Pernah kan berada dalam situasi perlu mendengar perkara berulang dari orang yang sama. Baik suami, emak ayah, anak-anak mahupun orang lain. Dan kadangkala, ianya jadi sedikit menjengkelkan.
Ada cara macam mana nak jadikannya satu hal yang menarik, walau didengar banyak kali. Intan Dzulkefli berkongsi teknik dan seninya.
Saya ingat lagi, dulu waktu menonton drama Jepun tentang kisah benar seorang gadis yang ada penyakit saraf. Perlahan-lahan kebolehannya untuk bertutur, berjalan, menulis menjadi semakin sukar.
Ramai kawan-kawan, insan sekeliling mula menunjukkan reaksi jengkel apabila mendengar dia berkata-kata.
Yelah, sebab susah nak faham apa yang dituturkannya. Lalu, dia meluahkan perasaannya kepada doktor yang merawatnya.
Jawapan doktor tersebut amat lekat di hati ini walau sudah 14 tahun berlalu.
“For those people who are really listening, they will definitely understand.”
Kalau orang tu betul-betul mendengar, insyaAllah dia akan faham.
Saya merenung kata-kata ini dalam sudut pandang sebagai isteri, anak dan ibu.
Ada waktunya apabila menelefon ibu di kampung, ibu akan selalu bercerita cerita lama yang mungkin sudah berpuluh kali diulang-ulang sejak saya kecil.
Maka, patutkah saya berkata, “ibu ni asyik cerita ni je,” atau berlapang dada dan meraikan sahaja?
Ada waktunya, anak-anak bersemangat bercerita tentang buku yang mereka baca, atau movie yang mereka tonton, atau cerita tentang guru dan kawan-kawan sekelas. Ceritanya asyik berulang-ulang dan nampak seperti begitu lama untuk habis, ibarat takkan ada perenggan terakhir.
Namun, apabila melihat sinar dalam mata mereka yang ceria untuk berkongsi cerita, patutkah saya berkata, “dahlah kakak, bila nak habis cakap ni
…” sambil buat muka bosan, atau kita pun sama-sama ‘on’ suis teruja untuk sama-sama ‘menikmati’ cerita tersebut?Begitu juga dengan suami. Ada waktunya, apabila kita buat silap, atau ada tabiat yang kurang digemari oleh pasangan, lalu dia menegurnya.
Adakah kita pantas membela diri dan mengungkit salah atau kekurangan pasangan atau kita ambil serius teguran dan luahan tersebut untuk pembaikan diri kita sendiri?
MasyaAllah, rupanya mendengar pun ada teknik dan seninya. Ada beberapa teknik mendengar yang boleh dipraktikkan bersama.
Contohnya, “Ummi, tadi kan.. Kawan kakak dia pakai beg Elsa Frozen sama macam kakak, beg yang biru ummi beli haritu. Haa sama je macam tu kawan kakak punya
…”Sederhana sahaja tips-nya pun.
Kadang, kita merasakan bahawa mendengar itu hanya memerlukan telinga, tetapi kita terlupa, untuk benar-benar ‘mendengar’, kita juga memerlukan hati yang hadir sepenuhnya.
MasyaAllah.
Self reminder.
Semoga bermanfaat.
#intandzulkefli
#randomthoughts
Mingguan Wanita : Jadilah seorang pendengar yang baik demi menenangkan jiwa dan perasaan pasangan.
Sumber/Foto : Intan Dzulkefli
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW