak yang sering masak tu mesti hilang selera untuk makan kan? 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros