Pernah kan berada dalam situasi perlu mendengar perkara berulang dari orang yang sama. Baik suami, emak ayah, anak-anak mahupun orang lain. Dan kadangkala, ianya jadi sedikit menjengkelkan.
Ada cara macam mana nak jadikannya satu hal yang menarik, walau didengar banyak kali. Intan Dzulkefli berkongsi teknik dan seninya.
Kalau Orang Itu Betul-betul Mendengar, Dia Akan Faham
Saya ingat lagi, dulu waktu menonton drama Jepun tentang kisah benar seorang gadis yang ada penyakit saraf. Perlahan-lahan kebolehannya untuk bertutur, berjalan, menulis menjadi semakin sukar.
Ramai kawan-kawan, insan sekeliling mula menunjukkan reaksi jengkel apabila mendengar dia berkata-kata.
Yelah, sebab susah nak faham apa yang dituturkannya. Lalu, dia meluahkan perasaannya kepada doktor yang merawatnya.
Ads
Jawapan doktor tersebut amat lekat di hati ini walau sudah 14 tahun berlalu.
“For those people who are really listening, they will definitely understand.”
Kalau orang tu betul-betul mendengar, insyaAllah dia akan faham.
Ibu Suka Ulang Cerita Lama Berkali-kali
Saya merenung kata-kata ini dalam sudut pandang sebagai isteri, anak dan ibu.
Ada waktunya apabila menelefon ibu di kampung, ibu akan selalu bercerita cerita lama yang mungkin sudah berpuluh kali diulang-ulang sejak saya kecil.
Maka, patutkah saya berkata, “ibu ni asyik cerita ni je,” atau berlapang dada dan meraikan sahaja?
Ada waktunya, anak-anak bersemangat bercerita tentang buku yang mereka baca, atau movie yang mereka tonton, atau cerita tentang guru dan kawan-kawan sekelas. Ceritanya asyik berulang-ulang dan nampak seperti begitu lama untuk habis, ibarat takkan ada perenggan terakhir.
Namun, apabila melihat sinar dalam mata mereka yang ceria untuk berkongsi cerita, patutkah saya berkata, “dahlah kakak, bila nak habis cakap ni…” sambil buat muka bosan, atau kita pun sama-sama ‘on’ suis teruja untuk sama-sama ‘menikmati’ cerita tersebut?
Adakah kita pantas membela diri dan mengungkit salah atau kekurangan pasangan atau kita ambil serius teguran dan luahan tersebut untuk pembaikan diri kita sendiri?
Fahamkan Teknik Dan Seni Mendengar
MasyaAllah, rupanya mendengar pun ada teknik dan seninya. Ada beberapa teknik mendengar yang boleh dipraktikkan bersama.
Beri perhatian sepenuhnya. Kalau boleh tatap mata orang sedang bercakap, bercerita, meluah, memberi teguran tersebut.
Elakkan memotong percakapannya walaupun kita tidak bersetuju.
Lebihkan empati dan tunjukkan minat walaupun sedang sangat-sangat sibuk.
Jot down info penting dengan mengulang semula apa yang dikatakan dan bukannya seperti mencurah air di daun keladi.
Contohnya, “Ummi, tadi kan.. Kawan kakak dia pakai beg Elsa Frozen sama macam kakak, beg yang biru ummi beli haritu. Haa sama je macam tu kawan kakak punya…”
“Beg Elsa yang biru yang cantik tu.. Oh.. Kawan kakak pun ada?”
Ia menunjukkan kita ambil perhatian dan ‘care’ dengan apa yang diperkatakan.
Begitulah.
Ads
Sederhana sahaja tips-nya pun.
Kadang, kita merasakan bahawa mendengar itu hanya memerlukan telinga, tetapi kita terlupa, untuk benar-benar ‘mendengar’, kita juga memerlukan hati yang hadir sepenuhnya.
Umurnya panjang. Walaupun ibunya meninggal dipatuk ular tedung, bayi dalam kandungan berusia lapan bulan berjaya diselamatkan melalui pembedahan.
Kejadian yang berlaku di Manila, Filipina ini dianggap sebagai keajaiban kerana bayi ini mampu bertahan walaupun ibunya telah maut setelah dipatuk ular berbisa tersebut.
Bayi Dalam Kandungan Berjaya DiSelamatkan Melalui Pembedahan
Seorang bayi dalam kandungan berusia lapan bulan yang terdedah kepada bisa ular tedung selar selepas ibunya digigit reptilia itu berjaya diselamatkan menerusi pembedahan Caesarean kecemasan, lapor akhbar Mirror UK semalam.
Bayi perempuan di Manila, Filipina, sepatutnya dilahirkan pada bulan hadapan disifatkan sangat bernasib baik apabila masih hidup selepas ibunya disahkan mati akibat gigitan maut itu.
Ibunya tiba di Hospital Daerah Diffun, wilayah Quirino pada 4 Ogos lalu dan disahkan mati namun bayinya masih lagi mempunyai denyutan jantung namun lemah akibat bisa yang menular.
Ibu Meninggal Dipatuk Ular Tedung
Pasukan perubatan bertindak pantas apabila menjalankan pembedahan Caesarean kecemasan dan segera mengeluarkan bayi itu untuk menyelamatkan nyawanya.
“Seorang ibu hamil yang digigit ular berbisa dibawa ke sini tanpa denyutan nadi dan disahkan mati.
“Pada penilaian Pengarah Hospital, Dr. Moises Lazaro, memilih menjalankan pembedahan caesarean kecemasan sekali gus menyelamatkan nyawa bayi itu,” demikian menurut jurucakap hospital.
Bayi itu kini berada dalam keadaan stabil dan dipindahkan ke hospital wilayah yang lebih besar di mana dia dimasukkan ke unit rawatan intensif neonatal kerana lahir pramatang. – Agensi
Mingguan Wanita : Tindakan pantas pihak hospital harus dipuji kerana berjaya menyelamatkan nyawa bayi dalam kandungan. Semoga bayi ini kuat meneruskan hari mendatang tanpa ibunya di sisi.
Sekalipun tak mampu manjakan isteri, suami kena juga cari cara bahagiakan dia. Mungkin sesetengah suami mengambil pendekatan tak mahu manjakan isteri kerana mahu isteri lebih berdikari.
Namun apa salahnya bahagiakan isteri yang merupakan jantung sesebuah keluarga. Ikuti perkongsian Dr Taufiq Razif ini :
Bila isteri rasa bahagia, anak-anak pun turut rasa bahagia. Bila isteri dan anak-anak bahagia, rumah tangga barulah rumah
Ada yang pelik kenapa saya selalu bahagiakan isteri.
Saya tak manjakan isteri tetapi nak tak nak saya kena cari juga cara macam mana untuk bahagiakan dia.
Tak Mahu Manjakan, Cari Cara Bahagiakan Isteri
Ada masa saya akan biarkan isteri saya berehat dan bersantai santai.
Saya akan jaga anak
Saya akan mop lantai
Saya akan cuci tandas
Saya akan buat semuanya
Asalkan isteri saya boleh melepaskan kepenatannya.
Kenapa? Kerana saya nak dia merasa bahagia.
Kenapa saya nak isteri saya merasa bahagia? Kerana isteri adalah jantung dalam rumah saya.
Bila isteri saya tak bahagia
Anak-anak akan ikut tak bahagia
‘Emotional state’ seorang isteri dan ibu boleh berjangkit dan mempengaruhi ’emotional state’ anak-anaknya sekali
Untuk saya jadi bahagia, saya perlukan anak yang bahagia
Untuk saya bahagia, saya perlukan rumah yang bahagia
Untuk ada anak-anak dan rumah yang bahagia tak lain tak bukan saya perlukan seorang isteri yang bahagia.
Kenapa?
kerana hanya isteri yang bahagia boleh melahirkan dan membentuk anak-anak yang tenang dan bahagia.
Itulah kenapa di dalam Islam menjaga ketenangan hati isteri adalah sejenis nafkah juga kerana ianya adalah keperluan sebuah keluarga bahagia.
Taufiq Razif
Happy Wife, Happy Life
MW: Kalau tak nak manjakan isteri sekali pun, apa salahnya bahagiakan hati isteri sebagai tanda penghargaan buat isteri yang berkorban siang dan malam uruskan keluarga.
Wanita Ni Nampak Kuat Tapi Sebenarnya ‘Fragile’’. Fitrah kejadian Tuhan. Lelaki, jiwanya lebih keras manakala perempuan pula jiwanya lebih lembut dan mudah rapuh.
Dalam pada mahu kelihatan kuat, ada ketika jiwa wanita rapuh. Namun golongan ini tidak boleh lemah ini kerana pasti ada yang akan mengambil kesempatan ke atas diri mereka.
Oleh itu sebagai seorang wanita sememangnya perlu kuat! Wanita sememangnya sangat hebat. Wanita nampak hebat di luar namun siapa sangka di dalam hati mereka, hanya mereka saja yang tahu. Malah mereka juga tidak boleh lembik untuk teruskan kehidupan mereka seharian.
Wanita Ni Nampak Kuat Tapi Sebenarnya ‘Fragile’
Menerusi perkongsian di akaun Facebook Firdaus Shakirin, memuji sikap wanita yang begitu kuat. Malah ada ketikanya walau terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah golongan wanita tidak pernah berputus asa.
Jika mereka lemah pasti ada yang akan pergunakan mereka. Sememangnya apa yang dibicarakan sangat berguna buat wanita. Sememangnya golongan ini sangat hebat!
“Orang perempuan nampak kuat, tapi sebenarnya ‘fragile’…
Dia tahu ada ketikanya dia lemah selemah-lemahnya…dia tahu, ada ketikanya dia putus asa dan tak daya nak buat apa-apa…dia tahu, ada ketikanya airmatanya akan mengalir laju selaju-lajunya…
Masa tu dia ‘fragile’…masa tu diri dia rapuh…
Dia dah usaha utk kuat, dia dah cuba utk sabar, dia dah paksa diri utk tabah, tapi dia sedar tahap dan batas dia…setakat tu ja kemampuan dia…
Dia tak boleh tipu diri dia…
Tapi dalam masa yg sama, dia juga tak boleh tunjuk yg dia tu lemah… Nanti akan ada org yg pijak dia, lanyak dia, perguna dia, hina dia…nak tak nak, dia kena kuat, tunjuk kuat, jadi kuat…
Dia tak boleh “lembik” utk teruskan kehidupan dia,” nasihat Firdaus Shakirin.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...